Saturday 31 March 2012

ROZITA CHE WAN! Biar Betul!!!!!


Salam 1 Malaysia

Berita Rozita Che Wan rela berkahwin dengan lelaki yang tidak berharta menghiasi ruang lingkup mStar Online hari ini. 


Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.
 
Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui.

“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Nak tergelak pun ada.  Boleh percaya ke?  Macamana kalau peminta sedekah ke, orang fakir miskin ke, peminat biasa ke yang jatuh cinta dengan Rozita ni.  Sanggup ke terima?  Rasanya tak kot!  Elok lah kalau bercakap tu berlapik-lapik la sikit erk!..heheheheehhe..

PEMIKIR KAMPONG

Friday 30 March 2012

GAJI SSM 2012 BERMULA APRIL?


Salam 1 Malaysia

Dijangka Gaji baru SSM akan dilaksana pada bulan April termasuk tunggakkan selama 3 bulan.  Wow! best gila bagi penjawat awam.  Boleh raya sakan! tapi kena ingat gak kawan-kawan erk! hehehehe..


Sehingga ke hari ini, seperti yang disaran oleh pihak Cuepacs baru-baru, pekeliling bagi gaji ssm 2012 (baru) masih belum dikeluarkan lagi. Walaubagimanapun, hakikatnya tempohnya sudah tidak lama sahaja lagi. Ini kerana…..
Antara kami sudah pun mendapat pengiraan daripada AG, dan memang gaji akan tetap dibayar pada bulan gaji SSM 2012 (baru) akan tetap dibayar pada bulan April berdasarkan laporan yang telah diberikan.
Seperti yang kami katakan sebelum ini :
  • Gaji SSM 2012 (baru) anda pada bulan April = (Gaji pokok semasa x 13%) + gaji pokok sekarang
  • Tunggakkan 3 bulan gaji =  Gaji pokok sekarang x 13% x 3 bulan (iaitu daripda bulan Januari – Mac)
  • KGT? Selagi pekeliling SSM (baru) belum dikeluarkan, kami tidak mahu memberikan makluman lebih daripada ini. Apabila dah ada pekeliling SSM daripada JPA sedikit masa lagi, baru boleh tahu KGT masing-masing bersama-sama dengan jadual gaji SSM anda
Yang pastinya, berdasarkan laporan yang diperolehi daripada AG, jikalau tiada aral melintang memang gaji SSM 2012 (baru) akan dibayar bermula bulan April ini berserta, berserta ………..tunggakan 3 bulan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Kami ambil contoh gaji guru (baru). Mungkin kalangan guru di sini boleh sama-sama berkongsi maklumat dan info tambahan :
  • Gaji pokok semasa + 13% + BISP + elaun + EKA + ITP + COLA = gaji baru untuk April anda
  • Berkenaan COLA, AG sedang tunggu pekeliling SSM daripada JPA dalam masa terdekat ini
  • Dan…..mengenai jadual gaji untuk KGT, seperti yang kami katakan tadi pekeliling SSM masih belum dikeluarkan. Jadi kena tunggu sedikit masa lagi
Sumber : beritasemasa.com

PEMIKIR KAMPONG 

Thursday 29 March 2012

Jackie Chan and Salman Khan to join Kamal Haasan?


The hottest talk that is going on in the tinsel town is that there are discussions going on with Jackie Chan and Salman Khan to share the screen space with Kamal Haasan.

Aascar Ravichandran is planning to make a mega budget film with Kamal Haasan and there are plans to rope in the two stars for this film.

It may be recalled that Jackie Chan graced the audio launch of Dasavatharam, which was produced by Aascar Films and had Kamal Haasan as the lead star.

Kamal Haasan will shift his focus to this film once he completes Viswaroopam. In the mean time, the producer is planning to sign up both the stars.

Source: cinefundas.com

PEMIKIR KAMPONG

X-CLUSIVE : AHMAD IDHAM MERAJUK?


Salam 1 Malaysia.

Adoii!!! apasal plak merajuk ni!  Setakat LPF tapis tu, biasalah kan..kan.. menjaga sentitiviti agama, dan mungkin menjaga hubungan harmoni antara kaum.  Itu kita kena akur.  Kadang-kadang pembuat-pembut filem ni terlepas pandang.  Itulah peranan LPF untuk menapis mana-mana yang patut!  LPF pun janganlah potong sampai penonton tak faham langsung jalan cerita..macam tak ada makna je..hehehehehehe...

Kesal dengan kritikan dan pelbagai pandangan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri membuat keputusan untuk tidak lagi mengarahkan filem seram.

Idham berkata, dia trauma untuk menghasilkan lebih banyak filem seram apabila sering dituduh mempersendakan agama Islam setiap kali memaparkan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam karyanya.

"Trauma dibuatnya apabila mengenangkan kembali isu filem Hantu Bonceng (HB) yang dikritik hebat gara-gara membabitkan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Justeru itu, saya membuat keputusan Jangan Pandang-Pandang (JPP) adalah karya seram saya yang terakhir.

"Namun, apabila isu agama dibangkitkan dalam HB saya menyunting semula segalanya yang membabitkan ayat suci tersebut dalam JPP agar ia tidak menjadi isu kemudian hari. Benar, saya merajuk," katanya selepas tayangan perdana JPP di TGV 1Shamelin, di sini, Rabu.

Bagaimanapun, tambah Idham lagi, dia tidak menyalahkan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) apabila 40 peratus adegan dalam JPP terpaksa dipotong, kerana mereka tidak mahu sebarang kontroversi dicetuskan oleh mana-mana pihak.

Walaupun banyak babak yang disunting, Idham berkata, JPP yang dilakonkan oleh Zizan Razak (Ajis), Sara Ali (Yaya), Miera Leyana (Marsha), (Ben) Nas-T dan Anith Aqilah (Diana) itu masih lagi menarik apabila karyanya itu diperkemas.

"Banyak babak yang telah dipotong dalam JPP, namun saya telah memperkemaskan filem ini agar ia dapat menggeletek hati penonton kerana ia bukan seram semata-mata.

"Sebaliknya terdapat komedi yang diselitkan di mana lawak yang diberikan itu bukan bersandarkan kepada dialog, tetapi situasi yang berlaku dalam plot penceritaannya," ujar Idham.

Filem terbitan Excellent Pictures ini, mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan pelajar yang dikehendaki membuat kerja kursus di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Terengganu.

Kerja kursus yang sepatutnya menjadi masa yang singkat bertukar kepada satu pengembaraan yang tidak pernah dialami apabila bot yang dinaiki mereka, hilang tanpa dikesan.

Dalam perjalanan mencari jalan keluar, Ajis, Ben, Marsha, Yaya dan Diana ditangkap oleh satu kumpulan jahat yang menetap di pedalaman kawasan itu.

"Saya harap, penonton terhibur dengan filem ini lebih-lebih lagi gandingan Zizan dan Sara Ali sememangnya berkesan kerana kedua-duanya mempunyai keserasian," katanya.

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Wednesday 28 March 2012

X-CLUSIVE : RADHI OAG TRAUMA!!!


Radhi OAG Trauma dengan litupan meluas mengenai beliau dan isteri dan kekasihnya.  Begitulah sekiranya sudah bergelar artis.  Cerita dalam kelambu pun orang nak ambil tahu.  Sabar je.  Semoga Radhi sudah kembali ke pangkal jalan.  Banyakkan beribadat!hehehehehehe..

Vokalis kumpulan OAG, Radhi merayu agar kisah peribadi terutamanya yang berkaitan cerita bekas isteri atau kekasihnya tidak diperkatakan secara meluas seperti sebelum ini.

Ini kerana, ujar penyanyi berusia 34 tahun itu, liputan dan pendedahan yang berleluasa mengenai isu keretakan rumah tangga bersama bekas isteri Shazlin Sharif sejak lima tahun lalu meninggalkan perasaan trauma kepadanya.

“Saya mohon kepada semua agar tidak lagi menyentuh atau bercakap mengenai hal peribadi saya terutama yang berkaitan kes rumah tangga atau dengan siapa saya berkawan.

“Liputan yang keterlaluan mengenai hal privasi saya sebelum ini selama lima tahun sangat mengganggu diri dan emosi saya. Saya menjadi trauma, sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi,” katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Ditanya adakah tindakannya merayu itu dipengaruhi oleh rasa kesal dan jelik dengan kesilapannya sebelum ini seperti penagihan dadah dan perceraian, Radhi berkata dia lebih senang menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.

“Tiada apa yang perlu dikesalkan atau berasa jijik dengan kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini.

“Setiap perkara yang berlaku sebenarnya menjadikan saya insan yang lebih baik dan mendekatkan lagi diri ini kepada Allah,” katanya.

Ringkas mengenai perkembangan kerjaya, Radhi berkata OAG akan muncul dengan album baru yang memuatkan 10 buah lagu seperti Di Bawah Satu Tanah Air, Ambisi, Limbo dan Tears Park pada tahun ini juga.

“Kini saya sedang menunggu beberapa draf kontrak rakaman daripada dua atau tiga syarikat rakaman yang berminat.

"Apabila semuanya sudah diputuskan nanti, OAG akan kembali ke industri muzik,” jelasnya yang semakin sihat sejak tinggal di Pengasih.

PEMIKIR KAMPONG

X-CLUSIVE: SCHA ALYAHAYA KENA PELUK?


Pelakon Scha Al Yahya, 29, tidak dibenarkan memeluk lelaki dalam apa jua adegan selepas bergelar isteri kepada Awal Ashaari, 31.

Ia adalah syarat yang dikenakan oleh Awal untuk memastikan rumah tangga yang bakal mereka bina pada 4 Mei depan berjalan dalam keadaan harmoni.

"Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.

"Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.

Selain itu tambah Awal, dia mengikut nasihat ibunya bahawa suami isteri perlu tidur bersama dalam apa sahaja keadaan.

Kerana itu Scha juga perlu pulang ke rumah sebelum pukul 12 tengah malam.

"Berdasarkan pesanan-pesanan daripada rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan orang tua-tua, mereka memberitahu, jika suami isteri tidur bersama akan menguatkan lagi mahligai perkahwinan.

"Sibuk dan gaduh besar macam mana sekalipun, ibu berpesan, tidur mestilah sekali. Ia merupakan salah satu tip kebahagiaan dalam rumah tangga," ujar Awal.

Scha yang baru sahaja mengetahui syarat itu agak terkejut selepas ditanya oleh pihak media.

Bagaimanapun, pelakon Aku Bukan Tomboy ini tidak kisah dengan syarat itu memandangkan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi kata suami.

"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya," tutur Scha sambil memberikan senyuman kepada bakal suaminya itu.

Pasangan tersebut akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Hahahahaha....bagus punya syarat!kehkehkeh..adegan peluk-peluk dalam filem dan drama Melayu dah jadi macam biasa je..macam tak ada apa2 je..Fikir-fikirlah batasan bukan muhrim walaupun sekadar lakonan.  Tak gitu?heheheheheh

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Monday 26 March 2012

X-CLUSIVE: RUMAH MAWI DIMASUKI PEROMPAK

Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.

Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.

Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.

Bersukurlah!  Biarlah harta benda yang hilang.  Yang penting nyawa! kan gitu!!!hehehehehhe..

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Sunday 25 March 2012

XCLUSIVE: Irma Hasmie Nikah Anak Datuk 1 Julai Ini

Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.
"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," katanya.

Pada majlis yang serba ringkas itu, bekas kekasih pelawak Nabil (Raja Lawak) mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.

PK rasa artis Malaysia ni kalau tak kawen dengan Datuk, anak Datuk dan kerabat raja tak sah kot!  Macam-macam la dunia artis Malaysia.  Lepas tu cerai le plak!!!!Adoiii!!!Ada duit semua boleh jadi! Tak gitu!!!!

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Saturday 24 March 2012

X-CLUSIVE: Zed Zaidi Nak Tubuh RELA

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahu kerajaan menubuhkan satu unit khas di bawah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk artis-artis tempatan supaya segala aktiviti kebajikan yang dilakukan melalui agensi itu dihargai.

Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, usul tersebut telah pun diberi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada 13 Mac lalu dan ia merupakan salah satu usaha Seniman menjaga kebajikan para artis tempatan.

"Tujuan saya mengusulkan cadangan tersebut adalah kerana senang jika kita ingin meminta apa-apa peruntukan daripada pihak kerajaan jika artis kita terlibat dengan aktiviti seumpama itu.

"Saya mencadangkan artis yang menjadi ahli Seniman, mereka sekali gus akan menjadi ahli Rela dan segala pergerakan aktiviti kebajikan dijalankan dengan lebih mudah," katanya pada sidang akhbar khas yang diadakan di Saloma Bistro, di sini, Jumaat.

Sidang akhbar tersebut diadakan bagi membetulkan usul yang menjadi kontroversi sebelum ini iaitu permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan insurans perlindungan diri dan penggunaan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman.
 
Zed Zaidi (dua dari kiri) bersama sebahagian ahli Seniman.
 
Zed mendakwa usul berkenan disalah lapor sehingga membuatkan dia menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati khususnya berkaitan permohonan cermin gelap kereta untuk artis.

Sebaliknya kata Zed, usul sebenar ialah permohonan perkhidmatan insurans perlindungan kemalangan diri, peruntukan Rumah Rakyat 1 Malaysia selain penubuhan unit khas di bawah Rela.

"Saya terkejut apabila kenyataan saya disalah ertikan lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu cermin kereta gelap, saya tidak pernah menyatakannya.

"Apa-apa pun saya meminta maaf sekiranya memang benar saya menyebut perkara itu memandangkan pada hari saya ditemu bual pada Karnival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) pada 5 Mac lalu, fikiran saya berserabut memikirkan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

"Saya harap, menerusi sidang akhbar ini, ia dapat dijelaskan dengan betul," ujarnya.

Tambah Zed Zaidi, sidang akhbar yang diadakan bukan bertujuan ingin memanipulasikan keadaan memandangkan dia dikritik hebat sepanjang minggu lalu gara-gara tiga usul yang dikemukakan sebelum ini.

"Saya harap, pihak luar tidak salah faham dengan kenyataan yang diberikan hari ini kerana saya hanya ingin menjelaskan situasi sebenar kerana jika tidak ia boleh mengelirukan para artis, kerajaan serta masyarakat di luar sana.

Pada sidang akhbar berkenaan, pihak Seniman turut menjemput pelakon baru, Melia Aimiellia, bagi membersihkan namanya gara-gara fitnah penyebaran isu video lucahnya yang tersebar menerusi blog hiburan.

Persatuan tersebut telah membuat pengesahan bahawa wanita yang beraksi lucah dalam video tersebut bukanlah Melia seperti yang didakwa.

Baguslah macam tu..diharap penglibatan artis di dalam RELA akan mempromosi RELA kepada anak muda.  tak gitu!hehehehe..

PEMIKIR KAMPONG

Friday 23 March 2012

PELIK! Manusia Jadi Lembu?

Salam 1 Malaysia.

PK terkejut begitu banyak cerita lembu!  PK tak berani nak komen apa-apa.  Cuma pembaca buat penilaian sendiri. (Lanjut catsthinker.blogspot.com SINI dan SINI).  Apa masalahnya, tak berapa faham.  Sorang kata sini, sorang kata sana.  Yang mana satu betul tak tau! hehehehehe...

Politics maybe sicked but people have the right to choose!  Moral, be a chosen one!  ntah hapa-hapa le plak! ha.ha,ha.ha.ha....

PEMIKIR KAMPONG

Serangan Jantung Dan Dadah Punca Kematian Whitney Houston

Whitney Houston.

PUNCA sebenar kematian diva terkenal, Whitney Houston telah diketahui apabila ujian toksilogi mendapati Whitney sebelum kematiannya telah mengambil dadah jenis marijuana, Xanax, ubat penenang otot (Flexeril) dan ubat alergik (Benadryl).

Whitney, 48, yang ditemui mati lemas di dalam tab mandi di hotel penginapannya di Los Angeles bulan lalu di dapati mempunyai dadah dalam sistem badannya.

Perkara berkenaan terkandung dalam laporan bedah siasat yang diumumkan oleh pakar forensik yang diketuai oleh koroner, Craig Harvey.

Menurut Craig, akibat pengambilan pelbagai jenis dadah dan ubat-ubatan penenang, Whitney dilaporkan telah mengalami serangan jantung sebelum tersemban ke dalam tab mandi tersebut.

“Penggunaan ubat berkenaan menyebabkan Houston mengalami serangan jantung,” katanya.
Pendedahan itu menamatkan spekulasi mengenai punca sebenar kematian penyanyi tersebut pada 11 Februari lepas, iaitu pada malam menjelang anugerah Grammy Awards.

Bagaimanapun jumlah kandungan dadah dalam badannya itu tidak didedahkan sebaliknya laporan penuh autopsi akan dikeluarkan dalam masa dua minggu.

Keluarga dan rakan-rakan penyanyi yang popular dengan lagu I Will Always Love You itu sebelum ini tidak percaya dadah sebagai punca utama kematiannya malah mereka tidak yakin Whitney mengambil dadah.

Mendiang telah dikebumikan di tanah perkuburan New Jersey, bersebelahan dengan kubur bapanya pada satu majlis pengkebumian yang turut dihadiri oleh keluarga, rakan dan selebriti termasuk Oprah Winfrey, Tyler Perry, Alicia Keys, Mariah Carey, Mary J. Blige, Jennifer Hudson dan Roberta Flack.

Sebelum menemui ajal, Houston cuba kembali semula ke pentas hiburan malah dia sempat menyiapkan lakonannya dalam filem Sparkle yang mana dia turut menyanyikan lagu His Eye is on the Sparrow. - TMZ

Aduh! Dadah lagi!!! Pembunuh NO.1..Tak ada cara lain ke nak mati!!!Betul-betul macam bunuh diri...Jangan jadi macam ni!!!  Semoga Allah lindungi kita semua!...

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Thursday 22 March 2012

Kung Fu Mania! Michelle Yeoh terima anugerah Legion of Honour


ARTIS Malaysia, Datuk Michelle Yeoh dianugerahkan darjah ‘Legion of Honour’, iaitu anugerah tertinggi Perancis untuk orang awam, dalam satu upacara di Paris, kelmarin.

Anugerah itu disampaikan Presiden Perancis Nicholas Sarkozy di Elysee Palace iaitu kediaman rasmi presiden, menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di Paris hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Presiden, Carla Bruni, Bernadette Chirac iaitu isteri kepada bekas Presiden Jacques Chirac, serta Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Pada upacara itu itu, Zarkozy menyampaikan anugerah ‘Legion of Honour’ dan ‘The Order of Merit’ kepada 11 personaliti dari dunia seni dan hiburan. Selain Michelle, turut menerima anugerah ‘Legion of Honour’ ialah komposer Jean-Michel Barre dan pereka fesyen Jean-Claude Jitrois.

Menurut kenyatan itu, ‘Legion of Honour’ yang merupakan darjah tertinggi Perancis mengandungi lima darjah dan dianugerahkan kepada lelaki dan wanita, baik rakyat Perancis atau warga asing, sebagai menghargai sumbangan mereka kepada Perancis atau isu yang disokong negara itu.
- BERNAMA 

Wah! hebat-hebat artis Malaysia ni!  Jangan hebat bab yang tak baik aje..hehehehe

PEMIKIR KAMPONG

NEWS ! Dr Hamimah gets 38 years jail

KUALA LUMPUR: Dr Hamimah Idruss became the first person to be convicted under the Anti-Money Laundering Act 2001 and was sentenced to 38 years jail and a RM6.39mil fine.

A Sessions Court found her guilty on Wednesday of eight counts of money laundering and 10 counts of abetting involving RM41.3mil.

Judge Asmadi Hussin concluded that the defence had failed to raise reasonable doubt against Hamimah at the end of their case.

The court sentenced her to one year jail for each of the eight counts and three years each for another 10 counts of abetting.

Asmadi ordered the sentences to run concurrently.

Hamimah, 64, a former director of Syarikat Safire Pharmaceuticals (M) Sdn Bhd, was charged under Section 4(1) of Anti-Money Laundering Act 2001 for receiving RM41.33mil in illegal gains between June 3 and 10, 2003, which provides for a fine of up to RM5mil or five years maximum imprisonment or both. She also faced 10 counts of abetting her staff Yusaini Wan Abi Sabian, 42, to falsify 10 agreements under Safire Pharmaceuticals worth US$1.2mil (RM4.56mil) each, under Section 109 of the Penal Code.

Harvinderjit Singh appealed for a lenient sentence earlier in the proceedings Wednesday, saying his client suffered from diabetes and had been fully cooperative throughout the seven-year trial and that she was a first offender.

DPP Robert Pasang Alam, however, urged the court to impose a stiff sentence due to the seriousness of the offence and as it involved public interest.

"This case involved an international company from abroad and indirectly portrayed Malaysia in a bad light and affected its image and reputation," he submitted.

Robert, in his submission, also added that the accused had disposed of RM6,394,530.72 and that the court could order her to pay that sum as a fine.

Robert further argued that Hamimah clearly used her authority as a medical practitioner in committing the offence by manipulating her staff Yusaini and making her forge the signatures of Pharmaniaga chief executive officer Dr Effendi Tenang and former deputy health minister Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed.

The court then allowed a stay of execution pending an appeal, which will filed by defence lawyer Harvinderjit Singh at the High Court by Thursday.

Asmadi also ordered Hamimah's bail to be increased from RM800,000 to RM1mil with two sureties, her passport to be impounded and for her to report to the Bangi police headquarters once a month.
The trial commenced on July 12, 2005 with 54 prosecution witnesses and three defence witnesses, including the accused. - Bernama

Source : The Star

Wednesday 21 March 2012

TERBAIK! BINAAN PASIR YANG MENAKJUBKAN

Salam 1 Malaysia

Senarai adalah 10 terbaik binaan pasir di dunia.  lihat sejauhmana daya kreativiti mereka ini.  Hebat!!!

Sandcastle 10
Sandcastle-2
Sandcastle 9
Sandcastle1
Sandcastle 8
Sandcastle2-1
Sandcastle 7
Sandcastle2-2
Sandcastle 6
Sandcastle2
Sandcastle 5
Sandcastle6
Sandcastle 4
Sandcastles%2B014
Sandcastle 3
Tallest-Sandcastle-Completed
Sandcastle 2
Sandcastle-3
Sandcastle 1


Sand-Castle

 Lain kali pergi ke pantai, boleh cuba erk..hehehehehe..

Sumber : listverse.com

PEMIKIR KAMPONG

Monday 19 March 2012

X-CLUSIVE : 10 Kereta Termahal Di Dunia! Wow!!!

Salam 1 Malaysia

10. McLaren F1, SSC Tuatara
US$845,000 

10. McLaren F1 SSC Tuatara Top 10 Most Expensive Cars   2012


9. Hennessey Venom GT
US$1Million
9. Hennessey Venom GT Top 10 Most Expensive Cars   2012

8. Pagani Huayra
 US$1.3 million
8. Pagani Huayra Top 10 Most Expensive Cars   2012


7. Maybach Landaulet, Aston Martin One-77
 US$1.4 million
7. Maybach Landaulet Aston Martin One 77 Top 10 Most Expensive Cars   2012


6. Lamborghini Reventon
US$1.6 million
6. Lamborghini Reventon Top 10 Most Expensive Cars   2012


5. Koenigsegg Agera R
US$1,711,000
5. Koenigsegg Agera R Top 10 Most Expensive Cars   2012

4. Zenvo ST1
 US$1.8 million
4. Zenvo ST1 Top 10 Most Expensive Cars   2012

3. Pagani Zonda Clinque Roadster
US$1.85 million
3. Pagani Zonda Clinque Roadster Top 10 Most Expensive Cars   2012

2. Ferrari 599XX
 US$2 million
2. Ferrari 599XX Top 10 Most Expensive Cars   2012

1. Bugatti Veyron Supersport
 US$2.6 million
Bugatti Veyron Supersport Top 10 Most Expensive Cars   2012
Wah! Siapa yang tak teringin kereta macam gini kan..kan..tak tercapai dek awan...hehehehehe..

PEMIKIR KAMPONG

Sunday 18 March 2012

X-CLUSIVE: Koleksi Butiran Pasir Tercantik Di Dunia

Gambar pasir dalam bentuk 3D oleh Greenberg dgn menggunakan Mikroskop Edge 3D (pembesaran 110x), koleksi butiran pasir dari serata dunia.












Inilah keindahan ciptaan Allah yang manusia tidak melihat dengan mata kasar.  Pasir yang melata begitu indah.  Semoga Allah jualah Yang Mengetahui....

Sumber

PEMIKIR KAMPONG

X-CLUSIVE: Johan (Raja Lawak) Kena Saman?


Johan (Raja Lawak).

Ogy Batal Saman: Johan (Raja Lawak) Enggan Beri Komen  

Pelawak dan penyampai radio Era FM, Johan (Raja Lawak) enggan mengulas mengenai keputusan pelakon, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang membatalkan hasrat untuk menyamannya.

Johan berkata, hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan akhbar dan tidak berhasrat untuk bercerita panjang mengenai kes tersebut.

"No comment," ujarnya kepada mStar Online.

Johan ditemui selepas pertandingan akhir program Raja Lawak musim ke enam yang diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, pada Jumaat.

Ogy sebelum ini berhasrat menyaman Johan kerana telah mempersendakannya sewaktu digandingkan sebagai pengacara dalam Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) lalu.

Dalam pada itu, ditanya adakah Ogy sendiri telah menyampaikan berita itu kepadanya Johan sekali lagi menegaskan dia hanya mengetahui melalui akhbar.

"Setiap pagi memang saya membaca semua akhbar bagi mendapatkan maklumat untuk program yang dikendalikan di Era dan mengetahui daripada situ," ujarnya.

Sementara itu, Johan tetap dengan jawapan 'enggan mengulas' apabila ditanya adakah dia ada berhubung dengan pelakon itu untuk berbincang mengenai perkembangan berkenaan.

Ala! Sudah-sudahlah la tu Kak Ogy.  Mungkin Johan tak berniat nak mempersendakan.  Berbincang dengan berhemah.  Tak rugi apa-apa pun..sama-sama cari makan...kan..kan..hehehehee..

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Saturday 17 March 2012

Kumpulan Shiro Dinobat Raja Lawak Musim Ke-6

Kumpulan Shiro. 

Kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol Azizie Azmi dan Mohamad Hanaffi Razak telah dinobatkan sebagai juara program realiti Raja Lawak Astro musim ke enam dalam pertandingan akhir pada malam Jumaat.
 
Program yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menyaksikan peserta yang berasal dari Kluang, Johor ini berjaya meraih undian peminat sebanyak 38 peratus.

Manakala kumpulan trio adik-beradik iaitu Zero yang dianggotai oleh Sharif Kadil Doli Sharif, Mohammad Syaiful Doli Sharif dan Sharif Kunal Doli Sharif menerima undian sebanyak 34.19 peratus sekadar berpuas hati di tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik kumpulan Cuit dengan undian 16.35 peratus.

Manakala kumpulan 2yol berada di tempat ke empat dengan peratusan iaitu 10.74 peratus.

Dengan kemenangan tersebut, kumpulan Shiro berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, barangan elektrik serta trofi sumbangan Astro.

Sementara kumpulan Zero, Cuit dan 2yol tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000, barangan elektrik serta trofi.
Pada pertandingan itu, para peserta diberikan dua tugasan iaitu bebas dan komedi muzikal.
Raja Lawak ke enam dihoskan oleh Johan dan Zizan atau Jozan.

Sementara itu, kumpulan Shiro ketika ditemui melahirkan rasa terkejut dengan kemenangan mereka dan menganggap semua peserta pada malam itu hebat-hebat belaka.

"Kami masih tergaman sehingga tidak tahu apa ingin diucapkan namun kemenangan ini adalah bukti kesungguhan dan pengorbanan kami selama empat tahun mencuba nasib dalam Raja Lawak akhirnya membuahkan hasil," ujar Shahrol mewakili Shiro.

Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu David Teo, Sathiya dan Sheila Rusly sementara keputusan penuh pula ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Dalam perkembangan lain, Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, pihaknya gembira apabila program itu terus mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat dan pelanggan Astro apabila ratingnya meningkat setiap minggu.

Nizam berkaya, musim kali ini telah menunjukkan peningkatan mendadak walaupun Raja Lawak telah dipindahkan ke Astro Warna berbanding sebelum ini di Astro Prima.

"Sejak Raja Lawak musim ke enam dipindahkan ke Astro Warna, langganan pakej mustika telah meningkat selain berlaku pengurangan pemilik Astro membatalkan langganan pakej itu," ujarnya.

Tambahnya, Program ini akan diteruskan untuk musim berikutnya pada tahun hadapan dalam mencari bakat-bakat baru yang terpendam dalam bidang komedi.

Tahniah kepada Kumpulan Shiro...kepada peserta yang sila cuba lagi di tahun hadapan..Ada gaya beb!!! he.he.he

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Friday 16 March 2012

GEMPAR!Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Nabi Hud AS


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Penemuan Arkeologi di Kota Iram

 

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.

Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932.

Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah".

 
Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang tinggal di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang ada di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

 

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?

 

Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.

Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:

 

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8) 

Subhanallah...Maha Suci Bagi Allah..
PEMIKIR KAMPONG