Thursday 24 May 2012

HANGAT! Pavillion Penang jadi Feri!Patut Tengok!


Salah satu slot Hari Belia Negara 2012 ialah Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri.  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang tidak ketinggalan menyertai pavillion ini.   Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah berubah menjadi sebuah Pavillion berbentuk Feri sebagai melambangkan Negeri Pulau Pinang itu sendiri.  Selain pameran produk homestay di Negeri Pulau Pinang, berbagai produk-produk IKS yang diusahakan oleh belia-belia di Pulau Pinang turut dipasarkan.

Jeruk Madu Pak Ali yang terkenal di Pulau Pinang turut dijual di Pavillion ini.  Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali menggunakan gula pasir yang mendapat pengiktirafan Miti, FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta telah mendapat pengiktirafan MS 1500 : 2009.

Di samping itu, kuah rojak, sos tiram dan pelbagai sos daripada Syarikat Pengeluaran Al-Hikam turut dijual.  Sejati Hebat Enterprise juga turut sama memasarkan produk IKS seperti kerepek, kacang-kacang dang sebagainya di sini.  Transformasi Urutan Tradisi Mak Long juga disedia kepada pengunjung.  

Pelancaran Pavillion Negeri akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Hj Fadillah Bin Yusof pada esok, 25 Mei 2012 jam 10.00 pagi.  Menurut Encik Rosli bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Datuk Nik Ali Bin Yunus akan mengadakan sesi lawatan mesra ke Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang pada 26 Mei 2012 jam 3.00 petang.  Satu persembahan tarian dan boria dari Pulau Pinang akan menanti pengunjung.

Jom kita ramai-ramai kunjungi Pavillion Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.  Jangan ketinggalan..

No comments:

Post a Comment