Sunday, 6 May 2012

HOT 18SX : Ciuman Ala Lesbian Dua Artis



Ciuman mulut antara wanita pelakon, Vivian Lai dan Kate Pang telah mencetuskan kekecohan di kalangan rakyat Singapura.

Pelakon dan hos, Lai, 36, mencium pelakon Kate Pang, 29, pada bahagian bibir untuk satu saat apabila dia diumumkan sebagai salah seorang Top 10 Artis Paling Popular Perempuan semasa siaran langsung Anugerah Bintang Show 2, Ahad lalu.

Akhbar harian berbahasa Cina, Lianhe Wanbao melaporkan bahawa ramai penonton yang menelefon hotline syarikat itu untuk mengatakan mereka tersinggung dengan kucupan kedua wanita berkenaan.

Mereka berkata, sesetengah wanita mungkin mendapati mencium satu sama lain sebagai ‘trend’ dan ‘bergaya’, mereka sebaliknya tidak biasa dengan keadaan itu.

Ada juga yang berkata bahawa adalah pelik untuk melihat artis perempuan yang berpakaian seksi mencium satu sama lain.

Media Development Authority (MDA) berkata, ia akan menyiasat kejadian itu untuk menentukan sama ada ia telah melanggar garis panduan kandungan bebas-ke-udara kod program TV.

Jurucakap MediaCorp memberitahu The New Paper bahawa “ciuman” berkenaan akan ditapis untuk siaran ulangan Ahad ini kerana ada penonton yang mungkin tidak selesa.

Walau bagaimanapun, Lai berkata beliau terkejut dengan reaksi penonton dan kucupan yang diberikan adalah reaksi semula jadi untuk menyatakan kegembiraan dirinya.

Wujud perbezaan pandangan di kalangan 100 orang yang ditemubual oleh The New Paper, yang bertanyakan kepada mereka apa yang mereka fikir mengenai kucupan berkenaan.

Sesetengah berkata ia adalah okay, manakala yang lain tidak bersetuju. Kumpulan remaja, dengan hampir 70 peratus menerima perbuatan itu.


Sumber : Mynewshub.my

Saturday, 5 May 2012

Amerika Syarikat taja "protest movement" di Malaysia



TERJEMAHAN DARI LAMAN WEB BERPENGARUH globalresearch.ca Protes menggegarkan jalan-jalan di  Kuala Lumpur Malaysia pada hari Sabtu, 28 April, kira-kira 25,000 keluar ke jalan raya untuk menyokong Bersih sebuah organisasi yang berjuang untuk reformasi sistem pilihan raya Malaysia.

Organisasi yang mengelar diri mereka 'Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil', yang terdiri daripada 84 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk 'gabungan masyarakat sivil yang berfikiran bebas dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik.

Perhimpunan baru-baru ini berikut dua demonstrasi besar-besaran sebelum ini pada November 2007 dan Julai 2011, penganjur memperbaharui permintaan mereka supaya (pegawai) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijadualkan untuk Jun 2012.

Walaupun gabungan itu mendakwa tidak mempunyai fahaman politik, pergerakan itu sepenuhnya yang disahkan oleh pemimpin pembangkang utama Malaysia, Anwar Ibrahim dan parti-parti  politik pembangkang yang diketuainya.

Berikut didokumenkan kes organisasi Amerika Syarikat yang membiayai NGO pro-pembangkang bertopengkan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang berkaitan dengan rusuhan awam di Rusia dan Timur Tengah 

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan mengakui bahawa gabungan Bersih menerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) 

Satu artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times bertajuk Kumpulan AS menyemai kebangkitan Arab mendedahkan organisasi seperti National Democratic Institute (NDI) menerima pembiayaan dari National Endowment for Democracy (NED, yang menerima dana langsung dari Kongres Amerika Syarikat

Gabungan Bersih juga telah menerima sokongan dari Freedom House yang berpangkalan di AS, sebuah NGO yang memperolehipembiayaan terus daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat.


Walaupun kebimbangan mengenai rasuah pilihanraya dan rungutan pelbagai pihak, penyokong Bersih sewajar faham dengan dana Amerika Syarikat kepada NGO tersebut dan parti-parti pembangkang, ia subversif.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran bahawa kerajaan Barisan Nasional menjadi sasaran perubahan rejim (regime change) disebabkan pendirian negara itu ke atas Israel dan kritikan terhadap polisi Amerika Syarikat, manakala mengutuk Anwar Ibrahim kerana hubungan rapat beliau dengan Paul Wolfowitz dan penganut lain Projek New American Century (PNAC) 

Mahathir juga menuduh Amerika Syarikat menggunakan manipulasi mata wang dan NGO yang dibiayai untuk mencipta ketidakstabilan (destabilization) yang diperlukan untuk mewujudkan kerajaan proksi pro Amerika.

Dr. William Robinson menjelaskan kaedah subversif Amerika Syarikat menjalankan perubahan rejim melalui "promosi demokrasi" di dalam bukunya, 'Promoting Polyarhcy, "Di Amerika Latin, di Eropah Timur dengan Revolusi Velvet, di Afrika, di Timur Tengah, di seluruh dunia sebenarnya, Amerika Syarikat mewujudkan mekanisma yang berbeza sekarang ini untuk menembusi masyarakat-masyarakat sivil (NGO) dalam sistem politik negara yang mereka ingin campur tangan dan bagi membolehkan hasilnya nanti memudahkan objektif dasar luar Washington.

Eva Golinger, seorang penyelidik yang telah menyiasat usaha promosi demokrasi Amerika Syarikat menawarkan, "Berjuta-juta dolar wang pembayar cukai AS pergi setiap tahun ke dalam dana untuk organisasi dan kempen politik di negara-negara yang berlainan di dunia yang mempromosikan agenda AS.

"Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat tidak menyedari hakikat bahawa bagaimana wang mereka dibelanjakan, untuk mencampuri, untuk mempengaruhi dan untuk campur tangan dalam hal ehwal negara lain 

Walaupun Bersih muncul koheren dan tidak terlibat dalam politik, namun dengan kepimpinan yang sebahagian besar mempunyai kaitan politik dengan Anwar Ibrahim dan pembangkang Malaysia ia telah memberikan satu kemudahan untuk bersama-sama menggerakkan penyokong di atas semangat yang sama ""pilihanraya bersih dan adil".

 "Demonstrasi Bersih pada awal tahun 2007 telah dikreditkan secara meluas untuk keuntungan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 Malaysia, di mana pakatan pembangkang telah merampas kuasa di lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen 

Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad; pasangan itu tidak bersetuju ke atas penggunaan kaedah pemulihan semasa Krisis Ekonomi Asia 1997, yang membawa kepada pemecatan Anwar. Manakala Mahathir memperkenalkan kawalan mata wang yang mengikat ringgit untuk mencegah spekulasi mata wang, Anwar mengecam dasar ekonomi Mahathir dan menggambarkan dirinya sebagai pejuang kemerdekaan bagi pasaran bebas

Anwar pernah menerima gaji dari Yayasan Masa Depan (Foundation for the Future) yang dikaitkan dengan Dick Cheney (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat) dan juga Kumpulan Krisis Antarabangsa kepunyaan George Soros. Selain itu, Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai ahli panel National Endowment for Democracy's (NED) bagi "Anugerah Demokrasi".


Gabungan Bersih telah menolak cadangan pembaharuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, termasuk cadangan jawatankuasa terpilih Parlimen bagi reformasi pilihan raya dan pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman berikutan kritikan meluas cara Putrajaya berdepan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011.

Tidak seperti perhimpunan Bersih pada Julai 2011, demonstrasi baru-baru ini, pertempuran berlaku selepas polis diprovok penunjuk perasaan berkahir dengan kes-kes keganasan ke atas kedua-dua pihak. Walaupun polis menutup kawasan sekitar Dataran Merdeka (Independence Square) di mana perhimpunan itu dijadualkan berlangsung, polis tidak menggunakan keganasan sehingga penunjuk perasaan cuba untuk menyeberangi pagar keselamatan polis ke Dataran

Situasi keselamatan yang memburuk selepas penunjuk perasaan berdegil enggan bersurai, sehingga ke satu tahap mendorong mendorong mereka untuk menterbalikkan kenderaan polis.
Penunjuk perasaan membuang botol, kepingan logam dan batu (concrete slabs), menyebabkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan.

Manakala rakaman tindakan keras polis baru-baru ini beredar di seluruh media antarabangsa, Barisan Nasional parti pemerintah Malaysia sekali lagi berdepan kritikan antarabangsa. Rasa tidak puas hati berkembang dalam pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, parti pemerintah Malaysia tidak popular dan menyediakan pentas bagi kemenangan pakatan.

Dan Amerika Syarikat kini mengalihkan fokus ketenteraannya ke Rantau Pasifik, kepatuhan, Anwar Ibrahim kepada institusi politik barat yang mungkin akan menjamin politik Malaysia terus bergolak sehingga pembangkang berjaya mengambilalih kuasa.-
5/5/2012 TERJEMAHAN BEBAS OLEH HELME HANAFI

RENCANA ASAL DI

Sekali Lafaz! Awal dan Scha Bergelar Suami Isteri


Awal (kiri) akhirnya menjadi suami kepada Scha.
PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada Jumaat, malam.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.
Awal menyarungkan cincin nikah ke jari manis Scha.
Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.
Scha dan Awal tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Sumber : mStar Online
Tahniah Awal & Scha.  Semoga berkekalan hendaknya...

Friday, 4 May 2012

SPR Jawap 8 Tuntutan Bersih


SPR jawab lapan tuntutan Bersih



LAPAN tuntutan Bersih adalah bersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Dalam sesi dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media dan wakil agensi kerajaan anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) baru-baru ini ,Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan lbeberapa tuntutan utama itu. 
Senarai pengundi berdaftar :
  • daftar pemilih untuk lebih 12 juta orang pengundi telah dikemas kini mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja iaitu alamat pada MyKad pengundi bermula 2002.
  • Menjadi tanggungjawab pengundi menyemak alamat berdaftar mereka untuk dibersihkan kerana SPR tiada kuasa untuk menukar alamat tersebut tanpa dipohon sendiri individu berkenaan.
  • seseorang itu berhak mendaftar alamat mengundi di kampung halamannya,bukan di tempat dia bermastautin. Lebih 40 peratus pengundi berdaftar yang ada kini berbuat demikian. Ada undang-undang menetapkan alamat perlu dikemaskini dengan JPN selepas tiga bulan berpindah tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.
  • SPR hanya merujuk kepada maklumat JPN mengenai kematian pengundi, bukannya mengikut cakap sesiapa sahaja.Maklumat kematian bergantung kepada waris untuk memaklumkan kepada JPN. Kesukaran paling banyak timbul untuk penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak. Inilah yang dicanang-canangkan kononnya ada pengundi hantu.
  • Hakikatnya, tiada daftar pengundi di dunia yang bersih 100 peratus memandangkan faktor seperti kematian adalah sesuatu ynag tidak boleh dijangkakan.
Undi Pos:
  • SPR sedang membuat penambahbaikan. Untuk  memansuhkan terus kaedah itu tidak mungkin kerana tidak adil kepada rakyat yang bertugas pada hari mengundi atau di luar negara.
  • Pengundi yang dibenarkan membuang undi melalui pos adalah polis, tentera, pelajar sepenuh masa di luar negara dan kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara berserta ahli keluarga mereka. SPR juga sedang mengkaji undi pos untuk petugas media.
  • SPR akan memantapkan lagi undi pos dan akan laksanakan undian awal mulai Pilihan Raya Umum Ke-13.
  • Walkil (Ejen) parti-parti politik juga kini dibenarkan memantau undi pos di kem dan ibu pejabat polis hasil usaha penambahbaikan itu.
Penggunaan Dakwat Hitam:
  • Amalannya seolah-olah satu langkah ke belakang. Yang praktikal ilaah   sistem 12 digit individu pada MyKad merupakan antara tercanggih di dunia. Dakwat hitam digunakan di negara yang tidak memiliki sistem seperti MyKad serta mempunyai berpuluh juta pengundi.
  • Penggunaan dakwat  juga bercanggah dengan Perlembagaan negara dan pindaan perlu dibuat jika kaedah itu mahu dilaksanakan.
  • SPR juga pertimbangkan untuk gunakan sistem biometrik dan mengikut maklumat asal JPN.
21 hari berkempen
  • Tempoh kempen yang diberikan SPR adalah sesuai dengan realiti negara ini. Ia sudah berpatutan untuk rakyat kerana kita hanya mempunyai hanya 12 juta pengundi.
  • Di negara luar seperti  Indonesia berkempen selama satu bulan adalah wajar kerana negara itu mempunyai ribuan pulau dan lebih 100 juta pengundi.
Tuntutan-tuntututan yang lain lebih merupakan tuduhan-tuduhan politik semata-mata.

SUHAKAM : Agenda Pakatan Rakyat


Isu yang menjadi tanda tanya.  Mengapa SUHAKAM, membuat kenyataan mengenai hasil siasatan awam mengenai pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas.  Apakah ada agenda disebalik laporan 40 mukasurat itu.  Mengapa sekarang?  Mengapa selepas Perhimpunan Bersih 3.0?  Mengapa tidak sebelum Perhimpunan Bersih 3.0.

Kenyataan SUHAKAM

Polis telah melanggar hak asasi manusia apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan kemudahan awam semasa perhimpunan BERSIH 2.0 Julai lalu, kata Malaysia Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

Naib Pengerusi SUHAKAM, Dr Khaw Lake Tee berkata terdapat pelanggaran hak asasi manusia oleh polis dalam beberapa kejadian, terutamanya apabila gas pemedih mata ditembak ke kawasan (kemudahan) awam seperti Hospital Tung Shin, Hospital Bersalin Cina dan KL Sentral, yang berisiko kepada keselamatan awam. (Malaysiakini)

Cuba pembaca perhati dan analisa, agenda yang tersurat dan tersirat laporan SUHAKAM ini.  Apakah niat sebenar SUHAKAM?  

PK dapat rumuskan bahawa Laporan SUHAKAM ini diterbitkan bagi mengaburi mata rakyat tentang GAGALnya BERSIH 3.0 untuk menjatuhkan dan memburuk-burukkan imej dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia.  Gagal untuk menjatuhkan kerajaan dan GAGAL untuk mendapat sokongan dan simpati besar rakyat.  Persediaan PDRM terhadap serangan-serangan perusuh dengan rakaman-rakaman video daripada pelbagai sudut, membuatkan Pembangkang menjadi tenggelam punca dan cuba mengalihkan isu.  Rakyat sudah dapat membuka mata.  Rahsia dan agenda jahat Pembangkang semakin lama, semakin terbongkar.  Satu persatu.

Rakyat telah dapat menilai, mana intan, mana permata...dan mana kaca..

Jom ke Pesta Buku di Hari Belia Negara 2012


Kepada peminat-peminat buku, novel, majalah dan sebagainya, jom ke Pesta Buku Hari Belia Negara 2012 di laluan Pejalan kaki Galeria, Putrajaya.  Berbagai-bagai acara menarik yang akan dijalankan bersempena Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012.  Segmen Modal Insan dan Uniform Hari Nelia Negara 2012 telah menyusun aktiviti-akviti menarik bermula 23 Mei 2012 hingga 27 Mei 2012.

JOM JOIN...

Thursday, 3 May 2012

PANAS #Bersih 3.0 :Pemimpin PKR Di Dakwa



KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Rasah, R. Tangam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai ahli perhimpunan yang melanggar perintah mahkamah bagi menghalang orang awam, peserta dan penganjur perhimpunan daripada berada di perkarangan Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Tangam, 50, seorang bekas tentera juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan, di mana beliau bersama-sama “Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingkari perintah majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menghadiri perhimpunan berkenaan yang dilarang dan seterusnya menyebabkan kegusaran kepada anggota-anggota polis yang bertugas di kawasan Jalan Raja Laut pada hari yang sama.”
Tangam didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, pada kira-kira pukul 3 petang. Dia merupakan orang pertama yang didakwa atas kesalahan itu.
Hakim Mahmud Abdullah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin, sebelum menetapkan 5 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan. – BERNAMA

SILA BACA: Bila Adik Berkata-kata!


Apabila Ummi Hafilda sudah bersuara.  Keyakinan beliau terhadap pelaku seks yang luas tersebar di internet hampir 99.9 peratus adalah abang kandung beliau.  PK percaya, sebagai adik beradik kandung, masing-masing mengenali hampir keseluruhan luar dan dalam.  Sejak kecil hingga membesar.  Cuba kita bayangkan sekiranya bagaimana kita membayangkan dan memberi gambaran tentang adik beradik kita sendiri.  PK yakin, hampir 99.9 peratus ketepatan bagaimana rupa paras, riak muka dan susuk tubuh adik beradik kita sendiri.  Jarang sekali berlaku sebaliknya kecuali sekiranya sudah tidak bersua muka sejak sekian lama, mungkin bertahun-tahun ataupun sedekad lamanya.  Namun, selama mana pun kita tidak bersua dengan adik beradik kita, kita masih boleh mengambarkan mengenalpasti rupa paras adik beradik kita itu.

Adakah pembaca setuju?


Wednesday, 2 May 2012

WAJIB BACA: Bersih 3.0 Yang GAGAL


Bersih 3.0 dilihat sebagai GAGAL.  Walaupun dapat menghimpun ribuan peserta, namun kekotoran Bersih 3.0 terus terpalit kepada penganjur dan Parti Pembangkang.  Beberapa siri menyerang kredibiliti PDRM, dilihat sebagai salah satu untuk membersih yang tidak bersih.  Serangan bertubi-tubi terhadap PDRM adalah agenda utama media-media online yang pro pembangkang sejak Bersih 3.0 lagi.

Di dalam pemerhatian PK, Malaysiakini sering memainkan isu-isu menjatuhkan kredibilti dan imej PDRM.  Pelbagai kenyataan daripada NGO dan pemimpin pembangkang dikutip dan dijadi berita-berita yang bertali arus yang menghentam PDRM dan kerajaan khusunya.  Hampir 80 peratus berita di Malaysiakini berkisar tentang Bersih 3.0 dan digambarkan kekejaman PDRM bagaikan "Israel membunuh Palestin".  Majlis Peguam dijadikan kambing hitam untuk menghentam dan mengheret PDRM dan kerajaaan ke mahkamah.

PK merumuskan, penganjur dan pembangkang dilihat begitu terdesak akibat kegagalan Bersih 3.0.  Dalam diam, mereka mengetahui bahawa insiden-insiden Bersih 3.0 menimbulkan rasa marah dan geram rakyat kepada penganjur khususnya Ambiga dan Pembangkang khusunya PKR.  Kejayaan PDRM merakamkan hampir keseluruhan gambaran sebenar insiden-insiden telah berlaku, membuka mata rakyat apakah pekung sebenar agenda jahat penganjur dan pembangkang.  Agenda Ambiga dan pembangkang sebenarnya telah memberi kelebihan kepada kerajaan BN untuk mendapatkan sokongan rakyat pada Pilihanraya yang ke 13 nanti.  

Tidak dinafikan, DAP terlalu cerdik untuk mendapat impak kotor akibat daripada Bersih 3.0.  DAP dilihat mencari jalan selamat dengan tidak bersuara waima sedikit pun bagi menghasut secara terbuka kepada peserta Bersih 3.0.  Tiada juga kenyataan-kenyataan keras selepas Bersih 3.0 daripada pemimpin DAP.  Akhirnya, yang akan tenggelam di dalam Politik Malaysia hanyalah PAS dan PKR.

Selamat Tinggal PAS dan PKR.  Anda telah dipermainkan.


PANAS: Surat Terbuka Anak Polis Untuk Nik Aziz



Surat terbuka dari seorang anak polis yang menuntut di IPTA tempatan :

Assalamuailaikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat mahasiswa UUM sekalian,

Saya juga seperti kalian, mengambil berat apa yang berlaku pada hari semalam.

Jujur saya katakan, mereka keterlaluan, keterlaluan dalam erti kata menggelar Polis sebagai Anjing, melakukan provokasi dan sebagainya.

Saya anak Polis, apa salah Polis sehinggakan sahabat saya menggelarkan POLIS itu zalim, anjing!! Setiap yang polis lakukan itu kerana tugas mereka! Tugas menjaga keamanan. Hinakah pekerjaan ayah saya sebagai seorang POLIS??

Sedangkan sahabat-sahabat UUM ada yang menuduh polis zalim, kejam, berhati anjing dan sebagainya, pernahkah sahabat fikir yang dipanggil anjing itu adalah ayah saudara? Pernah?? Saya mohon maaf, saya percaya mahasiswa UUM tiada yang terlibat.

Cuma inilah luahan saya selepas membaca berita di Harakah Daily, dan sebagainya. Adakah apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru sebagai mengikut arahan? Adakah arahan itu termasuk menggelar polis anjing, merosakkan harta benda semua? Saya percaya tidak. Namun apabila disebut demostrasi perkara ini tak kan terlepas.

Mohon sahabat-sahabat sedar perjuangan seorang anggota polis. Andai sahabat terus menggelarkan mereka anjing, saya tiada pilihan untuk bangga diri saya sebagai anak anjing. Kerana Anjing yang dipanggil oleh pihak tertentu itu lah orang yang sentiasa sebelum tidurnya memikirkan mengenai ketenteraman awam.

Maafkan saya andai surat ini mengecilkan hati sahabat sekalian.

Terima Kasih kerana menyiarkan surat saya.

Sumber : AAKJ

HBN 2012 PROMO: Konsert Suara Kita


Hari Belia Negara 2012. Konserta suara kita diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 yang merupakan salah satu aktiviti di bawah Segmen Modal Insan.  Konsert ini bertujuan memberi penghayatan nilai-nilai kerohanian melalui persembahan muzik yang kan melibatkan beberapa artis tempatan.  Konsert ini akan diadakan di pentas utama Segmen Modal Insan. 

Jom kita ramai-ramai memerihkan Konsert Suara Kita yang akan diadakan pada Jumaat, 25 mei 2012 jam 9.00 malam.  Antara artis undangan, Hafiz Awan Nano, Rabbani, Saujana, Najwa Latif dan Sixth Sense.  JOM SERTAI!..




WAJIB BACA: Majlis Peguam Yang Biul


Majlis Peguam telah menyediakan laporan awal mengenai Perhimpunan Bersih 3.0.  Laporan awal tersebut mendakwa tindakan PDRM terhadap peserta Bersih 3.0 "lebih ganas" berbanding ketika menangani perhimpunan sebelum ini.  PK ingin lahir rasa kebimbangan terhadap laporan yang disediakan oleh Majlis Peguam ini.  Sewajarnya, sebagai satu badan undang-undang, Majlis Peguam tidak memihak kepada sesiapa pun waima parti politik mana pun.

Sejak awal lagi Majlis Peguam dilihat berpihak kepada S. Ambiga yang juga Mantan Presiden Majlis Peguam. Sebagai satu badan undang-undang, seharusnya pendirian badan ini selari atau sinonim dengan penguatkuasa undang-undang.  Adalah menjadi sesuatu yang janggal apabila satu badan yang dipengaruhi dengan agenda dan kepentingan politik sempit.

Majlis Peguam seharusnya dan sewajarnya memahami bahawa satu perintah mahkamah telah dikeluarkan bagi melarang mana-mana pihak untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada hari tersebut.  Mahkamah adalah asas keadilan dan undang-undang atau "RULE OF LAW".  Sekiranya perintah mahkamah sudah tidak diendahkan, dengan siapa lagi kita hendak merujuk bagi memastikan keluhuran undang-undang itu terjaga dan terpelihara!

Tuesday, 1 May 2012

X-CLUSIVE: Arab Saudi Halau Peserta Bersih 3.0


PK memetik daripada Sel13 mengenai Kerajaan Arab Saudi sedang memburu Peserta Bersih 3.0.


Seperti yang kita semua sedia maklum, dua pelancaran BERSIH 3.0 telah diadakan oleh aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah pada pagi 26 April 2012.
Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan BERSIH 3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keperihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi memastikan keadilan dan ketulusan di dalam pilihanraya tidak terhenti di Malaysia sahaja.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku sebagai aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah ini terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang mengikuti bidang pengajian agama tajaan Kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.

Pelancaran BERSIH 3.0 di Mekah
Tarikh : Khamis, 26 April 2012
Lokasi: Di hadapan premis Restoran D’Saji, Hotel Al Safwa, Mekah
Masa : 9.30pagi – 10.30 pagi
Pelancaran telah disempurnakan oleh Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia dan turut ditemani oleh timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sekitar jam 10.00 pagi.
Kehadiran sekitar 20 rakyat Malaysia yang majoritinya memakai baju kuning yang mempunyai logo Bersih 3.0. Antara yang menyertai majlis tersebut adalah beberapa pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Saudi yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Ummul Qura, Mekah termasuk barisan Exco Persatuan Pelajar Malaysia Mekah.
Terdapat juga penglibatan golongan professional dalam pelancaran tersebut, dan yang ketara adalah Dr. Mohd Taib Wahid, seorang pensyarah dari Universiti King Abdul Aziz , Jeddah.
Hj. Azzam Mustapa dari Nokia Mekah.
Hj. Khairani, bekas kakitangan Tabung Haji Travel and Tours (THTS) yang kini menguruskan agensi pelancongannya sendiri.
Sebelum pelancaran disempurnakan semua peserta yang terlibat duduk di meja hadapan Restoran D’Saji untuk bersarapan pagi dan seterusnya memakai baju kuning dangan logo BERSIH 3.0 yang dibawa oleh Nasrudin Tantawi dan mendengar ucapan Nasrudin .
Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong BERSIH 3.0 serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang sebenarnya.
Selepas itu bersih 3.0 dilancarkan dengan mereka memegang kain rentang BERSIH 3.0 dan mengambil gambar secara beramai-ramai berlatar belakangkan Restoran D’Saji.


Pelancaran BERSIH 3.0 di Madinah
Tarikh : Khamis, 26 April 2012
Lokasi: Di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah
Masa : 9.30 pagi – 10.00 pagi
Majlis pelancaran di Madinah telah diatur oleh Hj. Khuzaini, Nokia ,Madinah dan majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Mokhtar Senik selaku AJK Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pahang sekitar jam 9.40 pagi.
Kehadiran sekitar 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana telah berkumpul dengan memakai baju BERSIH 3.0. Antara yang hadir adalah pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Arab Saudi yang menuntut di Universiti Islam Madinah termasuk barisan Exco dari Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Madinah atau PERSADA. Turut menyertai mereka beberapa jemaah umrah Malaysia yang kebetulan berada di sana.
Di Madinah mereka yang berkumpul tidak dapat mengadakan majlis dalam masa yang lama kerana bimbangkan polis yang mengawal Masjid Nabawi mengetahui kegiatan mereka. Hanya dengan memakai baju BERSIH dan seterusnya memegang kain rentang BERSIH 3.0 serta mengambil gambar.
Namun begitu polis Masjid Nabawi berjaya juga mengesan aktiviti mereka melalui CCTV dan satu laporan telah dihantar kepada pihak atasan.
Pihak berkuasa tempatan melalui agensi Istikhbarat Al-Fedaraliyah iaitu special branch telah melakukan siasatan tentang Bersih dan dikatakan risikan mereka telah mendapat info penglibatan beberapa NGO antarabangsa yang berkiblatkan yahudi bersama dengan Bersih.
Segala bukti- bukti kukuh dari segi gambar-gambar yang dirakam dari CCTV sekitar Restoran D’Saji, Masjid Nabawi dan yang disebarkan melalui internet kini telah berada di tangan pihak berkuasa Arab Saudi.
Mengikut maklumat yang diterima pada mulanya pihak berkuasa tempatan tidak menyedari pelancaran Bersih 3.0 di Mekah. Mereka hanya dapat mengesan selepas penyiasatan dilakukan berhubung pelancaran di dalam perkarangan Masjid Nabawi Madinah.
Bagi perhimpunan di Mekah, pihak pengurusan D’Saji telahpun diminta untuk memberi perjelasan dan membuat surat akaun menafikan mereka terlibat dalam majlis tersebut.
Difahamkan pihak kedutaan Malaysia juga telah dipanggil oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut. Sehingga tulisan ini disiarkan belum ada maklumat lagi samada pihak kedutaan telah bertemu dengan pihak berkuasa Arab Saudi atau pun belum.
Selain itu pihak berkuasa juga sedang mengadakan penyiasatan dan akan menghubungi kafil-kafil (sponsor) para pelajar dan profesional terbabit bagi tujuan siasatan.
Berdasarkan perkembangan di atas, berkemungkinan besar semua pelajar-pelajar Malaysia yang terbabit dan dibawah tajaan Kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya , dan bagi yang bukan pelajar tajaan pula mereka mungkin akan dikenakan tindakan lain termasuk kemungkinan diusir keluar dari Arab Saudi.
Kes ini juga berkemungkinan akan menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ianya boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat.


KECOH! PAS Halalkan BERSIH 4.0


PAS cuba melancarkan pula Bersih 4.0.  PAS yakin dengan sokongan rakyat kepada mereka.  Sesuatu yang mengecewakan apabila PAS sendiri menghalalkan Bersih .  Bagaimana ini boleh berlaku.  Sewajarnya, satu Parti yang mendakwa berasaskan Islam, tidak menggalakkan ahli-ahlinya untuk menimbulkan huru hara dalam negara sendiri.  PK sendiri tidak faham, bagaimana PAS boleh mengikut telunjuk Ambiga.  Sejauhmana penglibatan Ambiga di dalam PAS atau tangan-tangan ghaib Anwar di dalam PAS yang telah memainkan peranan.

PK lihat, PAS begitu bersemangat untuk meneruskan projek Bersih 4.0 sekiranya tuntutan Bersih 3.0 tidak dipenuhi.  Sewajarnya, PAS perlu bermuhasabah terlebih dahulu sebelum mendesak kerajaan melaksanakan semua tuntutan.  Cuba-cubalah berfikir secara matang.  Kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan segala-galanya.  Sekiranya Kerajaan melaksanakan semua tuntutan, di manakah rasional BN memerintah Malaysia.  PK yakin, kerajaan mempertimbangkan tuntutan-tuntutan yang wajar.  Kerajaan juga telah melaksanakan beberapa pembaharuan yang berani demi memastikan Pilihanraya yang bersih dan adil.

PK berfikiran, tuntutan pembangkang tidak berkesudahan walaupun semua tuntutan dipenuhi.  Sememang sebagai pembangkang, mereka ini akan membangkang segala-galanya walaupun baik untuk rakyat.  PK rasa wajar kerajaan tidak perlulah memenuhi tuntutan-tuntutan karut ini.  Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang dipilih oleh majoriti.  Teruskan agenda transformasi demi kebaikan majoriti rakyat Malaysia. 

VIDEO HANGAT! Azmin Atau Kembar?


PK difahamkan telah tersebar beberapa Foto PANAS yang didakwa sebagai Pemimpin PKR, Azmin Ali.  Adalah memalukan sekiranya benar dakwaan tersebut.  Sebelum ini, kisah Anwar Ibrahim berkaitan skandal seks juga.  Yang pasti, dakwaan demi dakwaan dilemparkan kepada pemimpin ini.  

Sementara kehangatan insiden-insiden Bersih 3.0, muncul Foto-Foto Panas yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa ini.  PK tidak pasti sejauhmana penerimaan rakyat tentang pendedahan dan pembongkaran salahlaku moral pemimpin pembangkang ini.  Sejauhmana tangkisan pemimpin ini terhadap dakwaan salahlaku moral ini, PK masih menunggu kenyataan pemimpin ini.

Pendedahan isu salah moral Anwar Ibrahim, rakyat masih berbelah bagi, antara percaya dan tidak percaya, antara realiti dan tomahan, antara fitnah dan kebenaran.  Yang pastinya, pembangkang begitu cekap di dalam menangkis isu-isu.   Kita tunggu reaksi rakyat tentang pendedahan ini.

WAJIB BACA! Hikmah Disebalik BERSIH 3.0 (Part 2)


Keganasan dan rusuhan memang menjadi tujuan utama Bersih.  Belum pernah ada lagi perhimpunan berbentuk "Mass" ditempat terbuka terkecuali dengan keganasan dan rusuhan.  Impak dan simpati kepada Bersih 3.0 sememangnya tidak menjadi.  Kedudukan pemimpin-pemimpin pembangkang dilihat agak tergugat.  Hasrat pembangkang untuk mendapat impak yang besar terhadap sokongan dan simpati rakyat di dalam Pilihanraya yang akan datang GAGAL sama sekali. 

Rakyat dilihat begitu marah terhadap insiden yang berlaku semasa perhimpunan tersebut.  Mata rakyat telah terbuka luas bahawa perhimpunan tersebut hanyalah mainan politik sempit pembangkang.  Agenda jahat dan tujuan sebenar perhimpunan tersebut difahami rakyat dengan sendiri.  Rakyat Malaysia telah dapat menilai sewajarnya.  Rakyat terasa diperbodoh-bodohkan oleh agenda-agenda jahat Bersih 3.0.  Segala bukti berbentuk Video dan gambar telah tersebar dengan luas.Akhirnya, simpati rakyat kepada insiden-insiden Bersih 3.0 telah berpihak kepada BN.

Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui.  Allah telah menunjukkan segala-galanya.  MAKA, kita sebagai Rakyat Malaysia wajar menilai sesuatu berasaskan norma-norma masyarakat Malaysia.  Wallahu Aqlam...


Monday, 30 April 2012

WAJIB BACA: Hikmah Disebalik Bersih 3.0 (Part 1)


Bersih 3.0 adalah berbeza dengan versi-versi Bersih sebelum ini.  Bersih 3.0 ada agenda yang tersendiri.  Asas utama adalah untuk mendapat sokongan dan simpati rakyat.  Sebagaimana Perhimpunan Bersih 2007 sebelum Pilihanraya ke 12 2008, impak sokongan rakyat sungguh mengujakan pemimpin-pemimpin Pembangkang sehinggakan boleh menawan hampir 5 buah negeri disamping menafikan 2/3 majoriti kerusi Parlimen BN.

Memang jelas sekali pada masa itu, tsunami 2008 memang tidak dijangka. Kejayaan pembangkang dilihat terletak kepada Perhimpunan Bersih 2007 dan masalah dalaman UMNO/BN itu sendiri.  PK percaya Pembangkang melihat Perhimpunan Bersih 2007 sebagai faktor besar dan utama yang menyumbang kemenangan kerusi DUN dan Parlimen.  Perhimpunan Bersih 2007 telah mewujudkan momentum luarbiasa terhadap sokongan dan simpati rakyat kepada pembangkang.  Sememangnya, Pembangkang juga terkejut dengan kemenangan besar dalam seharah tersebut.

Bersih 3.0 telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri.  Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui.  Bersih 3.0 telah gagal mendapat momentum sokongan dan simpati rakyat kepada Pembangkang.  Memang tidak dinafikan, jumlah peserta bersih 3.0 hampir mencecah puluhan ribu orang, namun itu bukanlah petunjuk bagi mewakili sokongan rakyat Malaysia keseluruhannya yang sekitar 25 juta orang.

Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui.  Jangkaan pembangkang supaya Bersih 3.0 mendatangkan impak sokongan besar kepada pembangkang, meleset sama sekali.  Bersih 3.0 telah menempelak Pembangkang secara terus.  Persediaan rapi PDRM dengan rakaman-rakaman video dan gambar, jelas sekali menunjukkan agenda jahat pembangkang kepada rakyat.  Bersih 3.0 gagal untuk mendapat sokongan dan simpati rakyat.  Sebaliknya membongkar banyak rahsia dan agenda tersembunyi pemimpin-pemimpin pembangkang hingga diketahui semua rakyat Malaysia.

Bersambung...

PUISI : BERSIH ITU JAMBAN


PK cuba pautkan satu puisi daripada ikatkata.wordpress.com.  Baca dengan teliti dan matang.


Puisi : Kusangka BERSIH rupanya JAMBAN




mekar kelopak putih haruman
hajat memetik bunga jambangan
dari tuan demonstran jalanan
eloklah memBERSIHkan JAMBAN
di tengah padang ada khemah
di dalam khemah ada pasangan
khabarnya indah  kononnya berhemah
kusangka BERSIH rupanya JAMBAN
Duduk berguru kepalang ajar
Pergi sekolah tak takut rotan
Belajar malas PTPTN tak bayar
Rokok di tangan cangkung di JAMBAN

Ikuti lagi DISINI

Pedih, keras dan pedas..Cuba renung-renungkan.

HOT: BERSIH Yang Tak Bersih


Apa yang kita dapat dari BERSIH 3.0.  Hanya provokasi dan pertempuran.  Benarkah tujuannya hanya untuk menuntut keadilan semata-semata.  Apa yang dapat kita lihat rusuhan dan kerosakan samada harta benda awam ataupun kecederaan.  Kononnya demi keadilan untuk semua.  tetapi hanya kepentingan golongan tertentu sahaja.

Adakah kita mahu negara kita sentiasa di dalam huru hara.  Tak pernah aman seperti di negara-negara Asia Barat.  Kita tidak belajar daripada kesilapan.  Kesilapan seringkali berulang-ulang.  Tidak perna diambil iktibar walaupun kita sedar, apa yang berlaku tidak pernah membawa apa-apa kebaikan.

BERSIH 3.0 hanyalah propoganda demi untuk mendapat kepentingan politik sempit.  Kita tidak pernah matang di dalam berpolitik.  GAGAL dalam menilai dengan wajar dan matang.  Emosi sentiasa memainkan peranan dalam diri kita.  Golongan yang berkepentingan sering mengambil kesempatan untuk menguasai emosi kita.  Sekiranya kita gagal menanganinya, sudah tentu kita terperangkap dengan mainan politik sempit ini.  Renung-renungkanlah!....

Tuesday, 17 April 2012

HOT! Amy (Search) Dapat Terima Johan Asaari Sebagai Menantu

Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy akan menerima Johan Arrif As'ari sekiranya pelakon itu ditakdirkan menjadi menantunya.

Amy berkata, dia tidak menghalang dengan sesiapapun anaknya iaitu Nabila Huda mahu berkawan asalkan individu tersebut dapat membahagiakan dirinya.

"Saya bukannya seorang ayah yang konservatif dan saya tidak akan menghalang anak saya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Begitu juga dengan Johan, sekiranya Nabila ingin menjadikannya sebagai bakal suami pada masa akan datang, saya terima. Yang penting Nabila bahagia dengan kehidupannya itu," katanya

Amy diminta mengulas hubungan Nabila dan Johan yang dikatakan semakin intim sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, tambah Amy, berdasarkan apa yang dilihat, keakraban Nabila dan Johan sekadar teman rapat sahaja dan tiada yang lebih istimewa daripada itu.

Malah menurut Amy, ketika mereka bercuti bersama-sama dengan Johan di Jepun pada Mac lalu, kedua-dua pasangan tersebut tidak menunjukkan seperti pasangan bercinta.

"Saya tahu bagaimana cara Nabila melayani seorang kekasih. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat mereka tidak lebih daripada kawan biasa.

"Pendapat saya tentang Johan, dia seorang yang baik dan senang diajak berborak," ujarnya.
Beberapa bulan lalu, hubungan Johan dan Nabila dikatakan semakin intim selepas berlakon bersama dalam drama bersiri Pelangi Kasih.

Namun sehingga kini kedua-dua mereka menafikan khabar angin tersebut dan menyatakan perhubungan mereka tidak lebih sekadar teman rapat.

Sumber; mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

PROMO!HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA


Salam 1 Malaysia.

Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya bermula pada 23 Mei hingga 27 Mei 2012.  Klik info selanjut di www.hbn.gov.my.

PEMIKIR KAMPONG

Monday, 9 April 2012

VIDEO!PERKARA BODOH YANG INGIN KITA LIHAT


Salam 1 Malaysia.

Cuba teka !  Gambar dalam video di atas lekaki ke perempuan.  hahahahaha..Ini adalah perkara paling bodoh yang pernah PK lihat..hahahahahahaha..gelak puas-puas..enjoy it!!!

PEMIKIR KAMPONG

Thursday, 5 April 2012

GEMPAR! HINA SULTAN JOHOR?


Salam 1 Malaysia.

Sultan Johor dihina?  Terkejut gak ni.  Biar betul.  Tapi bila PK amati, ada gak munasabah nye.  Tak patut pembaca Malaysiakini tu komen yang menyinggung perasaan Sultan Johor ni.  BEBUDAK SEKARANG.  IKUT PERASAAN SANGAT.  Berpada-pada lah! Ikuti kisahnya di catsthinker.blogspot.com.  Nilai sendiri..hehehehehehe...

PEMIKIR KAMPONG

PANAS! Gambar Peluk Pelakon Talha Harith Tersebar!

Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak luar mungkin menggunakan ia untuk memburukkan namanya.

Talha berkata, dia kesal apabila gambar dia memeluk seorang lelaki telah tersebar sekali gus menggambarkan seolah-olah dirinya mempunyai hubungan songsang dengan individu tersebut.

"Foto itu sebenarnya adalah dari telefon Black Berry Messenger (BBM) milik saya yang dijadikan sebagai gambar profil kerana menyukai gambar sedang senyum.

"Tapi tidak sangka pula seseorang telah mengambilnya untuk disebarkan kepada pihak media bertujuan untuk memburukkan nama saya tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik foto berkenaan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan mendedahkan gambar Talha sedang memeluk seorang lelaki dengan erat yang telah menimbulkan spekulasi dan tanggapan negatif sesetengah pihak.

Talha tidak dapat mengenal pasti siapakah pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan kerana semua kenalan di BBM adalah teman rapatnya.

"Tidak tahu siapa tetapi di kalangan kawan-kawan juga (yang sebarkannya) kerana saya tidak akan menerima orang yang tidak dikenali sebagai kenalan di BBM saya," katanya.

Menjelaskan mengenai foto berkenaan, Talha memberitahu ia diambil bersama seorang pelakon lelaki semasa mereka menyertai sukaneka pada program Extravaganza MyTV3 Out baru-baru ini.
Gambar ini telah disalahertikan oleh sesetengah pihak sedangkan ia untuk memenuhi aktiviti sukan anjuran TV3 baru-baru ini.
Talha memberitahu, gambar itu telah diambil oleh seorang kenalan mereka semasa dia didukung oleh pelakon tersebut sebelum acara sukaneka bermula.

"Permainan yang kami masuk itu memerlukan saya didukung olehnya dan apabila gambar itu saya gunakan di BBM yang tidak menampakkan keseluruhan bahagian foto, ia seperti saya memeluk lelaki berkenaan dengan erat.

"Tambahan pula semasa gambar itu diambil ramai ahli MyTV3 berada di situ untuk sama-sama menyertai program terbabit dan tidak mungkin saya nak buat hal di tempat terbuka," ujarnya.

Dalam pada itu, Talha berkata, semasa mendapat tahu gambar itu tersebar dia hanya ketawa kerana menyedari masyarakat telah salah faham.

Ahli keluarganya juga turut ketawa apabila isu itu timbul namun menasihatinya supaya lebih berhati-hati selepas ini.

"Saya dan ahli keluarga sangat rapat dan mereka lebih mengenali saya daripada orang lain. Jadi apabila mereka baca laporan itu mereka hanya ketawa kerana tahu cerita berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Saya boleh tunjuk gambar sebenar kepada wartawan jika mereka berjumpa dengan saya tetapi untuk mendedahkan gambar itu kepada media rasanya tidak kerana ingin menjaga nama baik rakan artis yang mendukung saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Talha yang pernah popular menerusi drama Juvana dan Tanah Kubur memberitahu akan berangkat ke Hong Kong dan Seoul, Korea Selatan minggu hadapan bagi menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mizan Cinta.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama pelakon Memey Suhaiza.

Talha memberitahu dia juga baru selesai menjalani penggambaran drama Masitah untuk RTM bersama Elyana, Beego, Amanda Misbun dan Abu Bakar Johar.

Pesanan PK, supaya lain kali tu berhati-hati dengan apa jua tindakan dan tingkahlaku kita.  Peminat memerhati sahaja,..

Sumber : mStar Online

PEMIKIR KAMPONG

Monday, 2 April 2012

Super Spontan:Daphne Iking Gaduh Dengan Afdlin Shauki?

Daphne mengakui rasa bersalah meninggalkan program Super Spontan di saat akhir.
Pengacara dan pelakon Daphne Iking terpaksa menarik diri daripada menyertai program terbaru terbitan Astro Warna iaitu Super Spontan pada saat-saat akhir kerana masalah peribadi.
Daphne atau nama Islamnya, Daphne Dahlia Iking berkata, pada dasarnya dia begitu berat hati untuk meninggalkan program berkenaan sebelum ia bermula tetapi keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan pihak produksi dan ahli keluarganya.
"Saya bukan sengaja untuk meninggalkan program itu secara tiba-tiba kerana semasa sesi pertemuan lagi pihak produksi telah maklum dengan masalah yang saya dihadapi.
"Keputusan ini cukup berat untuk dilakukan bagaimanapun Alhamdulillahlah semua pihak menyokong saya dan memahami bebanan yang dilalui ketika ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Daphne bagaimanapun enggan mendedahkan masalah yang dihadapi sehingga membuatkan dia menarik diri daripada menyertai program itu.
Super Spontan telah pun menemui peminat secara langsung bermula 30 Mac lalu menerusi dua saluran serentak iaitu Astro Warna (132), Ria (104) dan SingTel Mio TV di Singapura setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam.
Tempat Daphne juga telah digantikan dengan bekas penyampai radio ERA iaitu Nana Mahzan.
Tambah Daphne, dia pada awalnya enggan menarik diri daripada Super Spontan tetapi bimbang tidak dapat memberikan komitmen kepada jadual program dan pasukan produksi yang akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
Daphne berkata, dia juga telah menjalani pelbagai latihan bagi memantapkan persembahannya nanti dan begitu teruja untuk bekerjasama dengan semua pelawak dan pelakon terkenal yang terlibat.
Dalam pada itu, Daphne turut menolak dakwaan penarikan dirinya daripada program terbitan Vision Works milik pelakon dan penerbit, Afdlin Shauki itu adalah disebabkan percanggahan pendapat di antara mereka.
Daphne memberitahu, tidak timbul sebarang konflik di antara mereka dan peserta sebaliknya ia adalah keputusan muktamad daripada dirinya.
"Kami semua bagaikan satu keluarga jadi perkara itu adalah merepek kerana hubungan kami semua sungguh rapat. Malah saya rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan mereka," katanya.
Daphne turut meluahkan perasaan sedih kerana tidak dapat bersaing dengan seorang lagi peserta wanita dalam program itu iaitu pelakon Yasmin Hani.
Katanya, mereka sering menghabiskan masa dengan membuat pelbagai kajian dengan menonton pelbagai persembahan komedi selain berlatih bersama-sama sebagai persediaan.
"Sedih sangat tak dapat berentap dengan Hani tetapi saya akan terus menyokongnya dalam program itu nanti," ujarnya.
Sebelum ini, Daphne memberitahu, dia tidak berfikir panjang saat dipelawa oleh pihak penerbit kerana sudah lama ingin melakukan sesuatu yang berbeza dalam kerjayanya terutama sekali untuk bergelar pelawak.
Hrmm..eloklah selesai masalah peribadi erk!! nanti tak boleh bagi komitmen plak..heheheheh..Kita tunggu Super Spontan erkk..hehehe
Sumber : mStar Online
PEMIKIR KAMPONG