Wednesday 2 May 2012

WAJIB BACA: Majlis Peguam Yang Biul


Majlis Peguam telah menyediakan laporan awal mengenai Perhimpunan Bersih 3.0.  Laporan awal tersebut mendakwa tindakan PDRM terhadap peserta Bersih 3.0 "lebih ganas" berbanding ketika menangani perhimpunan sebelum ini.  PK ingin lahir rasa kebimbangan terhadap laporan yang disediakan oleh Majlis Peguam ini.  Sewajarnya, sebagai satu badan undang-undang, Majlis Peguam tidak memihak kepada sesiapa pun waima parti politik mana pun.

Sejak awal lagi Majlis Peguam dilihat berpihak kepada S. Ambiga yang juga Mantan Presiden Majlis Peguam. Sebagai satu badan undang-undang, seharusnya pendirian badan ini selari atau sinonim dengan penguatkuasa undang-undang.  Adalah menjadi sesuatu yang janggal apabila satu badan yang dipengaruhi dengan agenda dan kepentingan politik sempit.

Majlis Peguam seharusnya dan sewajarnya memahami bahawa satu perintah mahkamah telah dikeluarkan bagi melarang mana-mana pihak untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada hari tersebut.  Mahkamah adalah asas keadilan dan undang-undang atau "RULE OF LAW".  Sekiranya perintah mahkamah sudah tidak diendahkan, dengan siapa lagi kita hendak merujuk bagi memastikan keluhuran undang-undang itu terjaga dan terpelihara!

No comments:

Post a Comment