Friday 20 July 2012

Kes porno Ariel dijadikan buku


JAKARTA: Kes klip video pornografi yang melibatkan penyanyi utama kumpulan dari Bandung, Peterpan, Nazriel Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel, bukan saja menarik perhatian media tetapi juga untuk kepentingan peribadi beberapa hakim kes itu. 

Seorang daripada panel hakim untuk kes itu, Syahrul Machfud, melancarkan buku berjudul “Perlaksanaan Undang-Undang Pornografi atas kes Ariel Peterpan” untuk memberi gambaran terperinci mengenai proses perbicaraan kes Ariel kepada umum.

Buku setebal 300 muka surat itu mengandungi semua butiran mengenai proses perbicaraan.

“Saya berharap buku ini akan membantu sebagai buku perundangan kepada hakim, pengamal undang-undang untuk kes jenayah,” kata Syahrul di Mahkamah Daerah Bandung, semalam.

Syahrul, graduan Universiti Islam Yogyakarta 1986, berkata, keputusan menulis buku itu dibuat bersama dua rakan hakim, Singgih Budi Prakoso dan Agus Suwargi dan merupakan satu kejayaan di Indonesia.

Katanya, panel hakim, berani keluar dari zon keselesaan dan mengatur pertimbangan undang-undang untuk membuktikan suatu perbuatan jenayah.

“Biasanya keputusan hakim dibuat berdasarkan hanya pendakwaan oleh pendakwa raya tetapi di dalam kes Ariel, hakim membuat keputusan berdasarkan fakta yang dibuktikan di mahkamah. Itu adalah keputusan progresif,” katanya. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment