Wednesday 28 August 2013

PENULARAN FAHAMAN SYIAH MAKIN MENJADI-JADI









Semakin lama makin menular pulak fahaman syiah dalam masyarakat kita. Di Kedah khususnya sudah banyak laporan dibuat terhadap jabatan agama Islam. Tindakan fatwakan haram syiah di Kedah amat tepat oleh Kerajaan negeri.

Ketegasan Menteri Besar dalam membasmi kegiatan gerakkan Syiah di Kedah membuatkan puak-puak Syiah di kedah mula rasa kepanasan, perkara itu terbukti apabila gerakan Syiah mula berselindung di sebalik Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Walaupun mereka yang menafikan penglibatan dalam aktiviti Syiah, tetapi semua itu boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau kenyataan mereka kerana ia akan menjurus kepada fahaman itu.

Mukhriz berkata, “Bukti itu ada, ia tersembunyi. Kita hanya perlu teliti dari aspek kenyataan mereka sebelum ini, sama ada dalam ceramah atau tazkirah yang pastinya ada unsur menyokong fahaman Syiah,”

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah kenal pasti pemimpin politik terlibat dan akan mengambil tindakan jika ada laporan daripada majlis agama Islam negeri.

Mengulas perkara itu, Mukhriz berkata, setakat ini, kerajaan negeri belum menyediakan laporan berkaitan aktiviti Syiah di negeri ini, dan maklumat berkaitan sedang dikumpul untuk tindakan lanjut.

“Maklumat berkenaan akan dijadikan rujukan dan panduan untuk proses mewartakan fatwa itu, yang akan dibahas dalam sidang Dun 25 Ogos ini. Kita akan wartakan segera fatwa anti Syiah selepas mendapat persetujuan dewan,” katanya.

Bagaimanapun, hanya selepas diwartakan katanya, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang terbukti cuba menyebarkan fahaman Syiah.

Mukhriz berkata, fatwa itu tidak akan dikuatkuasakan secara drastik, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah agar pengikutnya kembali ke pangkal jalan.

“Langkah awal ialah mulakan usaha memperbetulkan akidah golongan ini sebelum diambil tindakan perundangan. Ada pihak yang tidak sedar mereka terikut-ikut dengan fahaman itu.

Jadi kita wajar sedarkan mereka dan bawa mereka kembali ke jalan yang benar,” katanya.


Marilah kita bersama-sama membendung fahaman Syiah dari menular ke seluruh negara yang tercinta ini. Sama-samalah kita menjaga Agama dan Akidah kita supaya tidak tersesat seperti golongan syiah yang akhirnya membawa kepada pertumpahan darah.

Jangan biarkan negara kita menjadi seperti negara-negara arab yang pemerintahannya adalah dari golongan Syiah yang tidak pernah aman. Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT sentiasa memelihara kita dari golongan ini.










SETIAUSAHA DAP PANAS BONTOT








Sesetengah pemimpin DAP yang bakal bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mula 'panas punggung' kerana kempen sudah bermula.

Kelmarin, satu sesi dialog antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan ahli CEC lain serta perwakilan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan diadakan di Hotel One World.
Walaupun pada asalnya kehadiran dijangka lebih 500 perwakilan, apa yang mengejutkan hanya kurang 100 orang hadir.

Seorang pemimpin parti yang enggan dikenali berkata, sesi dialog itu sebenarnya platform untuk pemimpin 'tertentu' meraih undi dan sokongan.

"DAP mengambil serius terhadap pemilihan semula CEC. Ramai penyokong dan ahli keliru dengan apa yang berlaku ketika ini.

"Sesi dialog ini dijangka diadakan di seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan DAP, selain memberi gambaran bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah bertindak tidak adil terhadap parti ini," katanya di sini.
DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu itu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.

Keputusan mengadakan pemilihan semula itu dibuat tujuh bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, yang diikuti siasatan ROS kemudiannya membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

Sabtu lepas, Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan pemilihan semula CEC parti itu pada November depan akan mengekalkan senarai calon CEC serta perwakilan yang sama seperti Disember tahun lalu.
Dalam pada itu, DAP yang menganjurkan sesi dialog bersama Guan Eng itu didakwa bertindak 'pilih kasih' dengan memilih golongan tertentu sahaja untuk hadir ke program tersebut yang turut dihadiri oleh kesemua barisan CEC.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa, sebanyak sembilan cawangan di bawah kelolaan beliau tidak dijemput.

"Saya sendiri hanya tahu tentang sesi dialog ini selepas diberitahu orang, kami tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Mengapa sembilan cawangan kami tidak dijemput? Tidak perlulah bersikap pilih kasih seperti ini.
 

SUMBER

Tuesday 27 August 2013

MANA JANJI HARAM JADAH DAP PULAU PINANG KEPADA PENGUNDI... ?




Kerajaan DAP Pulau Pinang diingatkan menunaikan janji-janji yang dibuat semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas berkata, sudah tiba masanya kerajaan negeri melaksana segala perancangan dan janji itu demi memenuhi keperluan rakyat.

"Saya juga menyeru kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya dapat menjalankan tugas dengan baik.
"Mereka juga hendaklah sentiasa bekerjasama serta saling mempercayai pegawai-pegawai dan kakitangan yang ada di negeri ini," katanya.
Abdul Rahman berucap semasa istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri sempena ulang tahun kelahiran ke-75 beliau di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri bertanggungjawab mengatasi semua masalah yang dihadapi rakyat demi kemajuan negeri.
"Di samping itu, saya juga berharap pegawai-pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas dengan penuh azam, profesional, komited, adil, telus dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

"Jangan cuba mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan tanggungjawab demi kepentingan sendiri yang akan merosakkan pentadbiran dan menyusahkan rakyat," ujarnya.
Terdahulu, Abdul Rahman memeriksa kawalan kehormat Tentera Darat Malaysia diikuti persembahan nyanyian lagu Negaraku serta Untuk Negeri Kita dan tembakan meriam 17 das.

Dalam majlis itu, sebanyak 1,085 orang dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat didahului Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Empat individu menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Mereka ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Muhamad Zabidi Zainal; Pengarah Urusan IGB Berhad, Robert Tan Chun Meng; Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Dr. Md Salleh Yaapar serta ahli perniagaan, Datuk Seri H'ng Bok San.


SUMBER