Wednesday 18 September 2013

CELAKANYA SEORANG GURU




Seorang guru disiplin berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kelucahan melampau dan mencabul seorang pelajar berusia 13 tahun.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, perbuatan itu didakwa dilakukan suspek sejak mangsa berusia 11 tahun.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
Guru itu ditangkap dua hari lalu setelah mangsa membuat laporan polis pada 13 September.
Suspek kini direman selama 7 hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan bagi kelucahan melampau dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Suspek didapati sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.


No comments:

Post a Comment