Thursday, 19 July 2012

Pelakon Bollywood, Rajesh Khanna Meninggal Dunia


Wajah Rajesh Khanna ketika zaman mudanya.

MUMBAI: Bintang Bollywood ternama, Rajesh Khanna meninggal dunia pada Rabu kerana menghidap komplikasi pelbagai jenis penyakit. Beliau berusia 69 tahun.

Berita kematian itu disahkan sendiri oleh menantunya Akshay Kumar.

“Saya ingin memberitahu bapa mertua saya sudah tiada lagi. Beliau telah pergi buat selama-lamanya. 

Saya harap semua pihak dapat berdoa terhadap kesejahteraannya,” katanya seperti dipetik portal newkarala.com pada Rabu.

Pelakon yang dikenali dengan panggilan Kaka itu meninggalkan isteri, Dimple Kapadia dan dua orang anak iaitu Twinkle dan Rinkle.

Rajesh merupakan artis yang berjuang dalam isu-isu kesihatan dalam masa yang lama dan telah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu.

Pengebumian beliau akan dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis.

Kematian beliau dianggap satu kehilangan besar terhadap dunia perfileman Bollywood kerana kehebatannya dalam industri berkenaan sehingga menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
 
Gambar fail yang dirakamkan pada 20 Jun lalu menunjukkan aktor Rajesh Khanna (kanan) sedang berbual dengan menantunya, Akshay Kumar (kiri) sambil diperhatikan oleh Dimple Kapadia dalam sebuah acara di Mumbai, India. 
 
Beberapa selebriti termasuk Amitabh Bachchan, Yash Chopra, Rishi Kapoor, Prem Chopra, Abhishek Bachchan, Anu Malik, Dara Singh Vindu, Sajid Khan, Arbaaz Khan dan Malaika Arora Khan turut menziarahinya.

Pelakon veteran Manoj Kumar memberitahu IANS bahawa beliau sukar untuk menerima kematian Rajesh.
"Saya tidak dapat mempercayai bahawa dia tidak lagi bersama kita. Sebelum ini Dara Singh, kini Rajesh pula,” katanya menerusi satu panggilan telefon.

Rajesh memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem "Aakhri Khat" pada tahun 1966.

Beliau menjadi seorang “superstar” dengan pantas apabila membintangi "Aradhana", "Do Raaste", "Safar" dan "Anand".

Kali terakhir beliau dilihat muncul menerusi iklan komersial di televisyen awal tahun ini. 

 Sumber : mStar Online

Tuduhan Hamil Sebelum Nikah, Audy Bidas Media Indonesia



PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia, Audy Item membidas kenyataan daripada media negaranya yang menuduh dia telah mengandung sebelum bernikah dengan pelakon Iko Uwais pada 25 Jun lalu.

Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, berkata, berita itu hanyalah gosip rekaan media negaranya yang gemar membuat tuduhan sekiranya terdapat artis yang bernikah tanpa membuat sebarang pengumuman.

"Itu hanya gosip. Di Jakarta, apabila pasangan artis itu berkahwin secara tiba-tiba, pihak media di sana akan membuat pelbagai tuduhan termasuklah menuduh kita hamil sebelum nikah.

"Sama juga dengan saya di mana mereka lihat kami baru sahaja menjalinkan hubungan cinta pada awal Februari lalu dan kini, sudah bergelar suami isteri.

"Bagaimanapun, seperti yang anda lihat, saya tidak hamil, tetapi saya teringin untuk mendapatkan anak bersama Iko nanti," selorohnya.
Audy ditemui pada sesi ramah mesra bersama media bagi mempromosi album terbarunya berjudul Selalu Terdepan di Red Box The Gardens di sini baru-baru ini.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Untuk Sahabat itu, walaupun pelbagai spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan dia tidak mengambil endah masalah berkenaan.

Sebaliknya, dia mahu memberi fokus kepada kehidupan baru bagi menggalas tanggungjawab sebagai isteri terhadap suaminya.

"Jujur saya katakan, kami sangat bahagia dan rasanya, perkenalan yang singkat bukanlah penghalang untuk kami mempunyai hubungan akrab dan saling mencintai antara satu sama lain.

"Bagaimanapun, sekarang ini saya bersendirian kerana Iko sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan pelakon Keanu Reeves di Hong Kong. Rindu sangat pada dia," ujarnya.

Mengenai album terbaru Audy, ia telah dipasarkan di Indonesia pada hujung tahun 2010.

Memuatkan sebanyak 10 buah lagu, Audy berkata, lagu yang paling disukainya adalah Pencuri Hati, yang ditujukan khas buat Iko.

"Lagu Pencuri Hati dihasilkan ketika saya baru sahaja putus cinta dan lagu tersebut seperti mendoakan supaya saya mendapat jodoh yang baik dan menemui insan yang menyayangi saya.

"Alhamdulillah, doa itu termakbul dan kini Iko adalah teman sehati sejiwa saya," tuturnya.

Wednesday, 18 July 2012

Lukisan 3D oleh Budak 17 Tahun


Lukisan ini dilukis oleh budak berumur 17 tahun dalam bentuk 3D.  Bayangkan bakat yang ada pada beliau.  Hebat!!!!