Friday 30 March 2012

GAJI SSM 2012 BERMULA APRIL?


Salam 1 Malaysia

Dijangka Gaji baru SSM akan dilaksana pada bulan April termasuk tunggakkan selama 3 bulan.  Wow! best gila bagi penjawat awam.  Boleh raya sakan! tapi kena ingat gak kawan-kawan erk! hehehehe..


Sehingga ke hari ini, seperti yang disaran oleh pihak Cuepacs baru-baru, pekeliling bagi gaji ssm 2012 (baru) masih belum dikeluarkan lagi. Walaubagimanapun, hakikatnya tempohnya sudah tidak lama sahaja lagi. Ini kerana…..
Antara kami sudah pun mendapat pengiraan daripada AG, dan memang gaji akan tetap dibayar pada bulan gaji SSM 2012 (baru) akan tetap dibayar pada bulan April berdasarkan laporan yang telah diberikan.
Seperti yang kami katakan sebelum ini :
  • Gaji SSM 2012 (baru) anda pada bulan April = (Gaji pokok semasa x 13%) + gaji pokok sekarang
  • Tunggakkan 3 bulan gaji =  Gaji pokok sekarang x 13% x 3 bulan (iaitu daripda bulan Januari – Mac)
  • KGT? Selagi pekeliling SSM (baru) belum dikeluarkan, kami tidak mahu memberikan makluman lebih daripada ini. Apabila dah ada pekeliling SSM daripada JPA sedikit masa lagi, baru boleh tahu KGT masing-masing bersama-sama dengan jadual gaji SSM anda
Yang pastinya, berdasarkan laporan yang diperolehi daripada AG, jikalau tiada aral melintang memang gaji SSM 2012 (baru) akan dibayar bermula bulan April ini berserta, berserta ………..tunggakan 3 bulan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Kami ambil contoh gaji guru (baru). Mungkin kalangan guru di sini boleh sama-sama berkongsi maklumat dan info tambahan :
  • Gaji pokok semasa + 13% + BISP + elaun + EKA + ITP + COLA = gaji baru untuk April anda
  • Berkenaan COLA, AG sedang tunggu pekeliling SSM daripada JPA dalam masa terdekat ini
  • Dan…..mengenai jadual gaji untuk KGT, seperti yang kami katakan tadi pekeliling SSM masih belum dikeluarkan. Jadi kena tunggu sedikit masa lagi
Sumber : beritasemasa.com

PEMIKIR KAMPONG 

No comments:

Post a Comment