PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi berazam untuk menjadi umat Islam yang baik sempena kunjungannya ke Mekah bagi menunaikan umrah.
Fauzi yang akan berangkat ke Tanah Suci itu pada malam Jumaat (malam
ini) juga meminta semua pihak yang mungkin pernah berkecil hati
dengannya agar dapat memaafkan segala kesilapan yang berlaku tanpa
disedari.
"Ini merupakan pemergian saya buat kali kedua bersama isteri,
Lisdawati dan ibu. Jadi, sebelum berangkat, saya ingin memohon maaf
daripada semua pihak sekiranya ada yang tergores hati dengan kelakuan
saya sebelum ini.
"Niat saya ke sana adalah untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini dan moga pemergian ini diberkati.
"Doakan juga kami selamat pergi dan pulang ke tanah air ," katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.
Tambah Fauzi, selain mengerjakan umrah, dia juga tidak sabar untuk
merasai pengalaman berpuasa bersama-sama dengan umat Islam lain di
Mekah.
"Pada tahun lalu, kami menunaikan umrah pada bulan puasa dan
pengalaman di sana sangat menyeronokkan terutamanya ketika tiba waktu
berbuka.
"Tambah pula umat Islam di Masjidil Haram begitu mesra dan saling
berkongsi makanan, terasa macam berbuka dengan sebuah keluarga yang
sangat besar. Apa-apa pun, semoga perancangan kami berjalan dengan
lancar," ujarnya.
Sementara itu, Fauzi turut berdebar menantikan kemunculan filem arahan sulungnya berjudul Pak Pung yang masih lagi dalam pasca produksi.
Malah, Fauzi turut menunjukkan kehebatan vokalnya dengan menyanyikan sebuah lagu runut bunyi filem tersebut berjudul Adam dan Hawa, berduet dengan penyanyi Marsha.
"Adam dan Hawa merupakan lagu kedua saya selepas Kau Aku yang pernah dirakamkan beberapa tahun lalu.
"Rasanya, inilah peluang untuk menunjukkan sisi bakat saya yang lain selain pengarahan dan lakonan.
"Apabila diberi respons positif selepas memberi teman-teman menyaksikan suntingan awal Pak Pung, ia membuat saya lebih semangat untuk menyanyikan sendiri lagu Adam dan Hawa," tuturnya.
mStar Online
No comments:
Post a Comment