SARAH...kesal terlanjur
JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi
canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh
termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk
membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu
terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama
serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan
ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan
rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan
kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh
kerana mahu memiliki barangan berkenaan.
Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.
Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.
“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.
No comments:
Post a Comment