Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

Yahya Sulong Masuk ICU

Yahya

Tarikh: 22 Februari 2012




Pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong,84, telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air, Isnin lalu.

Menurut isterinya Datin Alisah Ali,65, kejadian tersebut berlaku ketika Yahya hendak buang air besar di bilik air rumah mereka di Bandar Baru Sentul dekat sini tetapi atas sebab-sebab keuzuran, Yahya dipercayai telah tergelincir.

“Kira-kira 10 minit saya dapati dia senyap saja dalam bilik air, saya pun buka pintu. Saya lihat dia terjatuh dalam keadaan berlumuran najis. Saya pun minta bantuan anak saya untuk panggil ambulan,” katanya kepada sebuah akhbar online.

Sebelum ini, Yahya sudah sering kali keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan penyakit asma dan paru-paru yang dijangkiti kuman tetapi dalam kejadian yang berlaku dua hari lalu itu, keadaannya agak serius.

MH Online mendoakan agar kesihatan Datuk Yahya Sulong bertambah baik dan terus mewarnai industri seni tanah air.

Sumber : MH Online

Tuesday, 21 February 2012

Latif Ibrahim Meninggal Dunia, Tidak Sempat Tunai Umrah



Isnin, Februari 20, 2012

PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Adik beliau, Khatijah ketika ditemui Wartawan mStar Online, Wahiduzzman di kediaman Allahyarham di AU3 Keramat dekat sini pada malam Isnin berkata, seluruh keluarga Allahyarham berasa sedih dengan kematian itu.

Ujarnya, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.

"Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini," katanya.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan,57, dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34.

Dipetik Dari mStar Online