Tuesday, 6 March 2012

JABATAN PENJARA DIDAKWA CIPLAK PATEN BERUS GIGI AMEBA

Syarikat Ameba Products (M) Sdn. Bhd. (Ameba) hari ini mendakwa Jabatan Penjara telah menciplak paten produk berus gigi tanpa tangkai (Fingertip Toothbrush) yang ditiru serupa dengan ciptaannya, yang telah dipatenkan pada 27 Oktober 2003.
 
Pengarah Pemasarannya, Jimmy Lai Joo Koi mendakwa, pihaknya dapat mengesan kegiatan menciplak itu apabila Jabatan Penjara membuka tender baru untuk pembekalan produk berkenaan dengan menggunakan spesifikasi yang serupa pada 2009.

“Apa yang lebih mengecewakan adalah kita pernah bekerjasama dengan Jabatan Penjara dalam membekalkan produk itu sejak 2007 secara tawar-menawar, tetapi mereka telah memberikan hak pembekalan kepada syarikat lain pada 2009.

“Tindakan itu telah jelas melanggar Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 kerana ia merupakan satu bentuk peniruan,” dakwanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

Apa dah jadi ni!  Bagaimana boleh berlaku sedemikian rupa.  Pasal berus gigi pun boleh jadi macam-macam.  Dunia oh Dunia!!!

Sumber : Utusan Online

PEMIKIR KAMPONG

No comments:

Post a Comment