Saturday, 25 February 2012

Ana Raffali, Naim Selamat Diijabkabulkan



Sabtu, Februari 25 2012
 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ana Raffali, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.

Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.  Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki.  Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.  Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.  Manakala pihak lelaki membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.  Ana tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.  Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.  

Pemikir Kampong : Tahniah Ana Raffali dan selamat pengantin baru.

Dipetik Dari mStar Online

No comments:

Post a Comment