Sunday 13 May 2012

JANGAN TENGOK! Wajah-wajah Pramugari Sukhoi sebelum terhempas



Inilah wajah-wajah riang 11 pramugari rakyat Indonesia yang terpilih dalam penerbangan sulong pesawat Sukhoi Superjet 100 sebelum pesawat milik Rusia itu terhempas di kaki Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat dua hari lepas.


Mereka bergambar riang berlatarbelakangkan pesawat Sukhoi tersebut beberapa jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Halim Kesuma, Jakarta kerana merasakan merekalah yang paling bertuah kerana terpilih sebagai pembantu dalam penerbangan tersebut tanpa menyedari bahawa itulah juga penerbangan terakhir mereka.



Kesemua 11 pramugari tersebut dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut. Mereka ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany, Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.



Bagi yang beragama Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan kepada yang bukan Islam, semoga bersemadi dengan aman.


Dua pramugari Sukhoi bergambar bersama juruterbang Alexander Yablontsev (kiri) dan pembantu juruterbang,  Alexander Kochetkov sebelum penerbangan sulung pesawat itu, di Jakarta 9 Mei.
Dua lagi pramugari bergambar bersama juruterbang dan pembantu juruterbang sebelum penerbangan sulung Sukhoi Superjet 100 yang berakhir dengan tragedi selepas terhempas di Gunung Salak, Bogor.

Seramai 11 daripada 14 pramugari yang terpilih dalam penerbangan sulung Sukhoi ini dilaporkan turut terkorban dalam nahas di Gunung Salak, Bogor.

Mereka juga terkorban?

Wajah-wajah terakhir para pramugari Sukhoi sebelum mereka dilaporkan terbunuh dalam nahas di kaki Gunung Salak, Bogor

GAMBAR-GAMBAR LAIN: 

Lokasi nahas di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat.

Pasukan tentera Indonesia menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa nahas.

Pasukan penyelamat membawa keluar mayat mangsa nahas dari Gunung Salak.

Pasukan penyelamat membawa mangsa nahas.
Sanak saudara mangsa tidak dapat menahan kesedihan menerima berita nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 ketika membuat penerbangan sulung di Indonesia.

Lagi keluarga mangsa nahas....

credit to 
mesintaipburuk.blogspot.com dan  pilihan-anda.blogspot.com

No comments:

Post a Comment