Monday, 30 April 2012

WAJIB BACA: Hikmah Disebalik Bersih 3.0 (Part 1)


Bersih 3.0 adalah berbeza dengan versi-versi Bersih sebelum ini.  Bersih 3.0 ada agenda yang tersendiri.  Asas utama adalah untuk mendapat sokongan dan simpati rakyat.  Sebagaimana Perhimpunan Bersih 2007 sebelum Pilihanraya ke 12 2008, impak sokongan rakyat sungguh mengujakan pemimpin-pemimpin Pembangkang sehinggakan boleh menawan hampir 5 buah negeri disamping menafikan 2/3 majoriti kerusi Parlimen BN.

Memang jelas sekali pada masa itu, tsunami 2008 memang tidak dijangka. Kejayaan pembangkang dilihat terletak kepada Perhimpunan Bersih 2007 dan masalah dalaman UMNO/BN itu sendiri.  PK percaya Pembangkang melihat Perhimpunan Bersih 2007 sebagai faktor besar dan utama yang menyumbang kemenangan kerusi DUN dan Parlimen.  Perhimpunan Bersih 2007 telah mewujudkan momentum luarbiasa terhadap sokongan dan simpati rakyat kepada pembangkang.  Sememangnya, Pembangkang juga terkejut dengan kemenangan besar dalam seharah tersebut.

Bersih 3.0 telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri.  Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui.  Bersih 3.0 telah gagal mendapat momentum sokongan dan simpati rakyat kepada Pembangkang.  Memang tidak dinafikan, jumlah peserta bersih 3.0 hampir mencecah puluhan ribu orang, namun itu bukanlah petunjuk bagi mewakili sokongan rakyat Malaysia keseluruhannya yang sekitar 25 juta orang.

Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui.  Jangkaan pembangkang supaya Bersih 3.0 mendatangkan impak sokongan besar kepada pembangkang, meleset sama sekali.  Bersih 3.0 telah menempelak Pembangkang secara terus.  Persediaan rapi PDRM dengan rakaman-rakaman video dan gambar, jelas sekali menunjukkan agenda jahat pembangkang kepada rakyat.  Bersih 3.0 gagal untuk mendapat sokongan dan simpati rakyat.  Sebaliknya membongkar banyak rahsia dan agenda tersembunyi pemimpin-pemimpin pembangkang hingga diketahui semua rakyat Malaysia.

Bersambung...

PUISI : BERSIH ITU JAMBAN


PK cuba pautkan satu puisi daripada ikatkata.wordpress.com.  Baca dengan teliti dan matang.


Puisi : Kusangka BERSIH rupanya JAMBAN




mekar kelopak putih haruman
hajat memetik bunga jambangan
dari tuan demonstran jalanan
eloklah memBERSIHkan JAMBAN
di tengah padang ada khemah
di dalam khemah ada pasangan
khabarnya indah  kononnya berhemah
kusangka BERSIH rupanya JAMBAN
Duduk berguru kepalang ajar
Pergi sekolah tak takut rotan
Belajar malas PTPTN tak bayar
Rokok di tangan cangkung di JAMBAN

Ikuti lagi DISINI

Pedih, keras dan pedas..Cuba renung-renungkan.

HOT: BERSIH Yang Tak Bersih


Apa yang kita dapat dari BERSIH 3.0.  Hanya provokasi dan pertempuran.  Benarkah tujuannya hanya untuk menuntut keadilan semata-semata.  Apa yang dapat kita lihat rusuhan dan kerosakan samada harta benda awam ataupun kecederaan.  Kononnya demi keadilan untuk semua.  tetapi hanya kepentingan golongan tertentu sahaja.

Adakah kita mahu negara kita sentiasa di dalam huru hara.  Tak pernah aman seperti di negara-negara Asia Barat.  Kita tidak belajar daripada kesilapan.  Kesilapan seringkali berulang-ulang.  Tidak perna diambil iktibar walaupun kita sedar, apa yang berlaku tidak pernah membawa apa-apa kebaikan.

BERSIH 3.0 hanyalah propoganda demi untuk mendapat kepentingan politik sempit.  Kita tidak pernah matang di dalam berpolitik.  GAGAL dalam menilai dengan wajar dan matang.  Emosi sentiasa memainkan peranan dalam diri kita.  Golongan yang berkepentingan sering mengambil kesempatan untuk menguasai emosi kita.  Sekiranya kita gagal menanganinya, sudah tentu kita terperangkap dengan mainan politik sempit ini.  Renung-renungkanlah!....

Tuesday, 17 April 2012

HOT! Amy (Search) Dapat Terima Johan Asaari Sebagai Menantu

Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy akan menerima Johan Arrif As'ari sekiranya pelakon itu ditakdirkan menjadi menantunya.

Amy berkata, dia tidak menghalang dengan sesiapapun anaknya iaitu Nabila Huda mahu berkawan asalkan individu tersebut dapat membahagiakan dirinya.

"Saya bukannya seorang ayah yang konservatif dan saya tidak akan menghalang anak saya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Begitu juga dengan Johan, sekiranya Nabila ingin menjadikannya sebagai bakal suami pada masa akan datang, saya terima. Yang penting Nabila bahagia dengan kehidupannya itu," katanya

Amy diminta mengulas hubungan Nabila dan Johan yang dikatakan semakin intim sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, tambah Amy, berdasarkan apa yang dilihat, keakraban Nabila dan Johan sekadar teman rapat sahaja dan tiada yang lebih istimewa daripada itu.

Malah menurut Amy, ketika mereka bercuti bersama-sama dengan Johan di Jepun pada Mac lalu, kedua-dua pasangan tersebut tidak menunjukkan seperti pasangan bercinta.

"Saya tahu bagaimana cara Nabila melayani seorang kekasih. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat mereka tidak lebih daripada kawan biasa.

"Pendapat saya tentang Johan, dia seorang yang baik dan senang diajak berborak," ujarnya.
Beberapa bulan lalu, hubungan Johan dan Nabila dikatakan semakin intim selepas berlakon bersama dalam drama bersiri Pelangi Kasih.

Namun sehingga kini kedua-dua mereka menafikan khabar angin tersebut dan menyatakan perhubungan mereka tidak lebih sekadar teman rapat.

Sumber; mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

PROMO!HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA


Salam 1 Malaysia.

Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya bermula pada 23 Mei hingga 27 Mei 2012.  Klik info selanjut di www.hbn.gov.my.

PEMIKIR KAMPONG

Monday, 9 April 2012

VIDEO!PERKARA BODOH YANG INGIN KITA LIHAT


Salam 1 Malaysia.

Cuba teka !  Gambar dalam video di atas lekaki ke perempuan.  hahahahaha..Ini adalah perkara paling bodoh yang pernah PK lihat..hahahahahahaha..gelak puas-puas..enjoy it!!!

PEMIKIR KAMPONG

Thursday, 5 April 2012

GEMPAR! HINA SULTAN JOHOR?


Salam 1 Malaysia.

Sultan Johor dihina?  Terkejut gak ni.  Biar betul.  Tapi bila PK amati, ada gak munasabah nye.  Tak patut pembaca Malaysiakini tu komen yang menyinggung perasaan Sultan Johor ni.  BEBUDAK SEKARANG.  IKUT PERASAAN SANGAT.  Berpada-pada lah! Ikuti kisahnya di catsthinker.blogspot.com.  Nilai sendiri..hehehehehehe...

PEMIKIR KAMPONG

PANAS! Gambar Peluk Pelakon Talha Harith Tersebar!

Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak luar mungkin menggunakan ia untuk memburukkan namanya.

Talha berkata, dia kesal apabila gambar dia memeluk seorang lelaki telah tersebar sekali gus menggambarkan seolah-olah dirinya mempunyai hubungan songsang dengan individu tersebut.

"Foto itu sebenarnya adalah dari telefon Black Berry Messenger (BBM) milik saya yang dijadikan sebagai gambar profil kerana menyukai gambar sedang senyum.

"Tapi tidak sangka pula seseorang telah mengambilnya untuk disebarkan kepada pihak media bertujuan untuk memburukkan nama saya tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik foto berkenaan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan mendedahkan gambar Talha sedang memeluk seorang lelaki dengan erat yang telah menimbulkan spekulasi dan tanggapan negatif sesetengah pihak.

Talha tidak dapat mengenal pasti siapakah pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan kerana semua kenalan di BBM adalah teman rapatnya.

"Tidak tahu siapa tetapi di kalangan kawan-kawan juga (yang sebarkannya) kerana saya tidak akan menerima orang yang tidak dikenali sebagai kenalan di BBM saya," katanya.

Menjelaskan mengenai foto berkenaan, Talha memberitahu ia diambil bersama seorang pelakon lelaki semasa mereka menyertai sukaneka pada program Extravaganza MyTV3 Out baru-baru ini.
Gambar ini telah disalahertikan oleh sesetengah pihak sedangkan ia untuk memenuhi aktiviti sukan anjuran TV3 baru-baru ini.
Talha memberitahu, gambar itu telah diambil oleh seorang kenalan mereka semasa dia didukung oleh pelakon tersebut sebelum acara sukaneka bermula.

"Permainan yang kami masuk itu memerlukan saya didukung olehnya dan apabila gambar itu saya gunakan di BBM yang tidak menampakkan keseluruhan bahagian foto, ia seperti saya memeluk lelaki berkenaan dengan erat.

"Tambahan pula semasa gambar itu diambil ramai ahli MyTV3 berada di situ untuk sama-sama menyertai program terbabit dan tidak mungkin saya nak buat hal di tempat terbuka," ujarnya.

Dalam pada itu, Talha berkata, semasa mendapat tahu gambar itu tersebar dia hanya ketawa kerana menyedari masyarakat telah salah faham.

Ahli keluarganya juga turut ketawa apabila isu itu timbul namun menasihatinya supaya lebih berhati-hati selepas ini.

"Saya dan ahli keluarga sangat rapat dan mereka lebih mengenali saya daripada orang lain. Jadi apabila mereka baca laporan itu mereka hanya ketawa kerana tahu cerita berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Saya boleh tunjuk gambar sebenar kepada wartawan jika mereka berjumpa dengan saya tetapi untuk mendedahkan gambar itu kepada media rasanya tidak kerana ingin menjaga nama baik rakan artis yang mendukung saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Talha yang pernah popular menerusi drama Juvana dan Tanah Kubur memberitahu akan berangkat ke Hong Kong dan Seoul, Korea Selatan minggu hadapan bagi menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mizan Cinta.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama pelakon Memey Suhaiza.

Talha memberitahu dia juga baru selesai menjalani penggambaran drama Masitah untuk RTM bersama Elyana, Beego, Amanda Misbun dan Abu Bakar Johar.

Pesanan PK, supaya lain kali tu berhati-hati dengan apa jua tindakan dan tingkahlaku kita.  Peminat memerhati sahaja,..

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Monday, 2 April 2012

Super Spontan:Daphne Iking Gaduh Dengan Afdlin Shauki?

Daphne mengakui rasa bersalah meninggalkan program Super Spontan di saat akhir.
Pengacara dan pelakon Daphne Iking terpaksa menarik diri daripada menyertai program terbaru terbitan Astro Warna iaitu Super Spontan pada saat-saat akhir kerana masalah peribadi.
Daphne atau nama Islamnya, Daphne Dahlia Iking berkata, pada dasarnya dia begitu berat hati untuk meninggalkan program berkenaan sebelum ia bermula tetapi keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan pihak produksi dan ahli keluarganya.
"Saya bukan sengaja untuk meninggalkan program itu secara tiba-tiba kerana semasa sesi pertemuan lagi pihak produksi telah maklum dengan masalah yang saya dihadapi.
"Keputusan ini cukup berat untuk dilakukan bagaimanapun Alhamdulillahlah semua pihak menyokong saya dan memahami bebanan yang dilalui ketika ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Daphne bagaimanapun enggan mendedahkan masalah yang dihadapi sehingga membuatkan dia menarik diri daripada menyertai program itu.
Super Spontan telah pun menemui peminat secara langsung bermula 30 Mac lalu menerusi dua saluran serentak iaitu Astro Warna (132), Ria (104) dan SingTel Mio TV di Singapura setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam.
Tempat Daphne juga telah digantikan dengan bekas penyampai radio ERA iaitu Nana Mahzan.
Tambah Daphne, dia pada awalnya enggan menarik diri daripada Super Spontan tetapi bimbang tidak dapat memberikan komitmen kepada jadual program dan pasukan produksi yang akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
Daphne berkata, dia juga telah menjalani pelbagai latihan bagi memantapkan persembahannya nanti dan begitu teruja untuk bekerjasama dengan semua pelawak dan pelakon terkenal yang terlibat.
Dalam pada itu, Daphne turut menolak dakwaan penarikan dirinya daripada program terbitan Vision Works milik pelakon dan penerbit, Afdlin Shauki itu adalah disebabkan percanggahan pendapat di antara mereka.
Daphne memberitahu, tidak timbul sebarang konflik di antara mereka dan peserta sebaliknya ia adalah keputusan muktamad daripada dirinya.
"Kami semua bagaikan satu keluarga jadi perkara itu adalah merepek kerana hubungan kami semua sungguh rapat. Malah saya rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan mereka," katanya.
Daphne turut meluahkan perasaan sedih kerana tidak dapat bersaing dengan seorang lagi peserta wanita dalam program itu iaitu pelakon Yasmin Hani.
Katanya, mereka sering menghabiskan masa dengan membuat pelbagai kajian dengan menonton pelbagai persembahan komedi selain berlatih bersama-sama sebagai persediaan.
"Sedih sangat tak dapat berentap dengan Hani tetapi saya akan terus menyokongnya dalam program itu nanti," ujarnya.
Sebelum ini, Daphne memberitahu, dia tidak berfikir panjang saat dipelawa oleh pihak penerbit kerana sudah lama ingin melakukan sesuatu yang berbeza dalam kerjayanya terutama sekali untuk bergelar pelawak.
Hrmm..eloklah selesai masalah peribadi erk!! nanti tak boleh bagi komitmen plak..heheheheh..Kita tunggu Super Spontan erkk..hehehe
Sumber : mStar Online
PEMIKIR KAMPONG