Berita Hiburan Sensasi, Gossip Selebriti Terkini, Kisah Hiburan Malaysia, Indonesia & Hollywood
Thursday, 31 May 2012
HOT : Bangkok Fans For Lady Gaga
Telatah peminat-peminat Lady Gaga di Bangkok yang mengikuti Konsert "Born This Way" yang berlangsung di Bangkok's Rajamangala Stadium pada Jumaat lepas.
Sumber : Bangkok Post
WAJIB BACA : Gimik Faizal Tahir Makan Diri
Penyanyi Faizal Tahir akhirnya mengakui gimik yang pernah dilakukannya selama ini membawa padah kerana ia umpama memakan diri sendiri.
Faizal, 34, berkata, hal tersebut membuatkan dia semakin kekurangan idea dalam mengadakan persembahan manakala peminat-peminat pula mengharapkan gimik yang lebih hebat berbanding persembahan yang sebelumnya.
"Kebanyakan orang mengenali Faizal Tahir kerana gimik yang dipersembahkan dan ia telah “memakan” diri saya.
"Jujur dikatakan, saya sampai dah kehabisan idea untuk berfikir apakah gimik seterusnya yang perlu dibuat. Ia membuatkan saya tertekan.
"Ini kerana orang nak saya “pecah rekod” daripada persembahan yang pernah saya buat sebelumnya," kata Faizal yang ditemui selepas sidang media Konsert Faizal Tahir, di Hard Rock Cafe, di sini Rabu.
Bagaimanapun, tambah Faizal, masalah yang berlaku itu membuatkan dia hanya perlu mengadakan aksi gimik pada persembahan yang melibatkan siaran televisyen (TV) sahaja.
Manakala pada persembahan yang tidak membabitkan siaran TV, Faizal akan memberi fokus kepada segi susunan muzik pada setiap lagu yang dipersembahkan.
Sementara itu, Faizal bakal mengubat rindu peminat menerusi konsert pertamanya di KL Live, Kuala Lumpur, pada 1 Julai depan.
Konsert yang dianjurkan oleh ZackkoolG dengan kerjasama The 8 Unit itu merupakan konsert kedua Faizal selepas persembahannya pada dua tahun lalu.
Beritahu Faizal, dia akan mempersembahkan sebanyak 10 buah lagu selama sejam dengan membawakan lagu-lagu popularnya seperti Karma, Bencinta dan Hanyutmenggunakan susunan muzik yang berbeza.
"Ini merupakan sebahagian projek yang besar bagi saya dan apa yang penting, saya dapat menghiburkan para peminat sebaik mungkin.
"Malah lagu-lagu yang dibawakan akan disusun semula mengikut cita rasa saya. Beberapa lagu saduran turut akan dipersembahkan," ujarnya.
Kata Faizal, konsert tersebut juga merupakan sebagai sebahagian promosi bagi album ketiganya yang bakal muncul tidak lama lagi.
Tiket konsert yang berharga RM98, RM138, RM238 dan RM300 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my dan akan dijual bermula Jumaat ini.
Dalam pada itu, bagi sesiapa yang membeli tiket sebelum tarikh 15 Jun, potongan harga sebanyak 20 peratus akan diberikan.
mStar Online
Wednesday, 30 May 2012
HOT: Saiful Apek Pelik Tak Kena Gam!
Pelawak Saiful Apek, 42, berasa pelik apabila namanya tidak digam oleh mana-mana stesen televisyen (TV) memandangkan dia sedang menjalani perbicaraan atas dakwaan berkaitan dadah.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, hal tersebut membuatkan dia bersyukur walaupun pada mulanya agak risau dengan statusnya sama ada diterima stesen TV atau tidak.
"Berdasarkan apa yang dilihat sebelum ini, ramai artis yang digam apabila mereka dikaitkan dengan dadah tapi lain pula situasi saya ini yang masih lagi menerima pelbagai tawaran kerja daripada pihak stesen TV.
"Risau juga jika digam, kerana ia mampu menjejaskan karier saya yang menyara keluarga. Walaupun berasa pelik, namun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja macam biasa," katanya.
Tambah Saiful Apek, dia menganggap budaya artis digam sudah berubah mengikut peredaran zaman di mana kualiti kerja tiada kaitan dengan hal-hal dadah yang lebih kepada unsur peribadi.
"Pada pendapat saya, isu artis digam adalah budaya dahulu dan kini pihak stesen TV lebih terbuka tentang hal ini di mana mereka tidak mengaitkan antara hal-hal kerja dan peribadi.
"Lagipun artis-artis ini tidak sepatutnya diperlakukan begitu (digam) kerana mereka hanya menjalankan tugas menerusi kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan.
"Bagaimanapun, takut juga jika timbulnya provokasi bagi menutup periuk nasi saya atau artis-artis yang senasib saya," tuturnya.
Pada 1 November tahun lalu, Saiful Apek dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan.
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000.
mStar Online
Secawan Teh bersama Ustaz Riduan Khairi
Amalan membaca wajar menjadi hobi bagi rakyat Malaysia. Ikuti temuramah khas Metro TV bersama Ustaz Riduan Khairi mengenai kupasan amalan membaca bagi Rakyat Malaysia..Bravo Yan..
GEMPAR! Tiru Wajah Artis Korea
DEMAM K-Pop yang melanda dunia sejak lima tahun lalu bukan hanya terhad kepada genre muzik pop, tarian, elektropop, hip hop, rock, R&B dan muzik elektronik berasal di Korea Selatan semata-mata - malah lebih dari itu. Fenomena itu berkembang menjadi cabang kebudayaan yang popular di kalangan remaja dan orang muda di seluruh dunia termasuk fesyen, tata rias dan gaya hidup.
Tidak ketinggalan budaya mencantikkan diri ala K-Pop yang kini menjadi aliran semasa di kebanyakan negara dalam lingkaran Asia Pasifik seperti China, Hong Kong, Jepun, Filipina, Taiwan, Vietnam termasuk Malaysia.
Apabila membicarakan mengenai kecantikan, budaya K-Pop tidak boleh lari daripada pembedahan kosmetik dan estetik yang semakin mendapat sambutan ramai sama ada di kalangan lelaki atau wanita. Malah, Korea menjadi negara kelapan daripada 25 negara di dunia dicatatkan pada 2010 menjalankan prosedur pembedahan kosmetik paling banyak iaitu 361,988 sesi.
Statistik itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding 10 tahun lalu yang mana Korea tidak pernah masuk dalam senarai 10 negara yang paling banyak menjalankan prosedur pembedahan kosmetik.
Persoalannya, apakah wajah dan tubuh ‘sempurna’ yang ada pada artis Korea? Menurut Pakar Pembedahan Kosmetik, Dr M Nasir Zahari, pada asasnya majoriti orang Korea mempunyai wajah unik yang biasa di kalangan orang Asia seperti mempunyai satu lapisan kelopak mata, tulang pipi yang tinggi kelihatan seperti menonjol dan rahang yang besar manakala hidung mereka pesek.
Dr M Nasir berkata, dengan wajah sebegitu, orang Korea berpandangan mereka nampak garang atau kelihatan hodoh yang mana boleh menyebabkan hilang keyakinan diri. Manakala untuk artis di sana, mereka merasakan wajah sedemikian tidak sesuai untuk dikomersialkan jika mahu terbabit dalam industri hiburan.
Justeru, beliau berkata, ramai yang mahu menukar rupa wajah dengan melakukan pembedahan kosmetik atau rawatan estetik dengan melakukan pembedahan pada kelopak mata supaya ia nampak berganda dan memancungkan hidung sama ada pembedahan plastik atau menambah likatan atau pengisi (filler) serta implan silikon.
“Untuk pipi yang kelihatan terlalu menonjol, biasanya orang Korea melakukan prosedur membentuk semula struktur pipi dengan menipiskan tulang pipi.
“Manakala rahang yang kuat atau besar itu dibentuk semula melalui pembedahan plastik atau bagi menampakkan dagu yang lebih runcing mereka menggunakan filler atau implan silikon.
“Semua pembedahan ini banyak dilakukan artis mereka kerana percaya wajah komersial mirip artis Hollywood lebih mudah diterima dan dianggap mempunyai wajah ‘sempurna’ yang boleh memberikan keyakinan serta lebih popular,” katanya.
Aliran yang dilakukan artis Korea kemudiannya merebak menjadi satu budaya baru kepada masyarakat umum di negara itu di mana pada usia semuda 14 tahun, ada yang sudah mendapatkan rawatan estetik atau melakukan pembedahan kosmetik membentuk wajah.
Malah, dikatakan pembedahan kosmetik sentiasa dinantikan setiap remaja Korea sebagai hadiah ulang tahun mahupun habuan selepas tamat sekolah tinggi mahupun universiti.
Pengaruh artis K-Pop di seluruh dunia juga menyebabkan industri estetik dan pembedahan kosmetik mahu pun plastik di Korea menjadi lebih rancak begitu juga sektor pelancongan.
Pelancong yang masuk ke negara itu bukan hanya melancong melawat tempat menarik di sana kerana terpesona dengan keindahannya saja tetapi melawat negara itu kerana terpikat dengan keindahan tempat yang pernah menjadi lokasi dalam filem, drama mahu pun klip video.
Pada masa sama, peminat fanatik K-Pop juga melancong ke Korea kerana mahu menjalani pembedahan kosmetik dan rawatan estetik.
Dilaporkan pelancong dari China paling ramai mendapatkan rawatan estetik dan pembedahan kosmetik di Korea, yang mana kebanyakannya menjalankan pembedahan menambah kelopak mata, membetulkan rahang dan tulang pipi selain pembedahan membuang lemak di perut seperti artis K-Pop pujaan mereka.
Pertambahan klinik dan pakar pembedahan plastik yang kini mencecah 1,700 orang juga dikatakan menjadikan industri itu semakin agresif dalam cubaan menarik pelanggan baru. Pelbagai pakej menarik termasuk penginapan bertaraf lima bintang serta layanan VIP ditawarkan manakala kemudahan dan perkhidmatan di klinik juga ditingkatkan.
Malah, dilaporkan ada klinik yang menjemput pesakit dari lapangan terbang dengan limosin manakala kakitangan klinik dilatih fasih berbahasa Inggeris, China, Jepun, Vietnam atau Mongolia.
Selain Korea Selatan, beberapa negara Asia turut ghairah menawarkan rawatan dan pembedahan yang sama kepada pelanggan yang mahu kelihatan seperti artis pujaan K-Pop mereka. Selain China dan Jepun, Thailand dan Singapura juga menawarkan perkhidmatan yang sama.
Bagaimana dengan Malaysia? Dr M Nasir yang juga Pengarah Perunding Perubatan Pembedahan Plastik, Pembentukan Semula dan Pembedahan Kosmetik Beverly Wilshire berkata, pengaruh K-POP tidak begitu mempengaruhi orang Malaysia untuk melakukan pembedahan kosmetik supaya kelihatan seperti artis Korea.
Namun, beliau berkata, pengaruh industri rawatan estetik dan pembedahan kosmetik di Korea Selatan secara tidak langsung mempengaruhi masyarakat Malaysia untuk kelihatan lebih cantik dan menitik beratkan soal penampilan diri.
“Mengapa orang Malaysia tidak ghairah melakukan pembedahan kosmetik seperti orang Korea? Jawapannya kerana orang Malaysia percaya rupa mereka tidak ‘sehodoh’ orang Korea.
“Lagipun, dengan latar budaya dan agama masyarakat yang pelbagai di negara ini berbanding Korea yang ada satu bangsa dan agama itu, maka permintaan terhadap pembedahan kosmetik di sini sikit berbeza. Jika ada yang mahu kelihatan seperti artis Korea pun mereka tidak mahu melakukan terlalu drastik sampai terpaksa membetulkan tulang pipi dan rahang mahu pun hidung mereka.
“Orang Malaysia lebih suka rawatan estetik seperti pengambilan botox, filler, implan dan rawatan laser. Jumlah rawatan ini semakin mendapat sambutan. Lagi pun, kebanyakan orang Malaysia mempunyai hidung yang agak tinggi dan bentuk muka yang pelbagai, tidak nampak garang seperti orang Korea.
“Bagi orang Melayu mahupun India, biasanya mempunyai kelopak mata berlapis, jadi permintaan untuk pembedahan kosmetik di wajah tidak begitu menggalakkan,” katanya.
Dr M Nasir memberitahu kebanyakan pembedahan payu dara serta menggandakan kelopak mata dilakukan wanita Cina di negara ini manakala lelaki Malaysia paling ramai melakukan pembedahan membuang lemak di perut atau liposuction serta pembedahan payu dara.
“Berdasarkan pemerhatian, sejak 15 tahun lalu, saya dapati jumlah pelanggan lelaki yang mendapatkan rawatan estetik mahu pun pembedahan kosmetik semakin bertambah. Jika 10 tahun dulu bagi setiap 10 pesakit saya untuk dapat seorang pesakit lelaki sangat susah tetapi kini jumlahnya meningkat kepada dua pesakit bagi setiap 10 pesakit yang ada,” katanya.
Ibu bapa galak anak remaja ubah wajah
STATISTIK dikeluarkan Persatuan Pembedahan Plastik dan Doktor Estetik Antarabangsa (ISAPS) menunjukkan penduduk Asia paling banyak melakukan pembedahan plastik pada 2010 dengan 5.8 juta prosedur yang dilakukan 9,512 pakar bedah.
Daripada jumlah itu, China menjadi negara Asia yang paling banyak menjalankan pembedahan plastik iaitu 588,880 kes diikuti Jepun (588,880 kes), India (553,420 kes) dan Korea Selatan (361,988 kes).
China berada di tangga ketiga selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil dalam senarai 25 negara yang dicatatkan dalam laporan ISAPS itu. Manakala Jepun tempat keempat diikuti India (kelima) dan Korea Selatan (kelapan) selepas Itali (keenam) dan Mexico (ketujuh), Perancis (ke-9) dan Columbia (ke-10).
Daripada statistik itu, Malaysia tidak termasuk dalam senarai 25 negara kerana jumlah pembedahan plastik yang dikendalikan tidak banyak selain jumlah doktor pakar dalam bidang itu kurang. Namun, di Asia Tenggara, Malaysia dicatatkan sebagai negara ketiga selepas Thailand dan Singapura yang paling banyak melakukan prosedur pembedahan plastik.
Menyentuh mengenai Korea Selatan, 10 tahun lalu negara itu tidak pernah masuk dalam senarai 10 negara paling banyak melakukan pembedahan plastik. Korea mula masuk dalam senarai 10 negara terbabit sejak tiga tahun lalu.
Data dikeluarkan di Korea menunjukkan keseluruhan rawatan perubatan yang dibelanjakan oleh pelancong asing di negara itu bernilai AS$116 juta (RM348 juta) tahun lalu. Sebanyak 14 peratus daripada mereka menjalani pembedahan kosmetik atau rawatan kulit seperti botox.
Pembedahan yang mendapat sambutan di kalangan pelancong adalah pembedahan hidung, menegangkan muka, pembedahan rahang atau membuang lemak di perut.
Sementara itu, data tinjauan sebuah laman web e-Seoul, mendapati 41.4 peratus remaja di Korea sedia menjalani pembedahan kosmetik untuk cantik.
Malah, pelajar sekolah menengah yang kebanyakannya pelajar perempuan, mengakui mereka mahu melakukan pembedahan membetulkan wajah mereka.
"Dulu kebanyakan pelanggan klinik ini adalah pelajar sekolah tinggi tetapi kini trend berubah kerana lebih ramai pelajar sekolah menengah yang berumur 15 hingga 16 lebih mendapatkan perkhidmatan kami," kata Pengurus Kosmetik sebuah klinik estetik di Apgujeong-dong, selatan Seoul.
Ketua Pakar Bedah Klinik Pembedahan Plastik BK Dongyang di Nonhyeon-dong, selatan Seoul, Lee Seung-hwan pula berkata, klinik itu menerima banyak pelanggan remaja sejak kebelakangan ini.
“Berbanding 2007, peratusan pelanggan remaja semakin meningkat pada 2010. Ini jelas menunjukkan semakin ramai pelajar seawal usia 14 tahun sudah bersedia menjalani pembedahan kosmetiK,” katanya.
Seorang pelajar perempuan di sekolah tinggi di Korea yang mahu dikenali sebagai Lee, berkata beliau tidak yakin dengan penampilannya kerana mempunyai mata yang kecil lalu sentiasa merasa rendah diri.
"Ibu saya berjanji akan membenarkan saya melakukan pembedahan membetulkan kelopak mata jika berjaya dalam peperiksaan pertengahan tahun,” katanya.
Selepas menerima pembedahan kosmetik bagi menggandakan kelopak matanya, ketika cuti musim sejuk pada tahun kedua di sekolah tinggi, Lee berkata dia mendapat lebih keyakinan.
Menjadi aliran baru di Korea, pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah bukanlah satu perkara yang memalukan sebaliknya digalakkan. Malah, pelajar yang mempunyai ciri-ciri menarik hasil pembedahan plastik akan menjadi lebih popular di sekolah.
Trend pembedahan plastik di Korea banyak dipengaruhi populariti kumpulan artis remaja tempatan seperti gadis kumpulan LGP yang mengakui dalam satu wawancara rancangan TV bahawa mereka pernah menjalani lebih 27 pembedahan plastik.
Ibu bapa juga mempunyai pengaruh yang kuat kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan pembedahan plastik.
Seorang pelajar perempuan dikenali sebagai Kim, mendapat pembedahan menggandakan kelopak mata pada usia 15 tahun atas cadangan ibunya.
"Ibu saya sebenarnya cukup positif mengenai pembedahan plastik dan memberitahu pembedahan itu akan menjadikan saya lebih yakin memasuki sekolah menengah,” katanya.
Satu tinjauan dijalankan jenama penjagaan diri DOVE pada 250 reponden di seluruh Korea, mendapati satu daripada empat ibu mencadangkan anak remaja mereka mendapatkan pembedahan plastik.
"Media massa dan internet mempunyai impak yang besar kepada pelajar. Golongan ini paling banyak terdedah kepada televisyen dan konsep ‘diskriminasi atau prasangka berdasarkan penampilan peribadi’ sudah ditanam dalam diri mereka sejak kecil," kata pakar pembedahan plastik di Wonjin Plastic Surgery, Dr Park Won-jin.
Dr Park berkata, bilangan puncak pesakit pelajar semasa musim cuti sekolah pada Disember dan Januari meningkat lima hingga 10 peratus daripada hari-hari biasa.
Pembedahan menggandakan kelopak mata adalah prosedur yang paling popular di kalangan pelajar kerana berisiko rendah. Manakala pembedahan membetulkan hidung mahu pun tulang rahang dan pipi tidak digalakkan kerana ia mungkin memberi kesan sampingan yang berbahaya.
Park berkata jika pembedahan plastik dilakukan ke atas tulang muda, ia boleh mencetuskan masalah di masa depan dan mungkin memerlukan pembedahan lain bagi membetulkannya.
Berita Harian
GAMBAR X-CLUSIVE : Konsert Teen Top(틴탑) #HBN 2012
Gambar-gambar eksklusif Konsert K-POP Teen Top di Hari Belia Negara 2012 tempohari. Credit to Farah..the closer you can get..
Tuesday, 29 May 2012
BREAKING NEWS : Amy (Search) Mus & Ibnor Riza Sertai Umno
Legenda rock tanah air, Amy (Search) atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.
“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,” kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno di ibu pejabat Umno di sini Selasa.
Turut sama menyertai parti itu Mus (May) atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim.
Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, Amy berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.
“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja,” katanya.
Sementara itu, Mus, 44, memberitahu beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.
“Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.
Borang keahlian mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ketiga-tiga artis terbabit akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang.
Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta parti itu.
“Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno,” katanya.
Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah. - BERNAMA
Monday, 28 May 2012
Pemimpin Belia Untuk Belia @MalikiRapieeMBM
Pemimpin Belia untuk Belia. Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Mohd Maliki Rapiee yang masih berada di Lobi Menara KBS malam terakhir Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012. Seorang pemimpin belia yang masih bersemangat bersama-sama belia. Masih cekal bersama. Sewajar di jadikan contoh..Bravoo..
Sunday, 27 May 2012
One Million Youths Gathering 2012 Comes To A Close
PUTRAJAYA, May 27 (Bernama) -- The One Million Youths Gathering 2012
here comes to a close today after it began on Wednesday, with more
programmes to be held to celebrate youths.
This includes a fishing competition officiated by Youth and Sports
Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek at the Water Recreation Centre,
Precint 13 and the 7th International Ekiden Run flagged off by Parit
Sulong Member of Parliament, Datuk Noraini Ahmad, in front of the Palace
of Justice, Precint 3.
Ahmad Shabery will also open a bowling competition to be held at the
ARL Power Bowl in Alamanda Putrajaya, Precint 16, while a Aerokbikthon
contest at the Palace of Justice car park will be officiated by Women,
Family and Community Development Deputy Minister Datuk Heng Seai Kie.
Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob will officiate the Food Valley/ Putrajaya Uptown located
at the Persiaran Perdana car park, and Deputy Information,
Communications and Culture Minister Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz
will launch the Warna-Warni Malaysia programme at Persiaran Perdana,
Precint 2.
A closing and prize presentation ceremony for the futsal competition
carried out at the 1Malaysia Futsal Complex in Precint 18, as well as
the Extreme Sports Carnival at the Putrajaya Challenge Park, Precint 20,
will be officiated by Youth and Sports Deputy Minister Datuk Razali
Ibrahim and Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin, respectively.
Tonight, a Clash of The Bands competition will be launched by Ismail
Sabri next to the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry
building.
Besides that, stalls set up in the area will still offer clothes,
accessories and electronic goods and even discounts on the final day.
Held in conjunction with National Youth Day celebrations, the One
Million Youth Gathering this year showcases 38 segments with some 500
activities for the country's youths.
-- BERNAMA
X-CLUSIVE VIDEO K-POP : Teen Top & Del Shabet Live #HBN2012
Gempar!Live Video K-POP Teen Top & Del Shabet di Hari Belia Negara 2012. Sambutan penonton dan peminat diluar dugaan. Terlalu ramai hingga sesak Putrajaya.
Saturday, 26 May 2012
Kawat Cam #HBN 2012
Satu formasi kawad brass band denga gaya yang kreatif persembahan Brass Band Angkatan Tentera Malaysia. Menarik perhatian penonton
LAWAK! Arnab Terlepas #HBN 2012
Arnab terlepas dari kandang? Sudut bermain dengan arnab di Kiosk MAHA Youth 2012. Kanak-kanak begitu khusyuk bermain dengan arnab-arnab, termasuk ibu bapa sekali. Hanya di Hari Belia Negara 2012 Putrajaya. Jom serbu..
Jualan Murah! MAHA Youth 2012
Hari ke 4 Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 bertambah meriah! Penuh dengan orang ramai berkunjung terkira..Berkunjung ke MAHA Youth 2012. Banyak barangan menarik yang terjual..sila..sila..
Midnight Blues #Hari Belia Negara 2012
Midnight Blues di Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Melepaskan keletihan dan ketegangan. Watch out every night!!!Only @ Hari Belia Negara 2012 and Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012..
Subscribe to:
Posts (Atom)