Thursday 8 March 2012

BREAKING NEWS: SBPA DIBATALKAN


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).  Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM.

Najib juga turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
 
Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:

1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.

2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.

3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.

4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.
 
5) Kenaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.
 
Semoga dengan keputusan ini, diharap dapat melegakan keluhan dan ketidakpuasanhati penjawat-penjawat awam.  Chaiyooosss!!!
 
"SELAMAT BERKHIDMAT"
 
PEMIKIR KAMPONG

No comments:

Post a Comment