Showing posts with label ENTERTAINMENT Hiburan Tasha Shila Anzalna Neelofa bergaduh Seniman18 SX chocolate aksi ghairah artis seks porno lucah malaysia panas hot seksi. Show all posts
Showing posts with label ENTERTAINMENT Hiburan Tasha Shila Anzalna Neelofa bergaduh Seniman18 SX chocolate aksi ghairah artis seks porno lucah malaysia panas hot seksi. Show all posts

Monday, 18 June 2012

TAMBAH PANAS! Apa Kisah Anzalna Ni Plak!!!!


Anzalna
PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir menolak dakwaan kononnya kes pergaduhan dengan pelakon Neelofa pada minggu lalu memberikan laluan mudah yang melonjakkan popularitinya secara mendadak kepada khalayak.
Anzalna berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas kerana dia memang sudah dikenali menerusi lakonannya walaupun masih baru dan tidak menumpang kontroversi itu bagi meraih ‘publisiti murahan’.
“Sebelum kes (pergaduhan) itu berlaku pun saya sudah mempunyai kelompok peminat yang mengenali kerja lakonan saya walaupun masih baru. Mungkin saya tidak sepopular mana dan dikenali ramai seperti artis-artis lain tetapi sekurang-kurangnya ada kelompok peminat yang mengikuti perkembangan kerja saya.
“Adalah tidak wajar untuk tuduh saya menggunakan kes itu untuk raih populariti segera,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.
Ditanya mengenai peningkatan lebih 3000 pengikut akaun Twitter miliknya berbanding 4200 pengikut sebelum kontroversi itu tercetus, Anzalna berkata perkara itu mungkin berlaku secara kebetulan.
“Kes pergaduhan itu bukan sesuatu yang positif dan saya tidak fikir peminat mengikuti saya di Twitter kerana perkara negatif. Saya yakin peminat pada hari ini semakin bijak dalam menilai artis-artis yang mereka minati.
“Kebetulan, nama saya sedang hangat diperkatakan jadi secara tidak langsung tumpuan juga banyak terarah kepada saya. Hakikatnya, selebriti lain yang tidak terlibat dalam kontroversi pun meraih peningkatan pada jumlah pengikut mereka setiap hari,” katanya.
Neelofa
Mengenai tindakannya yang yang dilihat seperti kurang matang dan ‘keanak-anakan’ kerana kerap mengemas kini pelbagai mesej berbabur sindiran kepada Neelofa di Twitter, Anzalna berkata dia mengakui kesilapannya yang terlalu mengikutkan emosi.
“Saya akui terlalu mengikut emosi. Saya hargai teguran dan nasihat individu tertentu yang melihat tindakan mengemas kini mesej-mesej berbaur sindiran itu sebagai tidak matang dan profesional.
“Kini saya hanya mahu mengumpulkan bukti bagi menghadapi notis tuntutan daripada Neelofa dan menyerahkan segala proses kepada peguam,” ulasnya mengakhiri perbualan.
Pergeseran antara dua aktres itu tercetus apabila Anzalna didakwa oleh Neelofa mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.
Susulan itu, Neelofa melalui peguamnya mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna dan diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas.
mStar Online

Tuesday, 12 June 2012

HOT: Tasha Shila, Neelofa dan Anzalna Bergaduh!


PETALING JAYA: Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.
"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.
"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.
"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Zed Zaidi
Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha.
Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.
Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.
Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.
"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.
Dalam pada itu, pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi.
Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.
mStar Online