Sunday, 20 May 2012

Harakah Daily PENIPU # Hari Belia Negeri Pulau Pinang


Harakah Daily serius benar menipu pembaca apabila membuat kenyataan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di perkarangan Lingkaran Luar Butterworth pagi tadi (19 Mei 2012) berlangsung dalam suasana muram tidak menyengat selari dengan semangat belia yang bakal mewarnai Malaysia pada masa depan. (KLIK SINI)

Harakah Daily telah melaporkan secara salah dan menipu.  PK sendiri berada sepanjang hari di Majlis tersebut dan telah mengupload beberapa entri beserta gambar-gambar secara live dari Tapak Program tersebut.  Aktiviti-aktiviti dibuat mengikut beberapa segmen dan di lokasi yang berbeza-beza.  Acara Pocket Bike, Autoshow, Drift dan Go-Kart beraksi di sepanjang Lapangan Letak Kereta dan Acara pertandingan Karaoke berada di Ruang Legar Sebelah Padang.  sementara Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi berada di hunjung jalan berhampiran dengan lebuhraya.  Berkaitan boikot, sebenarnya tidak timbul isu boikot kerana kehadiran pemimpin-pemimpin belia negeri dan belia daerah menunjukkan sokongan kepada Program tersebut.  Di sini PK lampirkan beberapa gambar program tersebut sebagai bukti.










Sewajarnya, Harakah Daily harus lebih bertanggungjawab apabila melaporkan apa-apa berita supaya tidak timbul salah faham.  PK akan mengulas lanjut esok..Tunggu...

No comments:

Post a Comment