RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa
ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung
keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan
malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.
Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit
dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat
kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti
rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.
“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada
tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan
kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira
panas atau hujan.
“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.

Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ sejak lima tahun lalu.
No comments:
Post a Comment