Friday 20 September 2013

PADAH SERANG POLIS




Seorang penjenayah cedera ditembak polis selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang ketika cuba ditahan.

Dia bagaimanapun stabil selepas dihantar ke hospital.
Katanya, kejadian berlaku di Bukit Teh dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang kira-kira jam 9.45 pagi tadi.
Sepasukan anggota polis mencari saspek di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 Akta Dadah Berbahaya.

Dan apabila menghidu kehadiran polis, saspek cuba melarikan diri.
Menyedari dirinya dikepung, dia cuba menyerang anggota polis dengan dua bilah parang.
Polis terpaksa melepaskan tembakan, dua peluru terkena kaki saspek.
Dia dibawa ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

Suspek mempunyai tiga kes jenayah, termasuk kes dadah dan mencuri.
Kes disiasat di bawah 307 Kanun Keseksaan Kerana Cuba Menyerang Dengan Senjata.


No comments:

Post a Comment