Acara gilang gemilang Perasmian Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang di Dataran Lingkuran Luar Butterworth telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yackob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Majlis Belia Daerah turut menerima bantuan pentadbiran masing-masing bernilai RM5,000 dan RM3,000. Perhargaan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang yang telah menyumbang dana khas tersebut.
Di samping itu, Anugerah Pertubuhan Belia Negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Cawangan Butterworth. Anugerah Tokoh Belia Negeri Pulau Pinang bagi kategori lelaki dimenangi oleh Jais Bin Abdul Karim dan kategori wanita dimenangi oleh Nagespary a/p Nadarajan.
Johan Anugerah Pertubuhan Belia
Johan Tokoh Belia Negeri Lelaki
Johan Tokoh Belia Negeri Wanita
No comments:
Post a Comment