Saturday, 28 July 2012

14-year-old students arrested for faking kidnapping


KUALA TERENGGANU: Two 14 year-old students have been arrested for faking a kidnapping and demanding RM8,000 ransom on Tuesday.
State CID chief ACP K. Manoharan said Saturday the kidnap was planned by one of the students who was angry with his father for forbidding him to ride a motorcycle.
"The father lodged a police report after the son who left Kampung Machang Lada, Marang on a bicycle that morning, failed to return by night fall."
Manoharan said the next day, the father received a phone call from an unidentified man demanding RM8,000 ransom for his son's release.
The man asked the blacksmith father to leave the ransom money behind a convenient store in Kuala Ibai the next day.
The father did as ordered but the kidnapper was nowhere to be seen. The father then went looking and found his son together with a friend in Kuala Ibai.
Police investigation revealed that the son faked his own kidnapping with the friend to buy a new motorcycle.
The students were remanded until Tuesday for further investigation under Section 385 of Penal Code for committing extortion. - Bernama

Friday, 27 July 2012

Abby Abadi Jadi Ustazah MEE SEGERA


Abby Abadi seperti menghina kaum hawa yang tidak bertudung.  Jika bertudung sekiranya tidak masuk PAS, maka masih belum masuk Islam.  Sejak berkecimpung dengan politik yang setahun jagung pun tidak, sudah mahu menilai dosa dan pahala orang lain.  Sesungguhnya dosa dan pahala itu ditentukan oleh Allah S.W.T.  Nasihat PK supaya Abby Abadi belajar dahulu Fardhu Ain dengan lebih mendalam.  Hayati dan mengenal Allah dengan lebih dekat.  Manusia tidak lepas daripada membuat kesilapan.  Muhasabahlah diri dahulu sebelum boleh menilai diri orang lain.  Kerana ketaksuban kepada sesuatu Parti Politik dan menyertai Politik yang didakwa Parti Islam, tidak semestinya seseorang itu diiktiraf seperti nabi dan ulama waima ustazah atau ustazah yang sewenang-wenangnya boleh menjatuhkan hukum halal dan haram.

Zaman sekarang cukup mudah mahu menjadi Nabi atau ulama atau ustaz dan ustazah.  Masuk sahaja Parti PAS, maka telah diiktiraf sebagai Nabi, ulama atau ustaz dan ustazah.  Seperti makan Mee SEGERA...

Bertaubat dan bertistifar...

Isteri Zed Zaidi Lahirkan Bayi Lelaki


Zed Zaidi bersyukur dengan kehadiran Ryan Ziqry yang dilahirkan pada 9.30 pagi pada Jumaat.
PETALING JAYA: Isteri kepada Zed Zaidi iaitu Natalia Mustafa Kamal, 29, selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Tropicana di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, berkata, anak yang diberi nama Ryan Ziqry itu dilahirkan dengan berat 4.32 kilogram menerusi pembedahan.
"Ikutkan isteri saya nak bersalin secara normal tetapi doktor menasihatkan untuk melakukan pembedahan kerana saiz bayi terlalu besar. Bagaimanapun syukur Alhamdulillah semuanya telah selamat dan keadaan isteri juga baik," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Dalam pada itu, Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memberitahu, isterinya telah dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak pukul 5 pagi Jumaat, sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan empat jam kemudian.
Menurut Zed, dia turut dibenarkan menemani isterinya di dalam bilik pembedahan dan menyaksikan sendiri anak pertamanya itu dilahirkan.
Wajah anak Zed Zaidi iaitu Ryan Ziqry.
"Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.
"Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat," katanya.
Sementara itu, Zed menganggap kelahiran Ryan Ziqry pada bulan Ramadan adalah satu keberkatan buat dirinya serta keluarga dan berharap bayi berkenaan akan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu dan bapanya.
"Alhamdulillah, Ryan dilahirkan dalam bulan Ramadan yang mulia dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan tarikh dia dilahirkan iaitu 27 Julai sama dengan tarikh lahir saya, cuma saya 27 Jun.
"Dia menjadi tumpuan keluarga ketika ini dan kelahirannya disambut dengan penuh rasa kesyukuran," katanya.
Zed dan Natalia berkahwin pada 29 April tahun lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
mStar Online

Thursday, 26 July 2012

Prism Berhad Terus Kutip Royalti Artis

 
Sebilangan artis tanah air yang menjadi ahli Prism Berhad mengangkat sumpah setia dalam memperjuangkan hak sama rata pelaku menerusi Artikel 15 (1) & (2) WPPT pada majlis pengagihan royalti 2011 di Restoran Seri Melayu di sini, malam Rabu. -
KUALA LUMPUR: Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (Prism Berhad) yang baru ditubuhkan bagi menggantikan Prism Sdn Bhd berharap mendapat sokongan semua artis sebagai pengutip royalti pelaku (ahli-ahli) seperti yang diamalkan sejak lapan tahun lalu.

Bekas Pengerusi Prism Sdn Bhd Datuk Aziz Bakar berkata, Prism Berhad yang baru ditubuhkan bertujuan memperkemas sistem agihan royalti pelaku agar bersesuaian dengan tuntutan masa kini bagi melindungi kepentingan para pelaku di negara ini.

“Perancangan (pembubaran Prism Sdn Bhd) yang sudah dua tahun dirancang ini adalah tepat pada waktunya. Sudah tiba masanya, pengurusan ini diambil alih satu badan atau entiti yang bebas melaksanakan amanah ahli-ahlinya dengan penuh integriti, telus dan demokratik.

“Pembubaran Prism Sdn Bhd bukan bermakna kita mahu melarikan diri daripada tanggungjawab terhadap ahli-ahli Prism tetapi bagi menstrukturkan semula sistem dan mekanisme agihan royalti pelaku yang bersesuaian dengan waktu ini. Justeru, saya berharap usaha ini mendapat sokongan semua pelaku tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian royalti kali kelapan bagi 2011 dan berbuka puasa badan itu di Restoran Seri Melayu di sini, malam Rabu. Pada majlis itu, sejumlah RM4,000,050 wang diagihkan kepada 1,306 ahli.

Dalam pada itu, Pemangku Pengerusi Prism Berhad, Mohamed Anuar Mohd Dahalan berkata, penstrukturan baru badan itu juga berhasrat untuk meluaskan kutipan royalti kepada golongan pelakon, pelawak, penyanyi latar, penggiat kumpulan etnik dan pihak-pihak berkaitan yang tidak mendapat perlindungan hak selama ini.
“Kita berharap Prism Berhad dapat meluaskan peranan kutipan royalti kepada kumpulan pelaku lain tanah air yang selama ini terabai seperti pelakon, pelawak, penari dan penggiat kumpulan etnik.

“Prism mahu melindungi semua pihak untuk mendapatkan hak mereka, maka sokongan semua pihak amat penting bagi membolehkan usaha ini dilaksanakan secepat mungkin,” katanya yang turut merancang untuk memperluaskan agihan royalti pada bidang pengiklanan komersial pada masa akan datang.

Mengenai status hak mengutip royalti pelaku bagi 2012, Mohamed Dahlan berkata, pihaknya akan berusaha untuk menuntut semula hak berkenaan yang sudah tujuh bulan terbengkalai susulan keputusan pembubaran Prism Sdn Bhd pada awal tahun ini.

“Kita akan berusaha untuk mendapatkan semula hak mengutip royalti yang terlepas bagi tujuh bulan pertama tahun ini kerana keputusan pembubaran Prism Sdn Bhd.

“Ini kerana Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) yang mahu ditubuhkan sebagai ganti peranan Prism sebelum ini pun masih diragui kredibilitinya,” katanya.

Pada majlis malam Rabu, Prism Sdn Bhd mengesahkan pembubarannya selepas mengagihkan royalti ahli-ahlinya sepanjang 2011 kepada 1,306 orang.

Majlis turut meneruskan tuntutan hak sama rata pelaku tanah air dalam Artikel 15 (1) & (2) Perjanjian Persembahan & Rakaman Bunyi WIPO (WPPT) kepada pihak kerajaan.

Prism Sdn Bhd pada mualanya ditubuhkan selepas pindaan Akta Hak Cipta 2000 pada tahun 2001 di bawah Akta Syarikat 1965.

Wednesday, 25 July 2012

Bonus Raya 2012 : Terima Kasih PM



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama

Monday, 23 July 2012

1000 Rohingya Disembelih

BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video  penderitaan umat Islam Rohingya.
BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.
YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.

“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.

Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).

Harian Metro

Tamara usir Omar angkara video seks


LOS ANGELES: Tamara Ecclestone, anak ketua Formula One, Bernie Ecclestone mengusir kekasihnya semalam selepas mengetahui lelaki itu dirakam melakukan seks dalam sebuah video.

Tamara, 28, yang akan mewarisis harta Ecclestone berjumlah �2.7 billion (RM13.5 bilion) mengambil keputusan ‘menyingkirkan’ kekasihnya itu selepas berbincang dengan bapa dan ibunya, Slavica.
Tamara sebelum ini dilapor sudah berbincang untuk berkahwin dengan Omar Khyami, 38.

“Dia mengaku. Hubungan kami sudah berakhir,” kata Tamara sambil teresak-esak.

Beberapa jam selepas mengambil keputusan berkenaan setelah mengetahui lelaki
itu dirakam dalam video seks, dia berkata: “Saya kecewa. Saya sudah bercakap dengannya dan dia mengaku ia benar.

“Hubungan kami sudah berakhir. Saya sudah bercakap dengan bapa saya dan juga dengan semua anggota keluarga,” katanya.

Tamara mengusir Omar dari kediamannya selepas mengetahui mengenai rakaman video berkenaan.

Model dan pengacara televisyen itu mengemas semua barangan milik lelaki berkenaan dan menghantarnya ke rumah ibu bapa Omar sebelum menukar semua kunci rumah itu. - DM

Penjawat awam bakal nikmati bonus Aidilfitri?


PEKAN – Penjawat awam berkemungkinan besar akan menerima pemberian imbuhan sempena Aidilfitri sekiranya kerajaan mampu melakukannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga presiden Umno berkata, beliau akan melihat ‘buku kira-kira’ kerajaan terlebih dahulu untuk menyemak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pemberian tersebut.

“Kita akan semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu…kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Najib berkata sedemikian apabila diminta mengulas mengenai tuntutan imbuhan Aidilfitri oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini.

Pada pertengahan bulan Julai, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan penjawat awam yang mencecah jumlah 1.4 juta orang bakal menikmati imbunan tersebut.

Sumber : wartarakyat.my

100 Hari Ponteng Sekolah

RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.

Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.

“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.

“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.

Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ sejak lima tahun lalu.

Sunday, 22 July 2012

Kepentingan Melayu didahulukan walaupun saya orang Cina, kata Ridhuan Tee


KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kepentingan orang Melayu didahulukan kerana perlembagaan negara mengatakan Melayu itu adalah Islam walaupun beliau adalah orang Cina, kata Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Pergaulan luas dengan orang-orang Melayu yang menyebabkan saya masuk Islam,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran bukunya yang bertajuk, “Masih Adakah Ketuanan Melayu” dan “Cabaran Saudara Baharu di Malaysia” di Auditorium Kementerian Pertahanan (Mindef) pagi ini.
“Dalam perlembagaan Melayu itu adalah Islam.
“Sebab itu saya mementingkan Melayu walaupun saya adalah orang Cina,” kata Dr Ridhuan Tee, yang terkenal kerana kelantangannya mengkritik parti pembangkang.
Ini adalah faktor mengapa beliau mempertahankan Melayu lebih dari orang Melayu sendiri, kata Dr Ridhuan Tee dalam ucapannya lagi.
Kedua buku-bukunya dirasmikan oleh menteri pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dr Ridhuan Tee menulis kedua-dua bukunya dan ditujukan kepada mendiang ibunya yang tidak memeluk agama Islam.
“Saya dedikasikan buku ini kepada mendiang ibu saya,” kata Dr Rihuan Tee sambil mengalir air matanya.
Pelancaran buku ini turut dihadiri oleh Datuk Haji Shahlan Ismail, setiausaha politik perdana menteri (PM), Datuk Dr Ma’amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dan Prof Datuk Dr Alias Abdullah yang meneruskan majlis diskusi “Bicara Buku” untuk mebahas kedua-dua buku Dr Ridhuan Tee.
The Malaysian Insider

Friday, 20 July 2012

Wow! Adidas Predator Lethal Zones Direka Penuh Unik


Predator Lethal Zones
ADIDAS secara rasminya telah melancar but bola terbaru,Predator Lethal Zones yang lebih moden dan sempurna untuk dipakai lebih-lebih di bahagian serangan.
Dengan tampil rekaan lebih saintifik di lima bahagian utama depan but membolehkan pemain-pemain membuat pengawalan, hantaran bola, menggelecek, first touch dan sweet spot (bahagian depan kiri) dengan lebih tepat dan laju.
Rekaan lebih mantap di bahagian bawah but.
Dengan lima titik yang direka khas ini sekali gus menjadikannya sebagai but sempurna bagi pengawalan bola.
Ia terbukti dan memberi kesan terbaik selepas beberapa pemain terkenal dunia seperti Robin van Persie (Arsenal), Xavi (Barcelona), Samir Nasri (Man City), Nani (Man United) serta Di Maria (Real Madrid) telah menguji but ini dan turut menyumbangkan idea ketika proses rekabentuk dilaksanakan.
Ia dicipta dengan bahan getah paling ringan dan memory form dengan 3D bagi yang mempu melakukan hantaran lencong tepat ke gawang.
Predator Lethal Zones dijual dengan harga RM799 mampu memberi kepuasan kepada pemain-pemain hasil rekaan yang berteknologi tinggi dan kesan yang unik.
Salah satu titik (sweet spot) yang mampu melakukan hantaran ke gawang dengan lebih tepat.
Pengurus Pemasaran Adidas Malaysia, Max An berkata, Predator Lethal Zones merupakan pilihan tepat kepada pemain-pemain bola sepak yang ingin mempamerkan aksi terbaik.
"Untuk pertama kalinya, Predator menjadi senjata paling sesuai. Adidas telah bekerjasama dengan pemain-pemain elit dan amatur untuk ke tahap yang lebih baik," jelasnya pada pelancaran baru-baru ini.
Selain itu, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berkata, but ini yang mampu memberi ketepatan, kuasa serta pengawalan bola yang maksimum.
Sumber : Minguan mStar

Hubungan Bkay Nair & Arja Lee Renggang Tanpa Sebab


Bkay Nair.
KUALA LUMPUR: Pelakon Bkay Nair berasa pelik kerana hubungannya yang rapat dengan aktor Arja Lee kira-kira setahun lalu menjadi renggang dan terputus tanpa alasan yang kukuh.
Bkay atau nama sebenarnya Tryambikay Vengades, 30, berkata keintiman mereka hanya dapat bertahan untuk seketika sebelum hubungan itu berlalu begitu sahaja sehingga dia sendiri tertanya-tanya apakah puncanya.
"Saya pun tidak pasti mengapa kami jadi renggang walaupun sebelum itu kami memang rapat. Kami tidak bergaduh atau berselisih pendapat sepanjang berkawan.
"Apa yang saya sedar, selepas beberapa bulan, hubungan kami mempunyai jurang dan tidak lagi berhubung antara satu sama lain.
"Mungkin faktor jarak jauh kerana dia belajar di Pulau Pinang sedangkan saya di sini menyebabkan kami tidak berhubung dan terputus begitu sahaja," katanya.
Bkay berkata demikian selepas pelancaran syarikat perunding imej miliknya, Bkay Nair Resources di Changkat Bukit Bintang di sini, petang Khamis.
Arja Lee
Katanya, faktor kesibukan dengan komitmen hidup masing-masing antara punca masalah itu berlaku.
"Kami langsung tidak pernah bertemu atau berhubung sampai ke hari ini sejak hubungan kami renggang. Kami tidak bergaduh cuma tiada keserasian barangkali," katanya.
Mengenai syarikat perunding imej yang baru dilancarkan itu, Bkay berkata dia sudah lama berhajat untuk mengembangkan minat dan pengetahuan dalam aspek kecantikan kepada cabang perniagaan.
"Sejak usia 19 tahun lagi saya sudah cenderung pada ilmu penjagaan kecantikan dan penampilan diri.
"Berkat ilmu dan kemahiran daripada kursus yang saya ceburi serta pengalaman dalam bidang seni dan peragaan, saya nekad untuk fokus pada perniagaan ini pada tahun ini.
"Kalau diikutkan syarikat sudah beroperasi sejak empat tahun lalu, cuma pada penghujung tahun lepas baru saya yakin untuk bergiat sepenuh masa," katanya.
Katanya, syarikat itu bakal beroperasi di lokasi baru di Damansara Utama dekat sini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Untuk maklumat pakej dan harga kursus rundingan imej, boleh layari bkaynair.blogspot.com.
mStar Online

Pencuri ditembak angkara pecah kereta ejen FBI


BANDAR RAYA NEW YORK: Tiga pencuri kereta malang mensasarkan mangsa yang salah apabila mereka memecah masuk sebuah kereta Lexus milik ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebelum ejen terbabit menembak mereka.

Ejen yang sedang bercuti itu menembak seorang daripada pencuri itu di belakang tubuhnya ketika dia melarikan diri pagi semalam. Polis menemui suspek berkenaan selepas dia muncul di unit kecemasan sebuah hospital dengan kecederaan akibat tembakan peluru di belakang badannya.

Menurut polis, ejen FBI terbabit berada di kediamannya di Queens ketika tiga pencuri itu memecah keretanya kira-kira jam 5.15 pagi.
Dia berlari keluar dan berdepan dengan pencuri berkenaan sebelum melepaskan beberapa das tembakan ketika mereka cuba melarikan diri. Tidak diketahui apa yang menyebabkan ejen itu menggunakan senjatanya.

Polis berkata, pencuri itu mungkin mencuri radio daripada kenderaannya.

Dia segera menghubungi 911 untuk membuat laporan bahawa pencuri melarikan diri dengan kereta berwarna gelap.
Polis bandar raya ini bergegas ke tempat kejadian, tetapi ketika mereka tiba, tiada tanda-tanda menunjukkan suspek berada di situ.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki yang menepati keterangan diberikan ejen itu datang ke unit kecemasan Hospital Universiti Brookdale dengan kecederaan tembakan peluru di belakang tubuhnya. - DM

Remaja main permainan video 40 jam tanpa henti ditemui mati


TAIPEI: Seorang remaja ditemui mati di kafe siber selepas dikatakan bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai rebah ketika sesi marathon Diablo 3. Dia ditemui oleh pekerja kafe siber di Tainan, di selatan negara ini. Mangsa dipercayai tidak makan selama dua hari.

Pemain permainan itu setakat ini hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chuang.
Pada pagi 15 Julai lalu, seorang pekerja yang memasuki kafe siber itu menemui Chuang berehat di meja. Selepas pekerja itu membangunkannya, dia berdiri, bejalan beberapa langkah dan kemudian rebah.

Dia disahkan mati sejurus selepas tiba di hospital.

Polis sedang menyiasat punca kematiannya dan bedah siasat masih dijalankan.
Duduk di tempat sama dalam tempoh lama dipercayai menimbulkan masalah kardiovaskular kepada Chuang.

Ia adalah kematian kedua akibat bermain permainan video di negara itu tahun ini. Pada Februari lalu, seorang lelaki ditemui mati di New Taipei, longlai di kerusi menghadap komputer dengan tangannya masih memegang papan kekunci selepas bermain selama 23 jam. - AFP

Kes porno Ariel dijadikan buku


JAKARTA: Kes klip video pornografi yang melibatkan penyanyi utama kumpulan dari Bandung, Peterpan, Nazriel Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel, bukan saja menarik perhatian media tetapi juga untuk kepentingan peribadi beberapa hakim kes itu. 

Seorang daripada panel hakim untuk kes itu, Syahrul Machfud, melancarkan buku berjudul “Perlaksanaan Undang-Undang Pornografi atas kes Ariel Peterpan” untuk memberi gambaran terperinci mengenai proses perbicaraan kes Ariel kepada umum.

Buku setebal 300 muka surat itu mengandungi semua butiran mengenai proses perbicaraan.

“Saya berharap buku ini akan membantu sebagai buku perundangan kepada hakim, pengamal undang-undang untuk kes jenayah,” kata Syahrul di Mahkamah Daerah Bandung, semalam.

Syahrul, graduan Universiti Islam Yogyakarta 1986, berkata, keputusan menulis buku itu dibuat bersama dua rakan hakim, Singgih Budi Prakoso dan Agus Suwargi dan merupakan satu kejayaan di Indonesia.

Katanya, panel hakim, berani keluar dari zon keselesaan dan mengatur pertimbangan undang-undang untuk membuktikan suatu perbuatan jenayah.

“Biasanya keputusan hakim dibuat berdasarkan hanya pendakwaan oleh pendakwa raya tetapi di dalam kes Ariel, hakim membuat keputusan berdasarkan fakta yang dibuktikan di mahkamah. Itu adalah keputusan progresif,” katanya. - Jakarta Post

Lelaki Dakwa Nabi Akhir Zaman

DIDAKWA...Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.
DIDAKWA...Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.

MELAKA: Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di sekitar negeri ini, kelmarin.

Tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, yang berjubah putih dan berkopiah hanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.

Tertuduh dari Pahang itu kemudian mengangguk faham akan pertuduhan yang terpaksa dibacakan dua kali berikutan tertuduh mencelah ketika ditanya mengenai pengakuannya.

Roslan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan ‘Aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah’ di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, dekat sini, jam 3.15 petang, 18 Julai lalu.

Harian Metro

Anak Angkat Tak Kenang Budi


KLANG: Dipercayai kerana kesempitan wang, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bersama dua rakan sebayanya menjerut dan mencekik ibu angkatnya hingga mati ketika cuba merampas gelang emas dipakai wanita itu sebelum membiarkan mayat terbabit terlantar selama tiga hari di rumah mereka di Kapar, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu itu, remaja terbabit bersama dua rakannya datang ke rumah dihuni ibu angkatnya itu untuk meminta wang, tetapi wanita terbabit enggan memberikannya.
Berikutan itu, remaja terbabit dan rakannya bergelut dengan mangsa hingga menjerut dan mencekik mangsa hingga pengsan sebelum meninggalkan rumah tanpa menyedari perbuatan mereka itu menyebabkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia.

Tiga hari selepas itu, remaja terbabit pulang semula ke rumah ibu angkatnya itu sebelum terkejut apabila menemui mayat ibunya itu dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Panik dengan penemuan itu, remaja terbabit membuat laporan polis kononnya dia menemui mayat ibunya dalam rumah dan tidak tahu apa yang berlaku.

Harian Metro

Bollywood : Aishwarya Rai Sembunyi Wajah Anak

Sejak dilahirkan bulan November 2011, wajah Aaradhya Bachchan sama sekali tak pernah diekspos di media. Aishwarya Rai dan Abishek Bachchan, memang begitu melindungi putri pertama mereka dari serbuan juru kamera dengan menutupi wajah anak setiap kali mereka berada di tempat awam. Berikut ini beberapa hasil foto buruan paparazzi.








 Sumber : Yahoo/OMG

Thursday, 19 July 2012

GILA : 10 Hari Tertimbus Dalam Lumpur

KEADAAN terowong yang dirakam sejurus selepas ia dilanda banjir.
KEADAAN terowong yang dirakam sejurus selepas ia dilanda banjir.
KEADAAN kereta Rosemary yang remuk selepas dikeluarkan dari tempat kejadian.
KEADAAN kereta Rosemary yang remuk selepas dikeluarkan dari tempat kejadian.
LONDON: ‘Kesibukan’ polis menyebabkan dua mayat mangsa banjir lumpur terbiar di bawah selut selama 10 hari lapor media semalam.

Sebelum ini, pasukan penyelamat menutup sebuah terowong yang dilanda banjir lumpur tanpa menyedari Rosemary Snell dan pasangannya terperangkap dalam kereta di situ.

Ahli majlis tempatan, Ron Bond, berkata dia sangat berang kerana mayat Rosemary, 67, dan lelaki yang setakat ini hanya dikenali sebagai Mike terbiar dalam lumpur di Terowong Beaminster Dorset begitu lama.

Namun, pegawai polis Dorset, James Vaughan, berkata pasangan terbabit dipercayai mati ‘serta-merta’ disebabkan beban berat lumpur berkenaan. Bekas pekerja sosial dan pemandu pelancong berdaftar, Rosemary baru saja menjalin hubungan dengan Mike, 70-an, selepas menetap di kawasan kampung di Misterton, Somerset.

Pasangan itu dilihat menaiki kereta Skoda Fabia perak pada petang 7 Julai lalu.

Saksi, Ivor Herring, 66, berkata dia melihat Rosemary ada di kerusi penumpang depan kira-kira jam 4 petang dan melambai kepadanya. “Itulah kali terakhir saya melihat dia,” katanya. Pasangan itu dipercayai dalam perjalanan ke Beaminster.

Pada malamnya, mereka dalam perjalanan pulang ke Misterton dalam hujan lebat apabila runtuhan tanah, lumpur dan pokok meranapkan kereta mereka ketika keluar dari terowong. Anggota penyelamat dikejarkan ke situ selepas dimalumkan orang awam, tetapi mereka pulang selepas alat pengesan haba digunakan gagal mengesan sebarang pergerakan di bawah runtuhan.

Laluan itu kemudian ditutup kepada lalu lintas dan ia terbiar tidak dibersihkan untuk beberapa lama kerana pasukan penyelamat sibuk menguruskan banyak insiden lain di kawasan berkenaan.
Hanya selepas Rosemary tidak muncul dalam temu janji makan tengah hari dengan jirannya dua hari kemudian, barulah kehilangan wanita itu disedari. Polis segera dimaklumkan dan selepas disiasat, pasangan itu didapati menggunakan kad kredit mereka di Beaminster pada 7 Julai.

Akhirnya, pelbagai maklumat susulan yang dikumpul membawa polis ke terowong berkenaan.

Apabila diperiksa dengan teliti, didapati kereta dinaiki Rosemary dan Mike tertimbus kira-kira dua meter di bawah lumpur.

Beban berat runtuhan itu menyebabkan kereta mereka remuk sama sekali.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mereka memang “sibuk” apabila orang ramai menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan. “Ada 150 amaran banjir pada ketika itu dan penghuni 180 rumah dipindahkan, selain 400 insiden lain yang dimaklumkan kepada polis,” katanya. - DM

Berjiran Dengan Hantu


KUALA LANGAT: Penduduk miskin dan ibu tunggal yang ditempatkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Desa Ehsan, Kampung Permatang Pasir, di sini, hidup dalam kebimbangan berikutan banyak rumah kosong di sekeliling mereka sekali gus mendedahkan mereka kepada bahaya dirompak.

Tinjauan Metroplus, mendapati kebanyakan rumah yang tidak dihuni dibiarkan kosong dan tidak terurus. Malah ada di antara rumah yang dikawal selia LZS itu ditumbuhi semak-samun.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Ros, 40-an, berkata dia takut untuk meninggalkan anaknya di rumah sendirian kerana kebanyakan rumah di sekelilingnya kosong dan tidak berpenghuni. “Saya amat berharap setiap rumah yang ada di kawasan ini dijaga dan mempunyai penghuni supaya keadaan persekitaran di sini, selamat.
“Pegawai dari LZS beberapa kali melawat kawasan ini, tapi tiada tindakan diambil untuk menjaga keadaan persekitaran rumah kosong berkenaan,” katanya.

Seorang ibu tunggal yang enggan dikenali, berkata rumahnya pernah dipecah masuk pencuri beberapa kali.

Katanya, keadaan persekitaran yang sunyi mengundang kepada masalah itu.

“Setiap lot mempunyai dua rumah yang berkongsi atap dan bumbung yang sama. Pencuri boleh memasuki rumah kami melalui atap rumah kosong yang tidak berpenghuni,” katanya.

Tinjauan di lokasi rumah kosong itu juga mendapati setiap rumah berkenaan rosak teruk hingga kebanyakan kemudahan asas seperti kipas, paip dan pelbagai alatan lain tidak boleh digunakan serta dicuri.

Rumah berkenaan yang sepatutnya diberikan kepada golongan asnaf seperti ibu tunggal dan golongan miskin sebagai tempat berteduh berubah menjadi tempat pengumpulan sampah, gejala vandalisme serta dikhuatiri mengundang kepada pembiakan nyamuk aedes.

Harian Metro

PADAN MUKA : Curi Kabel Letrik, Kan dah Kena


LONDON: Dua lelaki melecur teruk selepas mereka dipercayai cuba mencuri kabel tembaga dari sebuah gudang meter, semalam. 

Suspek, 20, memecah masuk sebuah bangunan kosong bersama rakannya - berusia 16 tahun di Luton, Bedfordshire.

Mereka kemudian memotong kabel berkenaan tanpa menyedari ia masih mempunyai arus elektrik.
Polis yang datang selepas dimaklumkan ada orang memecah masuk ke premis itu terkejut mendapati dua lelaki melecur dan mengerang dalam kesakitan.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 20 tahun itu kini dirawat di unit kebakaran sebuah hospital tempatan kerana melecur teruk pada tangan dan lengan, manakala remaja terbabit parah di muka, termasuk hidung. Menurut polis, kedua-dua suspek itu ditahan kerana disyaki mencuri, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, semalam. Rekod polis menunjukkan, kes kecurian kabel tembaga memang semakin meningkat di seluruh negara. - DM

HEBAHKAN JIKA PRIHATIN !!! Bergelut Demi Maruah

TRAUMA...mangsa menceritakan pengalaman diculik dan dicabul sekumpulan lelaki.
TRAUMA...mangsa menceritakan pengalaman diculik dan dicabul sekumpulan lelaki.

KUALA LUMPUR: “Saya melihat rakan tergolek di jalan sebaik dicampak keluar dari kereta. Pada masa sama, tiga lelaki dalam kereta itu enggan melepaskan saya sebaliknya meraba seluruh badan dan memujuk saya melakukan perkara tidak senonoh.
 
“Demi mempertahankan maruah, saya memberanikan diri bergelut sebelum nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak agak laju meninggalkan kawasan sekolah,” kata pelajar yang mahu dikenali Nor Asmira, 13.

Asmira, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kajang, di sini, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman dia dan rakannya ‘diculik’ sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika makan di taman permainan di hadapan sekolahnya itu dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, kelmarin.

Ketika kejadian, dia dan rakan sekelasnya menjamah makanan di taman berhadapan sekolah.

“Kami dikepung sekumpulan 15 lelaki tidak dikenali yang mengajak kami mengikut mereka bersiar-siar dan berjanji menghantar pulang selepas itu,” katanya.

Harian Metro

Laman Porno DiSekat


JAKARTA: Menjelang bulan Ramadan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat menjalankan operasi secara besar-besaran membanteras pornografi Internet.

Menterinya, Tifatul Sembiring semalam berkata, pejabatnya telah menutup lebih satu juta laman porno baru-baru ini, yang semuanya beroperasi dari luar negara dan mensasarkan lebih banyak laman pada bulan depan. “Kami akan menyekat lebih banyak laman porno ketika Ramadan walaupun ia tidak bermakna kami akan membenarkan laman seumpamanya beroperasi pada waktu lain sepanjang tahun,” katanya kepada wartawan di pejabatnya.

Ahli politik daripada Partai Keadilan Sejahtera (PKS) itu mendedahkan terdapat kira-kira dua bilion laman web yang mempunyai kandungan pornografi. Menurutnya, pembabitan masyarakat dalam mengekang pornografi Internet adalah penting.

“Saya menyeru rakyat dari mana saja supaya memaklumkan kepada kami jika mereka menemui sebarang laman web porno, supaya kami dapat memeriksanya. Pornografi Internet adalah satu industri dan produsernya selalu mencari cara baru untuk mengelak daripada dikesan.

“Oleh itu, kami juga sedang membentuk kemahiran untuk menangani mereka,” katanya. - Jakarta Post

Harian Metro

Berguling tangan terikat

CARI BUKTI...Arjunaidi (kiri) bersama pegawainya memeriksa kawasan sekitar rumah isteri pertama Megat Junid, semalam.
CARI BUKTI...Arjunaidi (kiri) bersama pegawainya memeriksa kawasan sekitar rumah isteri pertama Megat Junid, semalam.
 
PETALING JAYA: “Saya terpaksa berguling ke pintu pagar depan sebelum mematahkan anak pokok buluh dan menggunakannya untuk menarik perhatian orang yang lalu-lalang,” kata Mustafa Md Nor, pengawal keselamatan rumah bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. 

Mustafa, 63, menceritakan kejadian diikat tiga penyamun yang menceroboh kediaman dua tingkat itu di SS7, Kelana Jaya, di sini, jam 5.40 pagi semalam.

Tiga lelaki dipercayai warga asing bersenjatakan pemutar skru dan pemotong besi dikatakan memanjat pagar sebelum menyerang dan mengikat tangan serta kaki pengawal keselamatan berusia 63 tahun itu dengan wayar.

Ketika itu, rumah itu hanya didiami isteri pertama Megat Junid, Puan Sri Faeizah Shuaib, 67, dan seorang amah warga Indonesia berusia 40-an serta Mustafa yang bertugas di luar.

Menurut Mustafa, ketika kejadian, dia meronda di kawasan belakang rumah apabila terserempak tiga penyamun terbabit.

Harian Metro

Bodoh Di Bomoh Isteri

MANGSA...Sufian menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
MANGSA...Sufian menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Tergoda kejelitaan dan janji indah seorang ahli perniagaan dari Indonesia, seorang lelaki tempatan meninggalkan isteri dan anak-anaknya untuk berkahwin dengan wanita itu sebelum wang tunai dan rumahnya yang keseluruhannya bernilai RM850,000 dikikis perlahan-lahan.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sufian, 45, berkata kebahagiaan dikecapinya apabila berkahwin dengan Talya, 35, hanya untuk beberapa bulan sebelum dia bertukar pak turut dan diperlakukan seperti hamba.

“Malah, saya selalu dicaci serta dipukul hingga saya pernah cuba membunuh diri sebelum diselamatkan,” katanya ketika ditemui.

Sufian, percaya dia bertukar bodoh, dayus dan penakut disebabkan perbuatan sihir Talya selepas menemui beberapa bukti menjurus ke arah itu.

Kini, selepas berjaya meloloskan diri daripada cengkaman Yalya, baru Sufian sedar bahagia yang diimpikannya umpan ke neraka dunia. 

Harian Metro

Pelakon Bollywood, Rajesh Khanna Meninggal Dunia


Wajah Rajesh Khanna ketika zaman mudanya.

MUMBAI: Bintang Bollywood ternama, Rajesh Khanna meninggal dunia pada Rabu kerana menghidap komplikasi pelbagai jenis penyakit. Beliau berusia 69 tahun.

Berita kematian itu disahkan sendiri oleh menantunya Akshay Kumar.

“Saya ingin memberitahu bapa mertua saya sudah tiada lagi. Beliau telah pergi buat selama-lamanya. 

Saya harap semua pihak dapat berdoa terhadap kesejahteraannya,” katanya seperti dipetik portal newkarala.com pada Rabu.

Pelakon yang dikenali dengan panggilan Kaka itu meninggalkan isteri, Dimple Kapadia dan dua orang anak iaitu Twinkle dan Rinkle.

Rajesh merupakan artis yang berjuang dalam isu-isu kesihatan dalam masa yang lama dan telah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu.

Pengebumian beliau akan dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis.

Kematian beliau dianggap satu kehilangan besar terhadap dunia perfileman Bollywood kerana kehebatannya dalam industri berkenaan sehingga menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
 
Gambar fail yang dirakamkan pada 20 Jun lalu menunjukkan aktor Rajesh Khanna (kanan) sedang berbual dengan menantunya, Akshay Kumar (kiri) sambil diperhatikan oleh Dimple Kapadia dalam sebuah acara di Mumbai, India. 
 
Beberapa selebriti termasuk Amitabh Bachchan, Yash Chopra, Rishi Kapoor, Prem Chopra, Abhishek Bachchan, Anu Malik, Dara Singh Vindu, Sajid Khan, Arbaaz Khan dan Malaika Arora Khan turut menziarahinya.

Pelakon veteran Manoj Kumar memberitahu IANS bahawa beliau sukar untuk menerima kematian Rajesh.
"Saya tidak dapat mempercayai bahawa dia tidak lagi bersama kita. Sebelum ini Dara Singh, kini Rajesh pula,” katanya menerusi satu panggilan telefon.

Rajesh memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem "Aakhri Khat" pada tahun 1966.

Beliau menjadi seorang “superstar” dengan pantas apabila membintangi "Aradhana", "Do Raaste", "Safar" dan "Anand".

Kali terakhir beliau dilihat muncul menerusi iklan komersial di televisyen awal tahun ini. 

 Sumber : mStar Online

Tuduhan Hamil Sebelum Nikah, Audy Bidas Media Indonesia



PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia, Audy Item membidas kenyataan daripada media negaranya yang menuduh dia telah mengandung sebelum bernikah dengan pelakon Iko Uwais pada 25 Jun lalu.

Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, berkata, berita itu hanyalah gosip rekaan media negaranya yang gemar membuat tuduhan sekiranya terdapat artis yang bernikah tanpa membuat sebarang pengumuman.

"Itu hanya gosip. Di Jakarta, apabila pasangan artis itu berkahwin secara tiba-tiba, pihak media di sana akan membuat pelbagai tuduhan termasuklah menuduh kita hamil sebelum nikah.

"Sama juga dengan saya di mana mereka lihat kami baru sahaja menjalinkan hubungan cinta pada awal Februari lalu dan kini, sudah bergelar suami isteri.

"Bagaimanapun, seperti yang anda lihat, saya tidak hamil, tetapi saya teringin untuk mendapatkan anak bersama Iko nanti," selorohnya.
Audy ditemui pada sesi ramah mesra bersama media bagi mempromosi album terbarunya berjudul Selalu Terdepan di Red Box The Gardens di sini baru-baru ini.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Untuk Sahabat itu, walaupun pelbagai spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan dia tidak mengambil endah masalah berkenaan.

Sebaliknya, dia mahu memberi fokus kepada kehidupan baru bagi menggalas tanggungjawab sebagai isteri terhadap suaminya.

"Jujur saya katakan, kami sangat bahagia dan rasanya, perkenalan yang singkat bukanlah penghalang untuk kami mempunyai hubungan akrab dan saling mencintai antara satu sama lain.

"Bagaimanapun, sekarang ini saya bersendirian kerana Iko sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan pelakon Keanu Reeves di Hong Kong. Rindu sangat pada dia," ujarnya.

Mengenai album terbaru Audy, ia telah dipasarkan di Indonesia pada hujung tahun 2010.

Memuatkan sebanyak 10 buah lagu, Audy berkata, lagu yang paling disukainya adalah Pencuri Hati, yang ditujukan khas buat Iko.

"Lagu Pencuri Hati dihasilkan ketika saya baru sahaja putus cinta dan lagu tersebut seperti mendoakan supaya saya mendapat jodoh yang baik dan menemui insan yang menyayangi saya.

"Alhamdulillah, doa itu termakbul dan kini Iko adalah teman sehati sejiwa saya," tuturnya.

Wednesday, 18 July 2012

Lukisan 3D oleh Budak 17 Tahun


Lukisan ini dilukis oleh budak berumur 17 tahun dalam bentuk 3D.  Bayangkan bakat yang ada pada beliau.  Hebat!!!!