Thursday, 15 March 2012

HOT!!! Nikita Ucap Alhamdulillah Selepas Di Tatoo




Artis ini bersyukur selepas di tatoo.  Apa le nak jadi dengan dunia artis yang jauh tersesat..


“Aku dah tatoo sejak lima tahun lepas. Alhamdulillah tatoonya sudah 17. Nak tambah lagi kat kaki ni. Tapi belum ada masa dan mungkin x boleh lagi takut kontrak lakonan dibatalkan,” ujar Nikita ketika ditemui di Jati Asih, Bekasi.

Tato yang paling menonjol dari Nikita adalah tatoo bertuliskan namanya di atas dada. Wanita bertatoo,walaupun hilang gebu akan ada keseksian tersendiri.

Jom kita dengar lagi apa katanya:

“Kalau menurut aku, tato itu memamg seksi. Karena enggak semua orang berani untuk ditato, menggambar badannya. Apalagi yang permanen. Menurut aku juga cara peletakannya yang seksi,” tambahnya.

Awalnya, Nikita sempat menyembunyikan tatonya dari keluarga. Tak heran, keluarganya marah begitu Nikita punya banyak tato di tubuhnya.

“Sakitnya beda. Ditusuk, selesai dilepas jarumnya, itu sakitnya hilang. Anehnya enak. Awalnya aku tutup-tutupin. Papa mau marah, tapi anaknya sudah gede ya jadi dia tahu. Dia percayain saja semua sama anaknya,” pungkasnya.














Doa-doakan supaya anak-anak kita tidak mengikut jejak-jejak artis-artis liar ini.  Nauzubillah!!!

Sumber : xlupa

PEMIKIR KAMPONG

Wednesday, 14 March 2012

EKSKLUSIF: VANILA COKLAT EPISOD AKHIR


Barisan pelakon drama bersiri Vanila Coklat bergambar kenangan dengan semua peminat yang hadir menyaksikan episod akhir drama itu di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini pada malam Selasa. 
 
PETALING JAYA: Hampir 300 peminat drama Vanila Coklat berkumpul di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini untuk menyaksikan episod terakhir siri itu pada malam Selasa.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, tayangan episod akhir bersama peminat itu dibuat kerana sambutan dan sokongan peminat sekaligus mencatatkan jumlah kadar penonton yang tinggi.

"Pihak TV3 ingin menghargai peminat dalam satu tayangan istimewa drama bersiri itu bersama-sama para pelakonnya," ujarnya kepada mStar Online.

Semua barisan pelakon Vanila Coklat iaitu Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza, Iqram Dinzly, Bella Daly, Liza Abdullah, Zuhairi Ibrahim, Arash Mohd, Emma Akma dan Fazlina Ahmad Daud turut bersama-sama peminat di sana sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong drama berkenaan.

Para pelakon Vanila Coklat bergambar kenang-kenangan.
 
Pada majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan pembuka tirai oleh Aepul daripada kumpulan Drama.

Dalam pada itu, rata-rata peminat yang ditemui menyatakan rasa seronok dan gembira dapat bertemu dengan artis pujaan mereka.

Malah, selepas habis tayangan episod akhir drama itu, peminat menyerbu semua pelakon terlibat untuk merakamkan gambar bersama mereka.

Izara Aishah dan Aiman Hakim tunjang utama drama tersebut.
 
Sementara itu, Aiman ketika ditemui selepas tayangan itu berkata, dia tidak menyangka sambutan peminat terhadap drama tersebut begitu luar biasa dan bersyukur kerana Vanila Coklat diterima ramai.

Manakala Izara pula memberitahu, sokongan peminat terhadap drama lakonannya itu telah membangkitkan lagi semangatnya sebagai pelakon untuk terus memberikan terbaik buat peminatnya.

"Walaupun saya datang agak lewat sedikit saya langsung tidak menyangka sokongan dan sambutan peminat begitu luar biasa," ujarnya.

Drama Vanila Coklat adalah terbitan Asia Media Content dibawah arahan Emi Suffian Sabhe yang mengisahkan tentang Zara dan Amir yang sering bertengkar tetapi ingin dijodohkan oleh ibu bapa mereka.

Drama terbaru iaitu 3 Janji akan menggantikan drama Vanila Coklat dalam slot Lestary itu bermula 20 Mac, setiap Selasa pukul 9 malam.

Maka dah tamat le cerita Vanila Coklat ni.  Ramai peminat setia ni!!! Lepas ni Drama 3 Janji.  Macam mane le plak ek..Mesti meletup gak ni.. Agak-agak ada tak sambung Vanila Coklat?.  Mana le tau dapat coklat plak.keh.keh.keh..

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

GEMPAR!!! IMAM MATI KETIKA MASJID DIBAKAR

BRUSSELS, Belgium – Sebuah masjid dekat sini yang dibakar dengan sengaja telah mengakibatkan seorang imam mati, kata pihak berkuasa kelmarin.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Brussels, Jean-Marc Meilleur berkata, seorang lelaki telah ditangkap.

Menurutnya, lelaki yang yang ditangkap itu merupakan seorang Muslim yang dilahirkan pada tahun 1978.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang bersenjatakan pisau dan kapak turut menyimbah bahan bakar dipercayai sebagai petrol.

Meilleur berkata, para jemaah berjaya menangkapnya dan lelaki itu dikurung di dalam sebuah bilik di masjid tersebut.

Beliau menjelaskan kejadian itu berlaku di antara pukul 6 dan 7 petang pada waktu tempatan.
Akhbar Le Soir melaporkan bahawa imam tersebut yang berusia 47 tahun mati semasa dia cuba untuk memadamkan kebakaran.

Menurut akhbar itu, ratusan orang berhimpun di luar masjid itu dan berada dalam keadaan terkejut ekoran kejadian tersebut. – Agensi

Macam-macam dunia.  Kalau nak marah pun, janganlah sampai begitu sekali.  Manusia..manusia..Dunia dah akhir zaman..

 Sumber : Harian Metro Online

PEMIKIR KAMPONG

Tuesday, 13 March 2012

GEMPAR 18SX : Gambar Aksi Ghairah Nikita Willy Tersebar



Salam 1 Malaysia

Gambar artis Indonesia Nikita Willy dengan aksi yang menghairahkan tersebar.  Inikah dunia artis yang menjadi ikutan anak-anak Melayu Malaysia?  Macam tak ingat dunia!  Bagaimana dengan anak-anak kita? Nauzubillah!!!!





Tepuk dada, tanyalah Iman!!!

p/s : Boleh tahan ke? he.he.he.he..

PEMIKIR KAMPONG

Monday, 12 March 2012

HOT!!! MELIA AIMELIA PELAKON PORNO?


Salam 1 Malaysia

Melia Aimelia menjadi sebutan dan menjadi topik hangat di beberapa blog hiburan.  Isu beliau dikatakan terlibat dengan lakonan filem porno ala Filem Porno Malaysia pertama menjadi buah mulut sehingga sampai ke Youtube.  Heroin karipap karipap cinta itu beberapa kali menafikan gambar tersebut bukan beliau.  Pendedahan Rotikaya.com cukup menyakinkan.  Menurut blog tersebut telah menerima video penuh berdurasi hampir 30 saat itu yang memaparkan aksi solo individu yang didakwa Melia Aimelia.  Cuma yang menjadi tanda tanya, isu cincin yang dipakai oleh Melia.  Cuba anda lihat betul-betul kedua-dua perbandingan gambar di atas.  Nilai sendiri....

PK tidak menuduh, mungkin ada pelanduk dua serupa...entahlah..harap-harap begitulah!!!

p/s : Isu ni tengah panas di Youtube.  lihat sendiri la....hehehehehehehe...

PEMIKIR KAMPONG

EKSKLUSIF : MALEK NOOR JADI SUAMI PAKAR PEDIATRIK


PETALING JAYA: Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.
Dr Wan Asma memberitahu berliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu,” katanya.

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

“Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula,” ujarnya.

Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.  Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).

PK nak mengucapkan pengantin baru buat Malek Noor dan Isteri, semoga berbahagia ke anak cucu.  Moga-moga tambah rezeki... Menarik gak mas kahwin senaskah Al-Quran.  Boleh jadi teladan pada yang lain supaya tidak ada pembaziran.. betul kan..kan.he..he..he..

p/s ; kawan-kawan perempuan PK kat KBS tu jangan mare erk..PK pun nak buat macam tu la..boleh kan..kan..kan..

sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Saturday, 10 March 2012

EKSKLUSIF : STRUKTUR GAJI BARU SSM

Sumber : beliabangkit.blogspot.com

Salam 1 Malaysia

Semestinya penjawat awam tercari-cari Jadual Gaji Baru selepas pengumuman DS Najib tentang pemansuhan SBPA baru-baru ini.  Sebagai ringkasannya, penjawat awam dari Gred 1 hingga Gred 54 hanya perlu buat matematik mudah dengan hanya mendarab 13% dengan gaji pokok yang diterima sekarang untuk mendapat jumlah kenaikan sebenar.

Selamat mengira..hehehehehe...

PEMIKIR KAMPONG

GANAS! KUMPULAN PREMIER PULANGKAN GAJI?


Salam 1 Malaysia
 
Kumpulan Premier pulangkan gaji SBPA?. Pelik juga.  Macammane boleh berlaku ni!  Kumpulan Premier dah merasa awal-awal Gaji SBPA sejak Januari 2012.  Tak aci betul.  Ganasss!!!  Sedangkan penjawat awam yang lain masih bergelut dengan isu penangguhan dan semakan SBPA.  Menurut berita,ada kalangan daripada kumpulan premier yang sudah menerima 2 kali gaji SBPA sejak mereka bersetuju dan menurunkan tandangan pada Disember 2011.

Siapa yang luluskan bayaran ni?  OOO..Kumpulan Premier "Is The Big Boss".  "Boss Always Right" .  huhuhuhu...

 
PEMIKIR KAMPONG


Friday, 9 March 2012

BREAKING NEWS: SKIM SSM AKAN DIGANTI



Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja sektor awam, berkata Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula sebagai pengganti kepada Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dimansuhkan hari ini, hanya bersifat sementara hingga skim baru yang menyeluruh dirangka kelak.

Timbalan Presiden CUEPACS, Azih Muda berkata, pihaknya percaya kerajaan akan memperkenalkan satu sistem saraan yang baru memandangkan SSM digunakan semula dengan SBPA yang pembatalannya diumumkan hari ini.

SSM, yang digunakan hampir satu dekad, diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB). SSB dikuatkuasakan pada Januari 1992.

Kedua-dua SSB dan SSM menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan kerajaan.

"Saya yakin kerajaan akan datang dengan satu sistem yang baru sama sekali, sebab itu kerajaan bentuk satu suruhanjaya bagi menjalankan kajian," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Nampaknya mungkin perubahan pada skim penjawat awam apabila Suruhanjaya Khas akan ditubuhkan kelak.  Bravo CUEPACS..  Teruskan perjuangan..Tunggakkan bila nak dapat ni?..hehehehehe... 

Sumber Sinar Harian Online

PEMIKIR KAMPONG

HOT!!! PELAKON SHARNAAZ TERPERANGKAP BERSAMA SHILA


Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu kereta miliknya telah ditenggelami air selepas terperangkap dalam banjir kilat bersama Shila.  Kejadian  yang berlaku di Batu 11, Ulu Langat di Kuala Lumpur lewat malam Rabu.  Menurutnya, kereta jenis Waja itu dimasuki air sehingga ke paras stereng menyebabkan sistem pendawaiannya mengalami kerosakan dan terpaksa dihantar ke bengkel.


Hujan lebat yang melanda Lembah Klang pada malam Rabu telah menyebabkan beberapa kawasan di naiki air termasuk di kawasan Ampang dan Hulu Langat.

p/s: baik-baik yang basah terus!!! maklumlah hujan lebat kan..kan..kan..!!!hehehehehe...

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Thursday, 8 March 2012

EKSKLUSIF!!! PENJAWAT AWAM AKAN TERIMA TUNGGAKAN


Salam Mesra
Salam 1 Malaysia

Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.
“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain. - UTUSAN

Wah!  Penjawat Awam akan dapat durian runtuh!!! Best Woooo!!!!!kah..kah..kah...

Sumber : Utusan Online 
 
PEMIKIR KAMPONG

BREAKING NEWS: SBPA DIBATALKAN


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).  Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM.

Najib juga turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
 
Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:

1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.

2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.

3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.

4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.
 
5) Kenaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.
 
Semoga dengan keputusan ini, diharap dapat melegakan keluhan dan ketidakpuasanhati penjawat-penjawat awam.  Chaiyooosss!!!
 
"SELAMAT BERKHIDMAT"
 
PEMIKIR KAMPONG

Tuesday, 6 March 2012

HOT!!! AKSI GHAIRAH GADIS MELAYU

Salam Mesra..

Gambar ini adalah ehsan rakan facebook.  Terkejut dan mengucap panjang.  Anak siapakah ini?  Sambut harijadi di sebuah Hotel dengan berpesta arak bersama dengan lelaki-lelaki bukan muhrim (Gang bang kot!!!.hahahaha).  Masyallah..  Jenuh mak bapak dia nak tanggung dosa.  Gamaknya, mak bapak dia pun same macam dia ni..ntah!!!Cuba baca content komen gadis Melayu ini kat facebook.  Saya nak tulis pun malu.  Mari kita doa-doakan anak-anak kita tidak menjadi seperti gadis Melayu di atas.  Nauzubillah...

PEMIKIR KAMPONG

JABATAN PENJARA DIDAKWA CIPLAK PATEN BERUS GIGI AMEBA

Syarikat Ameba Products (M) Sdn. Bhd. (Ameba) hari ini mendakwa Jabatan Penjara telah menciplak paten produk berus gigi tanpa tangkai (Fingertip Toothbrush) yang ditiru serupa dengan ciptaannya, yang telah dipatenkan pada 27 Oktober 2003.
 
Pengarah Pemasarannya, Jimmy Lai Joo Koi mendakwa, pihaknya dapat mengesan kegiatan menciplak itu apabila Jabatan Penjara membuka tender baru untuk pembekalan produk berkenaan dengan menggunakan spesifikasi yang serupa pada 2009.

“Apa yang lebih mengecewakan adalah kita pernah bekerjasama dengan Jabatan Penjara dalam membekalkan produk itu sejak 2007 secara tawar-menawar, tetapi mereka telah memberikan hak pembekalan kepada syarikat lain pada 2009.

“Tindakan itu telah jelas melanggar Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 kerana ia merupakan satu bentuk peniruan,” dakwanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

Apa dah jadi ni!  Bagaimana boleh berlaku sedemikian rupa.  Pasal berus gigi pun boleh jadi macam-macam.  Dunia oh Dunia!!!

Sumber : Utusan Online

PEMIKIR KAMPONG

Monday, 5 March 2012

Bas Dari Genting Highlands Terbalik, Dua Pelancong Maut



Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands pada Isnin.

Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.

"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong kepada Bernama.

Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti.

Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya. - BERNAMA

Mengapa la asyik bas terbalik je.  Sampai naik takut nak naik bas ni!  Kepada kawan-kawan yang kerap mengikuti rombongan Cik Kiah, pesanan saya supaya berhati-hati setiap kali menaiki bas.  Akibat terlalu seronok, ada yang tersayang akan menangis!....

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Sunday, 4 March 2012

GEMPAR!!! BIENDA DAPAT ILHAM NAMA ANAK DARIPADA YAHUDI


Gambar anak perempuan Bienda, Lavienda Namiraz yang dilahirkan pada 26 Februari lalu.

Penyanyi Bienda berkata dia mendapat ilham untuk memberikan nama Lavienda Namiraz kepada anak perempuannya yang baru dilahirkan itu daripada perwatakan drama telenovela Latin yang kerap ditontonnya ketika hamil.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, bagi berlaku adil mereka bersepakat untuk menggabungkan bahagian nama masing-masing kepada bayi sulung itu.

“Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu.

“Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kamu gabungkan dua nama itu,” katanya.

Bercerita tentang pengalaman bergelar ibu, Bienda berkata dia bersyukur kerana anaknya tidak mempunyai banyak ragam atau kerap menangis.

Bienda dan suami, Kamarul Zariman Abd Rahman (Boy) pada majlis persandingan mereka pada 8 Oktober 2010.

Macam-macam kerenah artis Malaysia sekarang. Kenapa Tak bubuh nama Brenda, Spenda ke?kan buat orang boleh gelak...hahahaha..Nama yang dipilih itu menyerupai nama-nama Yahudi dan Zionis.  Nauzubillah.  Tak tau nak kata.. Cubalah pilih nama yang yang lebih Islamik sikit.  Lagi bagus dan mendapat keberkatan.  Dunia artis Malaysia yang semakin sesat...
PEMIKIR KAMPONG

Thursday, 1 March 2012

THE HOTTEST AND SEXY HACKERS

 1. Adeanna Cooke

Adeanna Cooke 7 Hottest Hacker Chicks in Internet History People picture  
Adeanna Cooke is one former Playboy model you don't want to mess with. That's right, a former Playmate is on this list. Boo yah!

Sure she's taken some naked pictures, but the woman has her dignity intact. A former friend of hers decided to post on the internet as her and also decided to take money for doing so. This did not sit well with her. If anyone was going to be making money off her slamming body, it was going to be her.

When she came across an unauthorized website with her face (and body) on it, she took matters into her own hands and hacked into the account herself to take them down. Bad. Ass.

After finding success in her attempts, Cooke also used her hacking gift to help out others in similar situations, becoming known as the "Hacker Fairy" to other troubled women being taken advantage of on the Internet. See a video of Cooke in action below.

She really sets the example for female hackers because she, like a lot of them, are something called "Hactivists", kind of like in the movie The Girl with the Dragon Tattoo: they're out to be almost cyber vigilantes -- fighting against internet evil at every turn. Worst part about cyber vigilantes in this case is that we don't get the whole spandex treatment.

2. Ying Cracker

Ying Cracker 7 Hottest Hacker Chicks in Internet History People picture  
Ying Cracker is an educator from Shanghai that offends white people every time she says her full name if they think she's correcting them.

She teaches people the basics of how to start hacking; things like changing your IP address or wiping Office passwords. So it's really hacking 101, but the fact that she's awesome enough to teach it is awesome. And who doesn't want to learn how to hack from a crazy hot girl?

Although her last name is anything but inconspicuous (it's like a bank vault robber naming himself John Lock-Combination) she's a well-known name in female hacking and has the legs of a model in a flight attendant brochure.

How was she noticed? It was in a "Chinese Hottie Hackers" forum posting that got Cracker noticed by gawkers on the internet and created a huge fan base for her. Her work is impressive as well. She's an expert in hacker software writing and charges good money for courses on simple hacking tools. She also charges between RMB 500-5000 in helping other people crack software and usually makes about RMB 15,000 per month in the hacking business and for that, she deserves 


3. Kristina Svechinskaya

Kristina Svechinskaya 7 Hottest Hacker Chicks in Internet History People picture  

Before these chicks THIS was the hottest hacker we all knew and loved.

Kristina Svechinskaya is a New York University student who was arrested on November 2, 2010 for defrauding US and British banks out of millions of dollars -- and you thought your ex was insane.

Along with eight other people, Svechinskaya hacked into thousands of bank accounts and skimmed $3 million in total. That's right. The bra you see her wearing in this picture could possibly be made of diamonds.

The group had plans to steal a total of $220 million, you know, just enough to get by. Acting as a "money mule," the Russian beauty was charged with opening at least five bank accounts which received $35,000 of the stolen money.

It's no surprise why Svechinskaya is being dubbed the "world's sexiest computer hacker." Her seductive gaze and revealing outfits can melt the firewalls off any server (that's how you say that, right?)

The New York hacker was released on $25,000 bail, though her sentence is still being pushed through the system (which means that hey, $10k in profit.)

If convicted on the plot charges and false passports charges, Svechinskaya can serve up to 40 years in prison, which would really amount to a huge h**l of a waste -- but hey, if Mila Kunis gets her Russian accent working, then she may have another Black Swan level movie to star in.


4. Xiao Tian

Xiao Tian 7 Hottest Hacker Chicks in Internet History People picture  
Move over male Asian nerdy computer geeks, female Asian nerdy computer geeks are here to stay.  There's a new tech group in town and God bless them, they're female and smoking hot. Oh, and dangerous.

No, "Cn (China) Girl Security Team" isn't the original name for the latest iteration of Power Rangers, it is a Chinese female hacker group that currently has 2,217 members and counting. It's headed by Xiao Tian (pictured in all her awesomely hot glory to your left), who's only 19 years old and from the looks of it, has something else going for her besides extremely good hacking skills (great fashion sense, duh.)

This kind of brings in a whole new level of suspension of disbelief in the world's events. Apparently, I was wrong my entire life because yes, they exist: super geniuses who are also dream girl status.

After this I'm going to get started on my long, thorough and sincere apology letter to Michael Bay.

Xiao Tian created the now-infamous hacking team because she felt that there was no other outlet for teenage girls like herself in the male-dominated world of hacking.


PEMIKIR KAMPONG


PENGUMUMAN SBPA TANGGUH

semakan sbpa gaji Pengumuman Semakan SBPA Gaji Baru Pada 12 Mac 2012 Tak Jadi!!

Kalau sebelum ini Cuepacs ada menyatakan yang pengumuman semakan SBPA gaji baru akan dilakukan oleh Perdana Menteri pada 12 Mac 2012. Walaubagaimanapun, tarikh tersebut tidak jadi dilaksanakan dan terpaksa ditunda ke tarikh baru…..

Seperti yang dicanang sebelum ini, akan ada perhimpunan di kalangan kakitangan awam sekitar 15,000 untuk bersama-sama mendengar pengumuman keputusan semakan SBPA gaji baru pada
12 Mac 2012 (tak jadi)
19 Mac 2012 (tarikh baru) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Nampaknya kakitangan awam kena menunggu sekitar 3 minggu lagi (minggu yang ketiga bulan Mac ini).

Penangguhan ini pastinya ada kaitan dengan sidang parlimen bagi sesi Mac-April yang bakal dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 12 Mac 2012 ini.

Sumber : beritasemasa.com

HARI LAHIR AKU

1 MAC 2012: HARI LAHIR SAYA
 
Terima kasih kepada rakan-rakan Facebook, Twitter, Digg, LinkedIn, StumbleUpon, Google+ dan sahabat handai wish kat hari lahir saya yang ke-tut.tut.tut..Semoga Allah memberkati hari tua saya.  Insyallah..

PEMIKIR KAMPONG