Wednesday 30 January 2013

Grand design BTN-ABIM- transformasi berhelah,KSN diperalatkan?

KEBIMBANGAN  Biro Tata Negara (BTN) diresapi budaya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),pertubuhan yang mendokong perjuangan Anwar Ibrahim dilihat makin menjadi kenyataan dan akhirnya orang-orang ABIM mula menguasai BTN ketika ini malah beberapa blog termasuklah laman sosial yang melaporkan sebelum ini bahawa BTN telah dijadikan alat untuk menggembalikan bekas-bekas pemimpin ABIM di arus perdana politik tanahair dengan memberikan tempat-tempat strategik kepada mereka dalam BTN mula membuktikan laporan-laporan sebelum ini adalah benar belaka.

Kalau sebelum ini didedahkan bagaimana BTN telah memberikan peruntukan sebanyak RM73,000 kepada ABIM Sabah kononnya untuk program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di lima buah sekolah rendah di Sabah,kini kepimpinan tertinggi BTN sedang membuat pengstrukturan semula bagi mewujudkan `post-post’ dengan Gred yang lebih tinggi daripada Pengarah-Pengarah Jabatan sedia ada dan difahamkan tempat-tempat ini akan diisikan oleh sebahagian besar oleh bekas-bekas ahli ataupun pemimpin ABIM.

Manakala Pengarah-Pengarah Negeri,Cawangan ataupun Bahagian dalam BTN akan terus kekal dengan Gred gaji sedia ada tanpa kenaikan ataupun penurunan jawatan tetapi  di atas mereka akan wujud satu `post’ baru yang Gred 52 sebagai Pengarah kepada Pengarah sedia ada.Patutlah selama ini begitu bersungguh-sungguh orang-oarang ABIM diberikan tempat sebagai fellow ataupun fasilitator di BTN,ada agenda lain rupanya!

Kepada semua Pengarah Negeri dan Cawangan yang sedia ada, eloklah kiranya semua berhenti berharap kerana Gred tinggi yang dimomokkan sebenarnya akan diisi oleh rangkaian ABIM dan `resume' rangkaian ini telah pun berada di atas meja Ketua Pengarah dan sedang menanti masa yang sesuai untuk dilaksanakan dan semua Pengarah-Pengarah negeri,Cawangan serta Bahagian,anda semua akan terus menjadi pacar yang hina dina di bawah pemerintahan seorang Raja.Cukup-cukuplah berharap untuk naik pangkat!

Salah satu jawatan khabarnya akan disi oleh bekas ahli atupun pemimpin ABIM termasuklah berkemungkinan besar Ahmad Fairuz yang mendapat peruntukan RM 1 juta bagi program kayuhan basikal akan diangkat untuk mengisi salah satu jawatan Pengarah Bahagian di BTN. Kisah RM1 Juta Ahmad Fairuz ini menarik, walaupun diberikan peruntukan sebanyak itu oleh BTN tetapi pihak BTN Negeri turut membayar program tersebut dan barangkali hasil dari lebihan itulah kumpulan Ahmad Fairuz ini memilih untuk bercuti di Thailand.

Gerakan penstrukturan semula BTN ini dilihat sebagai satu bentuk `grand design' terancang yang berselindung di sebalik nama transformasi jawatan dan untuk menghalalkan gerakan ini berbagai-bagai program dilaksanakan dengan menggunakan nama Ketua Setiausaha Negara termasuklah Amanat KSN baru-baru ini.

Baca sepenuhnya di Sanggah Tok Janggut SINI.

No comments:

Post a Comment