Saturday, 29 September 2012

Bajet 2013 : Bajet Utamakan Rakyat

Bajet yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini telah mendapat komen positif dan negatif oleh pelbagai pihak.  Secara umumnya, komen negatif sudah tentu datangnya daripada Parti Pembangkang yang tugasnya untuk "membangkang" walaupun baik untuk rakyat.  Pelbagai alasan dijadikan supaya Bajet tersebut digambarkan sebagai kepincangan Kerajaan hingga YAB Perdana Menteri dan Kerajaan diserang dengan tuduhan-tuduhan yang tidak wajar dan diluar batasan "politik matang" yang digembar-gemburkan oleh mereka sendiri.

Samada kita bersetuju atau tidak, adalah menjadi keutamaan Kerajaan untuk mengimbangi perbelanjaan dengan hasil negara khususnya KDNK.  Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed lebih sesuai untuk menggambarkan Bajet 2013.  Beliau memetik " Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan usaha kerajaan yang mengutamakan rakyat, bajet fiskal yang bertanggungjawab dan seimbang.

Bajet 2013 dilihat sebagai mampan di mana defisit fiskal menurun daripada 4.5% kepada 4.0 peratus dan realistik untuk dilaksanakan selaras dengan tema ''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati".  

Adalah tidak wajar  dan adil dek kerana gula naik 20 sen, habis susu sebelangga.


No comments:

Post a Comment