Showing posts with label News berita Bonus 2012 Kakitangan awam penjawat Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label News berita Bonus 2012 Kakitangan awam penjawat Aidilfitri. Show all posts

Monday, 23 July 2012

Penjawat awam bakal nikmati bonus Aidilfitri?


PEKAN – Penjawat awam berkemungkinan besar akan menerima pemberian imbuhan sempena Aidilfitri sekiranya kerajaan mampu melakukannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga presiden Umno berkata, beliau akan melihat ‘buku kira-kira’ kerajaan terlebih dahulu untuk menyemak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pemberian tersebut.

“Kita akan semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu…kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Najib berkata sedemikian apabila diminta mengulas mengenai tuntutan imbuhan Aidilfitri oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini.

Pada pertengahan bulan Julai, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan penjawat awam yang mencecah jumlah 1.4 juta orang bakal menikmati imbunan tersebut.

Sumber : wartarakyat.my

Wednesday, 4 July 2012

HOT! Bonus Raya Kepada Penjawat Awam


Desas desus mengenai Bonus Raya sempena Aidilfitri Tahun ini bagai tenggelam timbul.  Bahang PRU 13 semakin hampir, tidak mustahil kerajaan akan mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.  Mungkin ramai penjawat awam menaruh sepenuh harapan kepada Perdana Menteri, DS Najib bagi meringankan beban untuk menyambut hari lembaran.

Sempena Ramadhan yang akan menjelma, mudah-mudahan berita gembira akan menanti penjawat awam.  Sekiranya ada, penjawat awam diharap akan mensyukuri dan menghargainya.