Showing posts with label chocolate cake hari belia negara himpinan jutaan belia 2012 putrajaya sambutan hari belia Akma AF3 NoraAF4 Imam Muda Ustaz Nazrul pulau pinang aksi ghairah malaysia panas hot seksi. Show all posts
Showing posts with label chocolate cake hari belia negara himpinan jutaan belia 2012 putrajaya sambutan hari belia Akma AF3 NoraAF4 Imam Muda Ustaz Nazrul pulau pinang aksi ghairah malaysia panas hot seksi. Show all posts

Sunday, 20 May 2012

Harakah Daily PENIPU # Hari Belia Negeri Pulau Pinang


Harakah Daily serius benar menipu pembaca apabila membuat kenyataan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di perkarangan Lingkaran Luar Butterworth pagi tadi (19 Mei 2012) berlangsung dalam suasana muram tidak menyengat selari dengan semangat belia yang bakal mewarnai Malaysia pada masa depan. (KLIK SINI)

Harakah Daily telah melaporkan secara salah dan menipu.  PK sendiri berada sepanjang hari di Majlis tersebut dan telah mengupload beberapa entri beserta gambar-gambar secara live dari Tapak Program tersebut.  Aktiviti-aktiviti dibuat mengikut beberapa segmen dan di lokasi yang berbeza-beza.  Acara Pocket Bike, Autoshow, Drift dan Go-Kart beraksi di sepanjang Lapangan Letak Kereta dan Acara pertandingan Karaoke berada di Ruang Legar Sebelah Padang.  sementara Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi berada di hunjung jalan berhampiran dengan lebuhraya.  Berkaitan boikot, sebenarnya tidak timbul isu boikot kerana kehadiran pemimpin-pemimpin belia negeri dan belia daerah menunjukkan sokongan kepada Program tersebut.  Di sini PK lampirkan beberapa gambar program tersebut sebagai bukti.










Sewajarnya, Harakah Daily harus lebih bertanggungjawab apabila melaporkan apa-apa berita supaya tidak timbul salah faham.  PK akan mengulas lanjut esok..Tunggu...

Saturday, 19 May 2012

LIVE! Karaoke Melalak #Hari Belia Negeri Pulau Pinang


LIVE! Sedang berlangsung Pertandingan Karaoke sempena Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang.  Seramai 25 orang sedang berentap untuk merebut hadiah-hadiah yang disediakan.  Hadiah-Hadiah termasuk wang tunai, sijil dan hamper.  Mai serbu ke booth Karaoke..

LIVE! Belia Dapat Durian Runtuh!


Acara gilang gemilang Perasmian Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang di Dataran Lingkuran Luar Butterworth telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yackob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.  Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Majlis Belia Daerah turut menerima bantuan pentadbiran masing-masing bernilai RM5,000 dan RM3,000.  Perhargaan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang yang telah menyumbang dana khas tersebut.  


Di samping itu, Anugerah Pertubuhan Belia Negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh Pertubuhan Belia Hindu  (HYO) Cawangan Butterworth.  Anugerah Tokoh Belia Negeri Pulau Pinang bagi kategori lelaki dimenangi oleh Jais Bin Abdul Karim dan kategori wanita dimenangi oleh Nagespary a/p Nadarajan.
 
 Johan Anugerah Pertubuhan Belia

Johan Tokoh Belia Negeri Lelaki
Johan Tokoh Belia Negeri Wanita

LIVE! #Hari Belia Negeri Pulau Pinang #Acara Berlangsung


Sekitar acara yang berlangsung di Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang di Dataran Lingkaran Luar Butterworth hari ini.  Jom serbu...















LIVE! #Hari Belia Negeri Pulau Pinang #Golek Senamrobik


Jom kita heboh di Dataran Lingkaran Luar Butterworth (BORR) hari ini sempena Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang.  Acara yang berjalan, Senarmrobik pagi bersama Mak Wan.  Mai heboh-heboh...Jangan lupa..Saksikan persembahan artis AF Akma dan Nora akan mengadakan persembahan LIVE..Jom serbu...











Jom Serbu...


Friday, 18 May 2012

LIVE AKMA AF3 & NORA AF4 #HARI BELIA NEGERI PULAU PINANG


Persembahan LIVE dari Akma AF3 dan Nora AF4 sedang berlangsung di Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang di Dataran Lingkaran Luar Butterworth Bagan Ajam.  Jemput ramai-ramai saksikan persembahan live di bawa khas oleh Astro Fiesta.

Jom..Jangan ketinggalan...