Showing posts with label Gossip. Show all posts
Showing posts with label Gossip. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

Aada Zara Tinggalkan Pentas Pilih Kasih



pilih

Tarikh: 22 Februari 2012




Minggu ketiga menyaksikan Aada Zara meninggalkan pentas Pilih Kasih. Pemilihan Aada Zara adalah disebabkan faktor undian yang rendah. Diakui mempunyai bakat besar, ramai pihak menyakini kemampuan anak gadis ini untuk mengukir kejayaan lebih besar dalam industri hiburan tanah air.

Aada Zara 'si kecil cili padi' terpaksa akur dengan keputusan Rosyam Nor lantas meninggalkan pentas serta rakan-rakan seperjuangannya. Selepas ini, tentunya tiada lagi laungan ‘kecil-kecil cili padi, hebat kot!”  di Pentas Pilih Kasih.

Debaran akan terus melanda 15 peserta rancangan realiti ini. Masing-masing perlu berusaha gigih bagi memantapkan persembahan mereka untuk memikat bukan sahaja hati Prof Madya Dr Abu Hassan, Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Umie Aida serta Erra Fazira malah juga hati pengundi-pengundi.

Bagaimana pula kesinambungan Konspirasi Cinta tanpa Aada Zara?. Nantikan Pentas Pilih Kasih minggu hadapan.

Sumber : MH Online

Wednesday, 22 February 2012

Misha Omar Selamat Bertunang Dalam Majlis Sederhana




Misha anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim pada majlis pertunangannya semalam.

Selasa Februari 21, 2012

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar, 30, menamatkan segala spekulasi mengenai status dirinya apabila memilih juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly,30, sebagai bakal suaminya.

Pasangan itu bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan kira-kira pukul 1 tengah hari, Isnin.

Misha yang anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim menerima lima dulang hantaran berbalas lima.

Penyanyi lagu Adam dan Hawa itu rasmi bergelar tunangan kepada Firos selepas disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin.

Misha bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun menjelaskan jika tiada aral melintang akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Firos menepati segala ciri yang saya impikan daripada seorang lelaki. Selain cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, selain rapat dengan anak angkat saya, Muhammad Adam Emir.

"Hubungan rapat mereka telah membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal suami. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami perjalanan hidup saya," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Misha berharap, semua peminat mendoakan impiannya untuk bergelar isteri terlaksana.

"Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil.

"Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup.

"Insya-Allah perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi," katanya.

Dipetik Dari mStar Online

Mufti Perlis Tegur Lambakan Filem Tahyul, Hantu



Filem seram dikatakan merosakkan akidah penonton dan umat Islam. Gambar sekadar hiasan.

Selasa, Februari 21, 2012

KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pada Selasa berkata, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranyamenggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya Selasa, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.

"Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport," katanya.

Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat sedangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk.

Beliau turut mencadangkan supaya satu kajian mengenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu.

Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga membangkitkan isu eksploitasi terhadap wanita melalui iklan produk tertentu sehingga mempamerkan aurat mereka secara tidak terkawal.

"Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dieksploitasi untuk melariskan barangan," katanya.

Beliau berkata wanita Islam yang terpilih sebagai model barangan tertentu sepatutnya menutup aurat manakala yang bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Sementara itu, Juanda melahirkan rasa kecewa dengan iklan penjualan kismis yang kononnya telah dibawa tawaf di Kaabah untuk meningkatkan khasiatnya begitu juga iklan mengenai air zam zam yang kononnya telah dibawa ke tempat solat hajat semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding biasa.

Beliau menyifatkan iklan seumpama itu bertujuan menipu pengguna di samping melakukan eksploitasi agama dalam perniagaan. - BERNAMA

Dipetik Dari mStar Online

Tuesday, 21 February 2012

Almy Nadia Terkena 'Air Kencing Puntianak'




Almy Nadia

Isnin, Februari 21, 2012

PETALING JAYA: Ketika kebimbangan mengenai virus kencing tikus, pelakon Almy Nadia pula mendakwa dirinya terkena air kencing puntianak sewaktu penggambaran drama Cinta Buat Emelda sehingga membuatkan wajahnya bengkak dan menggerutu.

Almy berkata, insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya, pelakon itu terkejut wajahnya terus berubah.

"Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.

"Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.

"Mungkin ada benda yang saya tersilap kot ketika melakonkan babak tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Bagaimanapun, tambah Almy, ustazah berkenaan memintanya untuk berfikiran positif dengan menganggap insiden tersebut berlaku mungkin kerana kain kafan yang digunakan untuk adegan dalam drama itu kotor dan mempunyai hama.

Tidak cukup dengan itu, selepas seminggu wajahnya kembali normal, Almy sekali lagi ditimpa malang apabila kakinya pula membengkak ketika menjalani penggambaran drama yang sama pada minggu lalu.

"Saya tak tahulah, lepas satu, satu kejadian yang menimpa diri. Tetapi selepas mendapat rawatan di klinik, doktor berkata yang saya terlalu banyak bekerja dan terlalu lama berdiri dengan kasut tinggi. Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa sihat sedikit. Nasib baiklah pihak kru produksi memahami dengan situasi saya yang macam-macam ini," selorohnya.

Ditanya, adakah dirinya masih lagi diganggu makhluk halus seperti yang pernah dilaluinya tiga tahun lalu, Almy bersyukur, dia tidak lagi mempunyai masalah itu.

"Alhamdulillah, saya dah tak diganggu seperti dulu dan saya harap benda itu tidak lagi mengacau hidup saya lagi," ujar kekasih kepada aktor Fizz Fairuz itu.

Dipetik Dari mStar Online

Monday, 20 February 2012

Misha Nikah Tahun Ini?













CERITA Misha Omar hendak berkahwin, sudah berkahwin termasuk didakwa berkahwin lari atau menjadi isteri ketiga kepada seorang usahawan automotif pernah menjadi cerita hangat sejak beberapa tahun lalu.

Penat juga dia menepis segala terjahan yang hampir semua pelurunya tersasar daripada tujuan asal. Akhirnya kerana terlalu lelah, dia memilih untuk membungkam diri. Ajaibnya, cara itu berkesan. Cerita tentang perkahwinannya hanyut mengikut gelombang masa.

Sehingga tengah hari Ahad lalu, kami bertemu. Pertemuan itu diatur pengurus yang juga kakaknya, Mimie Omar, dua hari sebelum sesi fotografi berlangsung. Seperti orang sedang menyorok dan separuh berbisik Mimie berbicara di hujung talian.

“Misha Omar nak bertunang, Insya-Allah. Kami jemput Kosmo! ambil gambar eksklusif Misha dan bakal ahli keluarga baharu kami Ahad ini. Sudi?”, soal Mimie sebelum persetujuan dicapai dan tengah hari Ahad itu kami bertemu.

Faktanya, Misha akan bertunang dalam masa terdekat manakala berkahwin sekitar hujung tahun ini.

“Bagaimanapun semuanya bergantung atas perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar Misha.

Ah, jejaka yang akhirnya berjaya mengajak penyanyi Bunga-Bunga Cinta dan Pulanglah itu bukan lelaki asing dalam dirinya.


WALAUPUN Misha sempat bercinta dengan lelaki lain, namun hatinya kembali kepada Firos untuk hidup bersama sebagai suami isteri.





Pimpin anak

Cinta mereka pernah kandas-sambung-kandas dan akhirnya dicantum semula sebelum sebulat suara tidak perlu terlalu ego untuk cuba menidakkan jodoh antara mereka.

Jejaka itu, Firos Ezzwan Rossly, 30, seusia dengan si manis Misha. Dibesarkan di Subang Jaya, Selangor, Firos merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).

Bukan lelaki berkerjaya hebat atau kerabat diraja yang dikejar Misha, sebaliknya jejaka tersebut dipilih kerana dia mempunyai aura tersendiri.

“Dia tawarkan saya sesuatu yang tidak pernah saya fikir. Dia tawarkan saya untuk menjadi pelengkap kepada anak angkat saya, Adam Emir yang akan mencecah usia 7 tahun pada tahun hadapan.

“Dia mahu memimpin Adam ke sekolah sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang mempunyai ibu dan bapa. Tawaran itu terlalu mahal untuk saya lepaskan,” ujar Misha.

Bukan sekadar tawaran itu sahaja. Misha mengaku, sejak mengenali Firos lima tahun lalu, dia adalah sahabat, kekasih, bekas kekasih dan kini bakal menjadi tunangan yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya.

“Saya ada banyak sisi hitam dalam hidup. Dia sentiasa ada di sisi saya, walaupun satu ketika dahulu (tahun lalu) sewaktu kami berpisah, dia terpaksa mendengar luahan hati dan cerita cinta saya yang memang pada waktu itu hampir berkahwin dengan seseorang. Dia gigih bertahan!” tambahnya lagi sambil ketawa mengekeh.

Tersenyum mendengar luahan Misha, Firos kemudian menjadi sasaran pertanyaan.










BERITA pernikahannya dengan Firos sekali gus menutup spekulasi Misha yang didakwa berkahwin lari atau menjadi isteri ketiga seorang usahawan.






Body guard

Mengapa dia begitu setia menunggu Misha yang tidak kering gosip dengan lelaki, sementelah dia juga artis popular yang boleh memilih sesuka hati lelaki mana untuk dijadikan suami.

Mengapa Firos terlalu yakin bahawa Misha ialah destinasi cintanya yang sejati. Juga, bagaimana Firos boleh terlalu cool menjadi pendengar setia cerita cinta bekas kekasih sendiri yang mahu berkahwin dengan orang lain.

“Siapa kata saya setuju dia nak kahwin orang lain?” soal Firos sambil ketawa.

Dia kemudian menyambung: “Memang masa dia telefon cakap nak kahwin dengan seseorang, saya ucap tahniah, tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Saya jerit dalam hati – please no, please don’t! Tapi ia tak terkeluar dan syukur memang dia tak jadi kahwin dengan orang lain tetapi Insya-Allah akan menjadi isteri saya.”

Tambah Firos lagi, sejak pertama kali berkenalan dengan Misha, dia yakin bahawa Misha ialah jodohnya dunia akhirat. Kerana itu dia tidak mahu berganjak daripada menjadi pemuja setia wanita itu dan ternyata impian untuk menikahi Misha hampir terlaksana.

Mengaku saat mereka berpisah dia juga sempat menjalin cinta dengan wanita lain, namun semuanya tidak berjaya dan tidak seperti percintaannya yang sederhana tetapi kaya dengan kasih sayang bersama penyanyi yang juga aktif sebagai pelakon itu.

Menjawab persoalan tentang kesukaran bercinta dengan seorang artis, Firos memberitahu tidak berhadapan dengan kesukaran.

“Mungkin sebab saya bercinta dengan Samihah Omar (nama sebenar Misha), bukan Misha. The artist I adore, the women I love (artis yang saya puja, tetapi wanita yang saya cinta). Saya tak perlu menjadi orang lain, begitu juga dia,” kata Firos.

Sambil ketawa, Firos memberitahu, kesukaran yang dihadapinya adalah untuk membuat orang percaya bahawa Misha ialah kekasihnya.

“Ramai yang tak percaya saya kekasih Misha. Macam baru-baru ni, kami ke sebuah restoran makanan segera. Ada yang bertanya kepada saya, ‘abang betul ke tu Misha Omar?’ Bila saya jawab ya, mereka tanya lagi, ‘dia siapa dengan abang?’ saya jawab kekasih, tetapi mereka tak percaya sebaliknya cakap saya pengawal peribadi Misha,” ceritanya yang juga mengaku sukar mempercayai bahawa dia adalah kekasih seorang penyanyi popular Malaysia.

Kini saat sedang menghitung hari menjadi pasangan bertunang dan seterusnya menjalani fasa kehidupan sebagai suami isteri, pasangan tersebut sepakat untuk menjalani realiti berumahtangga secara sederhana.

“Keputusan kami untuk hidup bersama adalah tanpa perjanjian kemewahan dunia, namun ia adalah persefahaman untuk menuju syurga bersama dengan seadanya," kata Misha.

Biar sedang mekar meniti tangga bahagia, kerjaya yang ada tetap berjalan lancar. Setelah sekian lama tidak muncul dengan single, kini Misha akan kembali dengan single baharu berjudul Angin Syurga hasil karya Datuk M. Nasir bersama penulis lirik Budhhi Hikayat.

Selain Angin Syurga, Misha juga merancang untuk mempunyai beberapa single lagi. “Saya juga akan terus dengan genre balada selain cuba mengembalikan irama balada padang pasir seperti lagu duet dengan Andy Flop Poppy, Sembunyi,” katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama untuk tayangan Aidilfitri nanti, Bonus Hari Raya.

Dalam masa yang sama, Misha kini baru dilantik menjadi duta produk kecantikan Shisheido untuk keluaran White Lucent (Skin Care

Kredit Kosmo! Online - Hiburan.