Friday, 27 September 2013

DAP BOIKOT PERNIAGAAN MELAYU





Org Melayu tidak dibenarkan oleh org cina supaya dapat pegang apa apa perniagaan diMalaysia!

Nga Kor Ming DAP ha...sil pilihan Melayu Taiping, Perak telah mengumumkan di facebooknya bahawa dia bersama orang cina dan semua ahli DAP akan memboikot kesemua perniagaan orang Melayu. Nga Kor Ming yang juga pemilik bagi Oldtown White Coffee serta pemegang saham didalam 99 Speedmart memberitahu bahawa orang Melayu telah membolot perniagaan beras, gula dan sebagainya.

Jika dilihat di pada statistik ini:
1.China - Top 10 jutawan adalah orang cina
2.Singapura - Top 10 jutawan adalah orang cina
3.Hong Kong - Top 10 jutawan adalah orang cina
4.Malaysia - Top 10 jutawan 8 cina, 1 Melayu

Hanya kerana seorang Melayu duduk dalam Top 10 billionaire dikatakan Melayu membolot perniagaan di Malaysia. Nga Kor Ming DAP hasil pilihan Melayu Taiping selaku pemilik Oldtown Whitecoffee ini,mahukan Top 10 jutawan di Tanah Melayu adalah orang cina, barulah dikatakan kerajaan tak berat sebelah dan kerajaan adil.

Orang Melayu selaku tuan tanah di Tanah Melayu ini tidak seharusnya menjadi tauke beras di tanah Melayu, tidak seharusnya menjadi tauke gula di Tanah Melayu, tidak harus menjadi apa apa tauke yang lain. Tuan tanah di tanah Melayu ini seharusnya tidak boleh memegang apa-apa perniagaan, kerana jika kita mempunyai perniagaan tertentu kita akan dicop monopoli serta dicop rasis. Jika Top 10 jutawan Malaysia semua adalah cina, barulah orang Melayu tidak dipanggil monopoli atau rasis.

sumber



Friday, 20 September 2013

PADAH SERANG POLIS




Seorang penjenayah cedera ditembak polis selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang ketika cuba ditahan.

Dia bagaimanapun stabil selepas dihantar ke hospital.
Katanya, kejadian berlaku di Bukit Teh dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang kira-kira jam 9.45 pagi tadi.
Sepasukan anggota polis mencari saspek di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 Akta Dadah Berbahaya.

Dan apabila menghidu kehadiran polis, saspek cuba melarikan diri.
Menyedari dirinya dikepung, dia cuba menyerang anggota polis dengan dua bilah parang.
Polis terpaksa melepaskan tembakan, dua peluru terkena kaki saspek.
Dia dibawa ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

Suspek mempunyai tiga kes jenayah, termasuk kes dadah dan mencuri.
Kes disiasat di bawah 307 Kanun Keseksaan Kerana Cuba Menyerang Dengan Senjata.


Wednesday, 18 September 2013

CELAKANYA SEORANG GURU




Seorang guru disiplin berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kelucahan melampau dan mencabul seorang pelajar berusia 13 tahun.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, perbuatan itu didakwa dilakukan suspek sejak mangsa berusia 11 tahun.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
Guru itu ditangkap dua hari lalu setelah mangsa membuat laporan polis pada 13 September.
Suspek kini direman selama 7 hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan bagi kelucahan melampau dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Suspek didapati sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.


Friday, 13 September 2013

ANWAR BERSEDIA UNTUK BERBOHONG LAGI???




Kontroversi 'projek IC'  di Sabah yang didakwa didalangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin bakal terurai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk memberi keterangan dalam kes itu.

Pejabat ketua pembangkang menerusi satu kiriman SMS kepada sebuah portal mengesahkan, Anwar bakal memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

"Datuk Seri akan beri statement (keterangan) minggu depan," menurut SMS itu.

Semalam, Dr Mahathir mendakwa, bekas timbalannya itu pasti mengetahui jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan.

Beliau menegaskan, pemimpin PR itu seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.

"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya.

"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada RCI berhubung dengan pendatang haram di Sabah.





ZINA DENGAN KAWAN ISTERI







Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.

Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.

Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.

“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.

“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.

Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian.

Thursday, 12 September 2013

SUSHI PUNYA PASAL






Inilah akibat memakan sushi & sashimi (ikan mentah, sotong gurita mentah,udang mentah, dan lain-lain). Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, yang berumur lingkungan 80an telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Ulat yang ada pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya berada didalam tubuh ikan mentah, ikan laut dan ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dengan melalui proses memasak dengan kepanasan yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dengan pembekuan –10 sehingga –20 Darjah Celcius selama lebih dari 1 minggu).

Pesanan: berhati-hatilah memakan sushi dan sashimi kerana anda mungkin akan menjadi seperti ini jika terlalu banyak memakan makanan mentah seperti itu. Jelaslah disini bahawa Islam itu adalah sempurna. Di dalam Islam umatnya dilarang memakan makanan mentah kerana boleh memudaratkan tubuh badan. Kisah ini jelaslah menunjukkan bahawa agama Islam itu cukup sempurna buat manusia di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Wednesday, 11 September 2013

UMNO AKAN TUMBANG AKIBAT SIKAP BATU API






Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyelar sikap sesetengah pihak dalam Umno yang suka melaga-lagakan sesama pemimpin terutama ketika musim pemilihan sekarang.

Beliau berkata perbuatan melaga-lagakan sesama pemimpin tidak menguntungkan parti malahan akan dieksploitasikan oleh pihak pembangkang.

Justeru, katanya semua pihak perlu menghormati keputusan Anggota Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman Said yang mengumumkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Umno.

"Tetapi malangnya ada pula kalangan Wanita Umno yang terus mendesak Azalina supaya bertanding kononnya bagi mengukur kekuatan," tegasnya dalam laman blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com

Desakan itu kata beliau, seperti cuba melaga-lagakan Azalina dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang akhirnya akan melebarkan lagi jurang perpecahan di kalangan wanita.

"Wanita UMNO sudah boleh 'berasa seronok' kerana Shahrizat hampir pasti akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia tanpa bertanding," katanya.

Beliau menegaskan, sikap batu api dan memperlekehkan individu tertentu sepatutnya tidak ada dalam minda pemimpin UMNO ketika parti sedang berdepan dengan pelbagai cabaran semasa.

Menurut Syed Ali, pertandingan merebut jawatan dalam parti khususnya sayap wanita bukan gelanggang untuk seseorang individu itu menguji kekuatan atau pengaruh.

"Azalina dah umum untuk tarik diri walaupun beliau berat untuk berbuat demikian, jadi kita kena hormati keputusan tersebut," ujarnya.

Semalam, Exco Wanita Umno, Datuk Dr Maznah Hamid menyarankan Azalina supaya terus bertanding bagi mengukur kekuatan sebenarnya untuk mengemudi sayap UMNO yang berpengaruh itu.

Mengulas saranan itu , Syed Ali berkata, Maznah sebagai orang lama dalam wanita Umno sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Apabila dia (Maznah) buat desakan, akan timbul persepsi seolah-olah beliau seperti batu api yang sengaja melaga-lagakan Azalina dengan Shahrizat," katanya.

"Mungkin Maznah ikhlas tetapi apabila buat kenyataan selepas bekas Ketua Puteri Umno itu umum tarik diri, akan timbul tanggapan seolah-olah seperti memperlekeh-lekehkan kewibawaan Azalina.

Sehubungan itu beliau berharap, wanita Umno akan melihat kehadiran Azalina dalam sayap utama parti itu sebagai positif.

"Jangan kita mudah melatah kerana taksub kepada seseorang atau kerana agenda tertentu, yang menjadi keutamaan ialah memperkasakan perpaduan demi kepentingan Umno termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri." tegasnya.

Beliau mengingatkan bahawa kemenangan merebut jawatan dalam parti bukan bermakna Umno akan lebih selesa untuk berdepan dengan pembangkang pada PRU ke-14.

"Apa guna kita bermegah dengan jawatan yang dimenangi tetapi kita kalah teruk pada PRU," katanya.

I.C UNTUK PENDATANG TANPA IZIN???












Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu menjelaskan beliau tidak pernah memberi arahan agar kad pengenalan dikeluarkan kepada pendatang tanpa izin di Sabah ketika menyandang jawatan perdana menteri.

Dalam keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah di sini, Dr Mahathir berulang kali menegaskan bahawa pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin dibuat berdasarkan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.

Menjawab soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003, juga berkata beliau tidak mengetahui langsung tentang apa yang dikenali sebagai "Project IC" atau "Project Mahathir" di Sabah, yang didakwa memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin.

Manoj: Ketika menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri, pernah atau tidak anda mengeluarkan sebarang arahan agar IC diberi kepada pendatang tanpa izin?

Dr Mahathir: Tidak. Pengeluaran IC kepada pendatang tanpa izin dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang ada di Malaysia.

Manoj: Terdapat aduan bahawa ada pendatang tanpa izin di Sabah yang tidak layak menjadi warganegara, telah diberi IC oleh pihak berkuasa ketika itu melalui apa yang dipanggil sebagai "Project IC". Adakah anda tahu tentang perkara ini?

Dr Mahathir: Hanya baru-baru ini saja saya mendengar tentang "Project IC". Sebelum ini, saya tak tahu langsung tentang "Project IC" ini.

Manoj: Sesetengah orang memanggilnya "Project Mahathir". Adakah anda tahu mengenainya?

"Oh, terima kasih banyak-banyaklah kerana menggunakan nama saya untuk projek itu," kata Dr Mahathir, yang disambut dengan ketawa oleh mereka yang hadir pada siasatan itu.

"Saya mendapat tahu nama saya diguna di merata tempat kerana pelbagai sebab. Mereka memanggil saya 'rasis, ultra', tapi saya tidak ambil kisah. Itu dah jadi sebahagian daripada kehidupan politik saya," tambah beliau.

Dr Mahathir, saksi ke-209 dalam siasatan itu, juga menafikan beliau pernah memberi sebarang arahan atau kuasa kepada ketua menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Harris Salleh, berhubung pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin.

Kata Dr Mahathir, ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan mengamalkan dasar yang hanya memberi taraf kerakyatan kepada pendatang tanpa izin yang layak dan sudah lama tinggal di Sabah.

Sambil menjawab semua soalan yang dikemukakan kepadanya dengan tenang, Dr Mahathir, yang berpakaian sut kelabu, baju ungu dan tali leher merah manggis, berkata kerajaan memberi taraf kerakyatan kepada pendatang tanpa izin melalui prosedur biasa, sejajar dengan peruntukan undang-undang dan tanpa memerlukan arahan mengenainya.

Menjawab soalan Manoj berhubung keterangan saksi sebelum ini bahawa timbalan menteri dalam negeri ketika itu Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dan bekas setiausaha politik Dr Mahathir Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin mendakwa arahan berkenaan datang daripada beliau, Dr Mahathir berkata: "Tidak ada arahan daripada saya."

Manoj: Dalam melaksanakan dasar kerajaan, adakah anda dapati bahawa pada zaman anda, arahan yang anda beri telah disalah tafsir?

Dr Mahathir: Ia sering juga disalah tafsir oleh petugas, kadang-kadang pada mesyuarat pasca Kabinet.

Manoj: Sekiranya anda mendapat tahu ia (arahan) tidak dipatuhi atau bercanggah dengan undang-undang dan peraturan, apakah yang akan anda lakukan?

Dr Mahathir: Apabila mendapat tahu mengenainya, saya akan adakan siasatan.

Menjawab soalan berkaitan sebuah buku tulisan Dr Chong Eng Leong berkaitan beliau, Dr Mahathir berkata beliau hanya melihat buku itu secara sekali lalu dan tidak berpeluang untuk membaca keseluruhan kandungannya.

"Ia suatu kajian akademik yang baik, tapi saya tidak tahu bagaimana kesimpulan boleh dibuat bahawa 'Project IC' adalah atas arahan saya," katanya.

Manoj: Tapi, buku ini berulang kali menyebut bahawa Dr Mahathir telah memberi arahan.

Dr Mahathir: Saya mendapat tahu, jika orang menggunakan nama saya, sesuatu buku itu akan menjadi amat laris.

Merujuk kepada kandungan buku itu, Dr Mahathir menolak dakwaan kononnya ketika mempengerusikan satu mesyuarat, Megat Junid berkata beliau (Dr Mahathir) meluluskan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin dengan berkata, "Saya tidak tahu suatu apapun mengenainya."
SUMBER

Tuesday, 3 September 2013

DAP KENA HENTAM DENGAN ROS







Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa-apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dilaporkan mengambil tempat pada 29 September ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa.
''Sampai hari ini saya tak terima apa-apa daripada DAP, apa benda dia nak buat saya pun tak tahu. DAP cakap (buat pemilihan) pada September, saya pun hanya tahu melalui media massa.
''Sekarang dia cakap cakap sahaja, saya pun tak tahu apa yang DAP mahu lakukan sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen pendaftaran kepada 20 parti politik baharu di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai perkembangan terkini pemilihan semula CEC DAP.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mempersoalkan kenapa DAP belum menyerahkan 500 surat pengesahan yang dikatakan ditandatangani oleh wakil yang tidak hadir dalam pemilihan CEC akhir tahun lalu, untuk mengesahkan bahawa mereka telah menerima notis tersebut tetapi tidak menghadirinya atas sebab peribadi.

''Mana senarai, mana surat itu? Pada 20 Ogos lalu, dia cakap mahu serahkan, hari ini sudah 2 September," katanya mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bahawa surat berkenaan akan diserah oleh DAP walaupun tidak diminta ROS.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti politik tidak dapat diproses kerana parti pembangkang tidak mengemas kini maklumat yang sudah diubah.
''Mereka tidak maklumkan kepada ROS walaupun maklumat Jawatankuasa Bertindak Sementara (Protem) mereka telah ditukar," katanya.




sumber

Monday, 2 September 2013

PERUNTUKAN TAMBAHAN UNTUK POLIS







Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapat peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2014 bagi membanteras jenayah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan bajet tambahan untuk PDRM bagi membanteras jenayah pada ucapan belanjawan. Sebelum itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membantu kami untuk memberi kelulusan khas dari perdana menteri untuk membeli aset bagi kegunaan PDRM.


baca lagi...