Friday, 15 November 2013

INILAH RUPA SEBENAR KEMPEN UNTUK JAWATAN KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA !!!



Kempen bagi memilih Ketua Dewan Pemuda Pas yang baharu menjelang muktamar parti ke-59 mulai 22 November ini dicemari dengan taktik kotor untuk menjatuhkan calon-calon tertentu.
Perbuatan yang tidak menepati nilai murni dan akhlak mulia yang dianjurkan Islam itu dikesan pada komen yang dipaparkan pada akaun Facebook 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'.

Lebih dikesali, terdapat individu menggunakan imej seekor anjing untuk menggambarkan salah seorang calon yang bertanding jawatan berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengakui, beliau tidak pernah menyaksikan kempen dan perang saraf yang keji bagi merebut jawatan yang disandangnya sejak menyertai sayap berkenaan 28 tahun lalu.

Beliau menegaskan, kemurnian, keharmonian dan kedamaian Dewan Pemuda Pas tidak sepatutnya dicemari dengan perang saraf tahap 'macai' dan ketinggalan zaman.
Jelas Nasrudin, perbuatan itu tidak boleh dilakukan sama ada untuk menjatuhkan dan menghina lawan atau untuk mempopularkan diri sendiri serta mencari simpati.

"Bersainglah atas semangat 'fastabiqul khairat' sementara perwakilan menilai berdasarkan prestasi yang baik serta komitmen yang tinggi dengan Dewan Pemuda Pas.
"Bukan nilai melalui pengaruh saraf 'tak matang', kebencian yang dicipta serta simpati yang diraih. Sebaliknya, nilai melalui 'track record' dan keluhuran budi serta akhlak Islamiah yang selayaknya sebagai pejuang Islam," katanya menerusi Facebook miliknya semalam.

Tiga calon iaitu Kamaruzaman Mohamad, Suhaizan Kayat dan Zulhazmi Shariff akan bertanding untuk mengisi jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas yang tidak dipertahankan oleh Nasrudin pada pemilihan kali ini.

Kamarulzaman turut menjadi mangsa serangan apabila beliau dikatakan melanggar arahan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi penyertaan dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun) pada 2011.

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama Pas, Dr. Zahari Yakob tampil membela Kamarulzaman dalam kenyataan yang disiarkan Facebook DPPM (Official) semalam.

Menurut beliau, mesyuarat tergempar Lajnah Politik Pas Pusat yang dipengerusikan Abdul Hadi telah memutuskan, tiada halangan ke atas ahli untuk menghadiri program tersebut.
Jelas Zahari, wakil-wakil Pas termasuk beliau dan Kamarulzaman telah diminta untuk terus berada dalam jawatankuasa Himpun bagi memantau serta melaporkan hala tujunya.

"Ingin saya nyatakan di sini bahawa penglibatan kami di dalam Himpun adalah di bawah restu Presiden dan Pas," ujarnya.

Kata beliau, tuduhan bahawa Kamarulzaman melanggar arahan Presiden Pas agar tidak menyertai Himpun adalah tidak benar dan fitnah.







1 comment:

  1. Любовь:) найти проститутку Одессе
    Чертовски обаятельная, желающая страсти секса Блондинка! Почувствуй меня - натуральная, темпераментная, ненасытная. Страстный секс, жадный минет, фантазии, игры - будет всё как ты захочешь! Знаю подход к щедрым мужчинам! Конечная цель - это благора

    ReplyDelete