Tuesday 5 June 2012

Adegan Asmara: Filem Malaysia Setaraf Hollywood


Perfileman Malaysia dianggap setaraf dengan Hollywood.  Mengapa?  Adegan wajib bagi sebuah filem Malaysia ialah Adegan Asmara.  Tanpa adegan tersebut, maka dianggap tidak lengkap bagi sebuah filem.  Pelbagai alasan yang diberi, sebagai kisah benar dan berbagai-bagai alasan lagi.

Kontroversi filem sengaja direka bagi melariskan kutipan dan jualan tiket.  Strategi berniaga.  Jika mahukan laba, maka maruah harus dikorbankan demi wang ringgit dan penerbit.  Muka paras yang lawa dan cantik serta kacak.  Membuka baju atau separuh bogel; yang sudah jadi terbiasa dalam Filem Malaysia.  Jika ini terus berlaku, tidak mustahil, filem porno Malaysia akan diterbitkan secara terbuka dimasa akan datang dengan alasan menggambarkan kisah benar penceritaan yang hebat.

Teguran dan kritikan sebagai panduan dan garisan pemisah antara maruah dan martabat.  Budaya Malaysia masih ada nilainya yang tersendiri.  Adakah kita rela filem-filem Malaysia dilucah sedemikian rupa?

No comments:

Post a Comment