Monday 1 October 2012

Kabinet Oh Kabinet, Yang Ditangkap Hanya Bayang-Bayang


Apabila PR berangan-angan mahu menawan Putrajaya segalanya menjadi tanda tanya.  Tawanan yang sering diberi keyakinan waima dikatakan hampir memegang tampuk pemerintahan.  Hari 16 September yang agak sinonim dengan Mat Jenin yang menjadi buah mulut penceramah-penceramah yang hebat termasuk pemimpin-pemimpin "Agong" persis "Tuhan Makluk Sekelian Alam" yang boleh menentukan tampuk pemerintahan Negara bagai dihujung jari.  Sejauhmana kebenaran yang masih lagi mengejar bayang-bayang.

Cabaran YAB Perdana Menteri supaya PR menubuhkan kabinet bayangan PR masih tidak disahut.  Sejak dulu lagi, sejak sebelum "Tsunami" 2008, tiada senarai yang diperjelaskan.  "PR has no guts" dan takut untuk menyenarai pendek satu nama pun mahupun nama-nama untuk kepimpinan tertinggi khususnya jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kanan.  Memetik kenyataan YAB Perdana Menteri;

"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?

"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?"

Hanya jawatan Perdana Menteri sahaja yang berada dalam kabinet bayangan PR, selainnya hanya menjadi sebutan semata-mata yang akan hilang entah kemana.  

No comments:

Post a Comment