Radhi OAG Trauma dengan litupan meluas mengenai beliau dan isteri dan kekasihnya. Begitulah sekiranya sudah bergelar artis. Cerita dalam kelambu pun orang nak ambil tahu. Sabar je. Semoga Radhi sudah kembali ke pangkal jalan. Banyakkan beribadat!hehehehehehe..
Vokalis kumpulan OAG, Radhi merayu agar kisah peribadi terutamanya yang berkaitan cerita bekas isteri atau kekasihnya tidak diperkatakan secara meluas seperti sebelum ini.
Ini kerana, ujar penyanyi berusia 34 tahun itu, liputan dan pendedahan yang berleluasa mengenai isu keretakan rumah tangga bersama bekas isteri Shazlin Sharif sejak lima tahun lalu meninggalkan perasaan trauma kepadanya.
“Saya mohon kepada semua agar tidak lagi menyentuh atau bercakap mengenai hal peribadi saya terutama yang berkaitan kes rumah tangga atau dengan siapa saya berkawan.
“Liputan yang keterlaluan mengenai hal privasi saya sebelum ini selama lima tahun sangat mengganggu diri dan emosi saya. Saya menjadi trauma, sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi,” katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Ditanya adakah tindakannya merayu itu dipengaruhi oleh rasa kesal dan jelik dengan kesilapannya sebelum ini seperti penagihan dadah dan perceraian, Radhi berkata dia lebih senang menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.
“Tiada apa yang perlu dikesalkan atau berasa jijik dengan kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini.
“Setiap perkara yang berlaku sebenarnya menjadikan saya insan yang lebih baik dan mendekatkan lagi diri ini kepada Allah,” katanya.
Ringkas mengenai perkembangan kerjaya, Radhi berkata OAG akan muncul dengan album baru yang memuatkan 10 buah lagu seperti Di Bawah Satu Tanah Air, Ambisi, Limbo dan Tears Park pada tahun ini juga.
“Kini saya sedang menunggu beberapa draf kontrak rakaman daripada dua atau tiga syarikat rakaman yang berminat.
"Apabila semuanya sudah diputuskan nanti, OAG akan kembali ke industri muzik,” jelasnya yang semakin sihat sejak tinggal di Pengasih.
PEMIKIR KAMPONG
No comments:
Post a Comment