Saturday 31 March 2012

ROZITA CHE WAN! Biar Betul!!!!!


Salam 1 Malaysia

Berita Rozita Che Wan rela berkahwin dengan lelaki yang tidak berharta menghiasi ruang lingkup mStar Online hari ini. 


Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.
 
Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui.

“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Nak tergelak pun ada.  Boleh percaya ke?  Macamana kalau peminta sedekah ke, orang fakir miskin ke, peminat biasa ke yang jatuh cinta dengan Rozita ni.  Sanggup ke terima?  Rasanya tak kot!  Elok lah kalau bercakap tu berlapik-lapik la sikit erk!..heheheheehhe..

PEMIKIR KAMPONG

No comments:

Post a Comment