Thursday 22 March 2012

Kung Fu Mania! Michelle Yeoh terima anugerah Legion of Honour


ARTIS Malaysia, Datuk Michelle Yeoh dianugerahkan darjah ‘Legion of Honour’, iaitu anugerah tertinggi Perancis untuk orang awam, dalam satu upacara di Paris, kelmarin.

Anugerah itu disampaikan Presiden Perancis Nicholas Sarkozy di Elysee Palace iaitu kediaman rasmi presiden, menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di Paris hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Presiden, Carla Bruni, Bernadette Chirac iaitu isteri kepada bekas Presiden Jacques Chirac, serta Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Pada upacara itu itu, Zarkozy menyampaikan anugerah ‘Legion of Honour’ dan ‘The Order of Merit’ kepada 11 personaliti dari dunia seni dan hiburan. Selain Michelle, turut menerima anugerah ‘Legion of Honour’ ialah komposer Jean-Michel Barre dan pereka fesyen Jean-Claude Jitrois.

Menurut kenyatan itu, ‘Legion of Honour’ yang merupakan darjah tertinggi Perancis mengandungi lima darjah dan dianugerahkan kepada lelaki dan wanita, baik rakyat Perancis atau warga asing, sebagai menghargai sumbangan mereka kepada Perancis atau isu yang disokong negara itu.
- BERNAMA 

Wah! hebat-hebat artis Malaysia ni!  Jangan hebat bab yang tak baik aje..hehehehe

PEMIKIR KAMPONG

No comments:

Post a Comment