Showing posts with label chocolate cake bersih 3.0 Amerika Taja protest movement Anwar Ibrahim Ambiga PR PKR BN UMNO PAS DAP gempar menarik terbaik dunia aksi ghairah artis seks porno lucah malaysia panas hot seksi. Show all posts
Showing posts with label chocolate cake bersih 3.0 Amerika Taja protest movement Anwar Ibrahim Ambiga PR PKR BN UMNO PAS DAP gempar menarik terbaik dunia aksi ghairah artis seks porno lucah malaysia panas hot seksi. Show all posts

Monday, 14 May 2012

HANGAT : Ambiga Makan Burger

Ambiga sudah pening.  Makan burger puas-puas.  Ambiga menuntut hak asasi rakyat semasa Himpunan Bersih 3.0, peniaga pun menuntut hak asasi peniaga untuk berniaga juga.  Ada komen?

KUALA LUMPUR - Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di hadapan rumah Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini kerana mereka melakukannya di tempat awam.


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata peniaga boleh berhimpun dan berniaga di hadapan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu, selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun. "Mereka (peniaga) berniaga di hadapan rumah dia (Ambiga) dan mereka buat di 'public space', mereka tidak menganggu orang awam... jadi tidak menjadi kesalahan kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Khalid yang ditemui selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, ditanya sama ada polis akan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat Ambiga pada 10 Mei lepas, susulan tindakan sekumpulan peniaga berhimpun dan berniaga di hadapan rumahnya.

Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger, dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Mengulas lanjut, Khalid turut mencadangkan agar Ambiga mengambil tindakan saman terhadap peniaga burger terbabit jika tindakannya mengganggu privasi. - Bernama

Monday, 7 May 2012

X-CLUSIVE: Fakta Sebenar #Bersih 3.0 Terbongkar


Pautan dari Blog Badut Rakyat.



X-CLUSIVE; Arab Saudi Larang Haji Jemaah Malaysia


PK tidak dapat menggambarkan bagaimana sekiranya Kerajaan Arab Saudi melarang rakyat Malaysia dilarang untuk menunaikan Haji dan Umrah di Mekah ekoran sekumpulan aktivitis dikesan menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini.  Kerajaan Arab Saudi pernah melarang rakyat dari sebuah negara Islam daripada mengerjakan haji dan umrah selama tiga tahun kerana terdapat rakyatnya yang berdemontrasi di tanah suci itu.

PK melahirkan rasa sedih dan kecewa sekiranya perkara tersebut berlaku.  Semoga Allah Memberkati.


KUALA LUMPUR 6 Mei - Rakyat negara ini berhadapan kemungkinan dilarang daripada mengerjakan haji atau umrah untuk tempoh tertentu selepas sekumpulan rakyat negara ini dikesan menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini, Arab Saudi pernah melarang rakyat dari sebuah negara Islam daripada mengerjakan haji dan umrah selama tiga tahun kerana terdapat rakyatnya yang berdemonstrasi di tanah suci itu.

''Ini kerana pihak berkuasa Arab Saudi cukup tegas dengan sebarang demonstrasi haram dan dikhuatiri tindakan sama turut dikenakan ke atas Malaysia.

''Penganjur perhimpunan itu perlu bertanggungjawab dan berisiko membayar harga yang 'mahal' sekiranya jemaah dari negara ini dilarang mengerjakan ibadat haji dan umrah untuk tempoh tertentu," katanya pada sidang akhbar sebelum mengetuai Konvoi Bermotosikal Sempena Sambutan Hari UMNO ke-66 di sini hari ini.(UTUSAN)

Saturday, 5 May 2012

Amerika Syarikat taja "protest movement" di Malaysia



TERJEMAHAN DARI LAMAN WEB BERPENGARUH globalresearch.ca Protes menggegarkan jalan-jalan di  Kuala Lumpur Malaysia pada hari Sabtu, 28 April, kira-kira 25,000 keluar ke jalan raya untuk menyokong Bersih sebuah organisasi yang berjuang untuk reformasi sistem pilihan raya Malaysia.

Organisasi yang mengelar diri mereka 'Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil', yang terdiri daripada 84 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk 'gabungan masyarakat sivil yang berfikiran bebas dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik.

Perhimpunan baru-baru ini berikut dua demonstrasi besar-besaran sebelum ini pada November 2007 dan Julai 2011, penganjur memperbaharui permintaan mereka supaya (pegawai) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijadualkan untuk Jun 2012.

Walaupun gabungan itu mendakwa tidak mempunyai fahaman politik, pergerakan itu sepenuhnya yang disahkan oleh pemimpin pembangkang utama Malaysia, Anwar Ibrahim dan parti-parti  politik pembangkang yang diketuainya.

Berikut didokumenkan kes organisasi Amerika Syarikat yang membiayai NGO pro-pembangkang bertopengkan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang berkaitan dengan rusuhan awam di Rusia dan Timur Tengah 

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan mengakui bahawa gabungan Bersih menerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) 

Satu artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times bertajuk Kumpulan AS menyemai kebangkitan Arab mendedahkan organisasi seperti National Democratic Institute (NDI) menerima pembiayaan dari National Endowment for Democracy (NED, yang menerima dana langsung dari Kongres Amerika Syarikat

Gabungan Bersih juga telah menerima sokongan dari Freedom House yang berpangkalan di AS, sebuah NGO yang memperolehipembiayaan terus daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat.


Walaupun kebimbangan mengenai rasuah pilihanraya dan rungutan pelbagai pihak, penyokong Bersih sewajar faham dengan dana Amerika Syarikat kepada NGO tersebut dan parti-parti pembangkang, ia subversif.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran bahawa kerajaan Barisan Nasional menjadi sasaran perubahan rejim (regime change) disebabkan pendirian negara itu ke atas Israel dan kritikan terhadap polisi Amerika Syarikat, manakala mengutuk Anwar Ibrahim kerana hubungan rapat beliau dengan Paul Wolfowitz dan penganut lain Projek New American Century (PNAC) 

Mahathir juga menuduh Amerika Syarikat menggunakan manipulasi mata wang dan NGO yang dibiayai untuk mencipta ketidakstabilan (destabilization) yang diperlukan untuk mewujudkan kerajaan proksi pro Amerika.

Dr. William Robinson menjelaskan kaedah subversif Amerika Syarikat menjalankan perubahan rejim melalui "promosi demokrasi" di dalam bukunya, 'Promoting Polyarhcy, "Di Amerika Latin, di Eropah Timur dengan Revolusi Velvet, di Afrika, di Timur Tengah, di seluruh dunia sebenarnya, Amerika Syarikat mewujudkan mekanisma yang berbeza sekarang ini untuk menembusi masyarakat-masyarakat sivil (NGO) dalam sistem politik negara yang mereka ingin campur tangan dan bagi membolehkan hasilnya nanti memudahkan objektif dasar luar Washington.

Eva Golinger, seorang penyelidik yang telah menyiasat usaha promosi demokrasi Amerika Syarikat menawarkan, "Berjuta-juta dolar wang pembayar cukai AS pergi setiap tahun ke dalam dana untuk organisasi dan kempen politik di negara-negara yang berlainan di dunia yang mempromosikan agenda AS.

"Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat tidak menyedari hakikat bahawa bagaimana wang mereka dibelanjakan, untuk mencampuri, untuk mempengaruhi dan untuk campur tangan dalam hal ehwal negara lain 

Walaupun Bersih muncul koheren dan tidak terlibat dalam politik, namun dengan kepimpinan yang sebahagian besar mempunyai kaitan politik dengan Anwar Ibrahim dan pembangkang Malaysia ia telah memberikan satu kemudahan untuk bersama-sama menggerakkan penyokong di atas semangat yang sama ""pilihanraya bersih dan adil".

 "Demonstrasi Bersih pada awal tahun 2007 telah dikreditkan secara meluas untuk keuntungan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 Malaysia, di mana pakatan pembangkang telah merampas kuasa di lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen 

Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad; pasangan itu tidak bersetuju ke atas penggunaan kaedah pemulihan semasa Krisis Ekonomi Asia 1997, yang membawa kepada pemecatan Anwar. Manakala Mahathir memperkenalkan kawalan mata wang yang mengikat ringgit untuk mencegah spekulasi mata wang, Anwar mengecam dasar ekonomi Mahathir dan menggambarkan dirinya sebagai pejuang kemerdekaan bagi pasaran bebas

Anwar pernah menerima gaji dari Yayasan Masa Depan (Foundation for the Future) yang dikaitkan dengan Dick Cheney (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat) dan juga Kumpulan Krisis Antarabangsa kepunyaan George Soros. Selain itu, Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai ahli panel National Endowment for Democracy's (NED) bagi "Anugerah Demokrasi".


Gabungan Bersih telah menolak cadangan pembaharuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, termasuk cadangan jawatankuasa terpilih Parlimen bagi reformasi pilihan raya dan pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman berikutan kritikan meluas cara Putrajaya berdepan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011.

Tidak seperti perhimpunan Bersih pada Julai 2011, demonstrasi baru-baru ini, pertempuran berlaku selepas polis diprovok penunjuk perasaan berkahir dengan kes-kes keganasan ke atas kedua-dua pihak. Walaupun polis menutup kawasan sekitar Dataran Merdeka (Independence Square) di mana perhimpunan itu dijadualkan berlangsung, polis tidak menggunakan keganasan sehingga penunjuk perasaan cuba untuk menyeberangi pagar keselamatan polis ke Dataran

Situasi keselamatan yang memburuk selepas penunjuk perasaan berdegil enggan bersurai, sehingga ke satu tahap mendorong mendorong mereka untuk menterbalikkan kenderaan polis.
Penunjuk perasaan membuang botol, kepingan logam dan batu (concrete slabs), menyebabkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan.

Manakala rakaman tindakan keras polis baru-baru ini beredar di seluruh media antarabangsa, Barisan Nasional parti pemerintah Malaysia sekali lagi berdepan kritikan antarabangsa. Rasa tidak puas hati berkembang dalam pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, parti pemerintah Malaysia tidak popular dan menyediakan pentas bagi kemenangan pakatan.

Dan Amerika Syarikat kini mengalihkan fokus ketenteraannya ke Rantau Pasifik, kepatuhan, Anwar Ibrahim kepada institusi politik barat yang mungkin akan menjamin politik Malaysia terus bergolak sehingga pembangkang berjaya mengambilalih kuasa.-
5/5/2012 TERJEMAHAN BEBAS OLEH HELME HANAFI

RENCANA ASAL DI