Pekan Chemor terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak. Bandar yang berhampiran ialah Sungai Siput, Salak, Kuala Kangsar dan Ipoh.
Ramai orang Sumatra, Indonesia tinggal di sini. Beberapa keluarga Tun Adam Malik, bekas Menteri Luar Indonesia berada di sini. Peranan beliau cukup signifikan dalam menamatkan Ganyang Malaysia.
Sekitar tahun 70'an, banyak terdapat lombong bijih timah di
Chemor.Pada masa itu juga, Chemor terkenal dengan tanaman ubi kayu
sehingga topik pengeluaran ubi kayu di Chemor telah diselitkan ke dalam
buku teks Kajian Tempatan sekolah rendah pada masa itu. Selain bijih,
pertanian seperti getah dan sayur-sayuran merupakan kegiatan penting
bagi penduduk Chemor ketika itu. Pada masa itu di kiri kanan, sepajang
jalan utama dari Tasek ke Chemor boleh dilihat ladang getah yang kini
telah bertukar kepada kilang,puast perniagaan dan taman perumahan. Penternakan Khinzir juga banyak terdapat pada masa dahulu, sehingga
timbul cerita yang mengaitkan asal nama Chemor diambil dari bahasa cina
'Che-Mo' yang bermakna 'bulu khinzir'. Oleh itu orang cina tidak
menggunakan nama Chemor sebaliknya menggunakan panggilan 'Che-Bo' yang
bermaksud permata. Kebanyakan taman perumahan baru disekitar pekan
Chemor,Kuala Kuang,Tanah Hitam ketika ini, dahulunya adalah merupakan
bekas-bekas ladang sayur dan kandang khinzir.Pada pertengahan tahun
80'an kilang-kilang perusahan telah mula bertapak di Chemor terutamanya
di kawasan Klebang dan Khantan Baru.
Sehingga awal 80'an , Chemor tersenarai sebagai salah satu kawasan
hitam di Malaysia. Beberapa pos kawalan tentera ditempatkan di sekitar
jalan keluar masuk ke Chemor, salah satu pos terletak di Kampung Che'
Zainal iaitu di simpang jalan ke Tanah Hitam dan Ulu Chemor.Operasi
memburu pengganas komunis kerap dilakukan di ladang getah dan
bukit-bukau sekitar Chemor.Pada ketika ini juga penduduk Chemor pernah
beberapa kali mengalami perintah berkurung.Konvoi-konvoi kenderaan
tentera melalui pekan Chemor,kampung Che Zainal ke Ulu Kuang atau
Tanjung Rambutan adalah pemandangan biasa bagi penduduk kampung dan
mendapat sorakan daripada kanak-kanak ketika itu.Budak-budak kampung
yang tinggal berdekatan dengan pos kawalan juga sering lepak di pos dan
mendapat hadiah resen.
Sekolah rendah kebangsan Hj. Mahmud Chemor pada masa lalu dikenali
dengan nama Sekolah Kebangsaan Chemor,manakala Sekolah Menengah
Aminuddin Baki Chemor, sekolah menengah tunggal di Chemor pada ketika
itu mengambil nama tokoh pendidikan negara Allahyarham Aminuddin Baki
yang berasal dari Chemor.Sehingga tahun 1984 sekolah ini tidak mempunyai
aliran sains,pelajar-pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran (Tingkatan 3) terpaksa berhijrah ke sekolah lain
seperti sekolah menengah Raja Chulan Ipoh dan sekolah-sekolah lain di
Ipoh.
Sumber : Wikipedia
No comments:
Post a Comment