Wednesday 14 March 2012

GEMPAR!!! IMAM MATI KETIKA MASJID DIBAKAR

BRUSSELS, Belgium – Sebuah masjid dekat sini yang dibakar dengan sengaja telah mengakibatkan seorang imam mati, kata pihak berkuasa kelmarin.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Brussels, Jean-Marc Meilleur berkata, seorang lelaki telah ditangkap.

Menurutnya, lelaki yang yang ditangkap itu merupakan seorang Muslim yang dilahirkan pada tahun 1978.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang bersenjatakan pisau dan kapak turut menyimbah bahan bakar dipercayai sebagai petrol.

Meilleur berkata, para jemaah berjaya menangkapnya dan lelaki itu dikurung di dalam sebuah bilik di masjid tersebut.

Beliau menjelaskan kejadian itu berlaku di antara pukul 6 dan 7 petang pada waktu tempatan.
Akhbar Le Soir melaporkan bahawa imam tersebut yang berusia 47 tahun mati semasa dia cuba untuk memadamkan kebakaran.

Menurut akhbar itu, ratusan orang berhimpun di luar masjid itu dan berada dalam keadaan terkejut ekoran kejadian tersebut. – Agensi

Macam-macam dunia.  Kalau nak marah pun, janganlah sampai begitu sekali.  Manusia..manusia..Dunia dah akhir zaman..

 Sumber : Harian Metro Online

PEMIKIR KAMPONG

No comments:

Post a Comment