Apa yang kita dapat dari BERSIH 3.0. Hanya provokasi dan pertempuran. Benarkah tujuannya hanya untuk menuntut keadilan semata-semata. Apa yang dapat kita lihat rusuhan dan kerosakan samada harta benda awam ataupun kecederaan. Kononnya demi keadilan untuk semua. tetapi hanya kepentingan golongan tertentu sahaja.
Adakah kita mahu negara kita sentiasa di dalam huru hara. Tak pernah aman seperti di negara-negara Asia Barat. Kita tidak belajar daripada kesilapan. Kesilapan seringkali berulang-ulang. Tidak perna diambil iktibar walaupun kita sedar, apa yang berlaku tidak pernah membawa apa-apa kebaikan.
BERSIH 3.0 hanyalah propoganda demi untuk mendapat kepentingan politik sempit. Kita tidak pernah matang di dalam berpolitik. GAGAL dalam menilai dengan wajar dan matang. Emosi sentiasa memainkan peranan dalam diri kita. Golongan yang berkepentingan sering mengambil kesempatan untuk menguasai emosi kita. Sekiranya kita gagal menanganinya, sudah tentu kita terperangkap dengan mainan politik sempit ini. Renung-renungkanlah!....
No comments:
Post a Comment