Ini salah satu produk daripada Pulau Pinang di Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Refleksologi dari Transformasi Urutan Tradisi Mak Long. Mai jenguk! Produk-produl lain juga turut dijual.
Berita Hiburan Sensasi, Gossip Selebriti Terkini, Kisah Hiburan Malaysia, Indonesia & Hollywood
Friday, 25 May 2012
X-CLUSIVE : Ada Orang Main Masak-Masak # Hari Belia Negara 2012
Huh! Ada orang main masak-masak di Hari Belia Negara 2012. Sebenarnya Program Memasak bersama Chef Zam. Penonton begitu terhibur persembahan memasak Chef Zam di Kiosk Wisma Tani. Jom kita himpun di Hari Belia Negara 2012.
THE RED WARRIOR! BUAT PACAK #HARI BELIA NEGARA 2012
The Red Worrior Aangkatan Tentera Malaysia buat persembahan stunt bermotorsikal di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012. Dengan penuh gaya dan aksi yang mengujakan. Syabas ATM The Red Warrior..Datang lah beramai-ramai memeriahkan lagi Hari Belia Negara 2012. Jom..jom..
PANAS! Apa Datuk Fadillah Buat Di Sini!
Sebentar tadi Pavillion Jabatan Belia dan Negeri Pulau Pinang dikunjungi YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersempena Pelancaran Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri di Himpunan Jutaaan Belia Putrajaya 2012. Sambutan di ketuai oleh Encik Rosli bin Hj Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Rombongan Timbalan Menteri turut diserta oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Dato Borhan Bin Dolah. Timbalan Menteri turut menandatangani buku pelawat Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Kepada yang belum menjenguk Pavillion ini, jom terjah...
HARAM! Irshad Manji
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'
Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata beliau.
"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.
Selain itu, katanya, buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.
"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari," katanya.
Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.
Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis. - Bernama
Sumber : Sinar Harian
Thursday, 24 May 2012
HANGAT! Pavillion Penang jadi Feri!Patut Tengok!
Salah satu slot Hari Belia Negara 2012 ialah Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang tidak ketinggalan menyertai pavillion ini. Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah berubah menjadi sebuah Pavillion berbentuk Feri sebagai melambangkan Negeri Pulau Pinang itu sendiri. Selain pameran produk homestay di Negeri Pulau Pinang, berbagai produk-produk IKS yang diusahakan oleh belia-belia di Pulau Pinang turut dipasarkan.
Jeruk Madu Pak Ali yang terkenal di Pulau Pinang turut dijual di Pavillion ini. Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali menggunakan gula pasir yang mendapat pengiktirafan Miti, FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta telah mendapat pengiktirafan MS 1500 : 2009.
Di samping itu, kuah rojak, sos tiram dan pelbagai sos daripada Syarikat Pengeluaran Al-Hikam turut dijual. Sejati Hebat Enterprise juga turut sama memasarkan produk IKS seperti kerepek, kacang-kacang dang sebagainya di sini. Transformasi Urutan Tradisi Mak Long juga disedia kepada pengunjung.
Pelancaran Pavillion Negeri akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Hj Fadillah Bin Yusof pada esok, 25 Mei 2012 jam 10.00 pagi. Menurut Encik Rosli bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Datuk Nik Ali Bin Yunus akan mengadakan sesi lawatan mesra ke Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang pada 26 Mei 2012 jam 3.00 petang. Satu persembahan tarian dan boria dari Pulau Pinang akan menanti pengunjung.
Jom kita ramai-ramai kunjungi Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Jangan ketinggalan..
LIVE! Angkatan Tentera Berkawat di Putrajaya
Secara langsung Brass Band Angkatan Tentera Malaysia sedang mengadakan pertunjukan kawad beirama dengan penuh gaya dan kreatif. Sungguh menarik! Siapa-siapa yang belum lagi menjenguk ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya, jangan ketinggalan saksikan berbagai-bagai acara yang akan di jalankan.
Wednesday, 23 May 2012
HOT 18SX: Model Seksi Tanpa Pakaian!
Cuba teka. Model ini memakai pakaian atau tidak langsung seurat benang! Ini kah seni yang kita mahu! Budaya yang tidak mahu kita bawa di Malaysia...
LIVE! GEGAR! Pelepasan Konvoi Super Car
Sebentar tadi, Majlis Pelepasan Konvoi Super Car yang berprestij seperti Lamborgini,, Ferarri dan Bentley telah disempurnakan oleh Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Pertahanan. Di samping itu juga Super Bike juga turut mengiringi konvoi berserta kereta-kereta vintage. Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi turut sama berkonvoi sebagai gimik pelancaran yang disertai juga Dato Seri Ahmad Sabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan dan Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Gambar-gambar sekitar Pelancaran sebentar tadi..
Jom sertai Himpunan Jutaan Belia Di Putrajaya 2012 dan Hari Belia Negara 2012. Jangan lupa datang dengan acara-acara yang menarik menanti pengunjung..
LIVE FROM PUTRAJAYA! Pavillion Negeri Pulau Pinang
Live Dari Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 mulai 23 Mei 2012 hingga 27 Mei 2012. Salah slot program adalah Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang berada di Persiaran Utama, Putrajaya berdepan Bangunan Jabatan Audit Negara dan berhanpiran dengan Istana Kehakiman.
Menurut Encik Rosli bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Pavillion ini memberi peluang kepada belia-belia usahawan Negeri Pulau Pinang untuk memasarkan produk barangan masing-masing. Jom kita gegar Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik..
Menurut Encik Rosli bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Pavillion ini memberi peluang kepada belia-belia usahawan Negeri Pulau Pinang untuk memasarkan produk barangan masing-masing. Jom kita gegar Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik..
Subscribe to:
Posts (Atom)












.jpg)











.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)










