Thursday 5 July 2012

Biar Betul! Lelaki berapi dalam tandas


TAWAU: Seorang pekerja stesen minyak yang menyedari kepulan asap dari tandas stesen berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbakar hampir keseluruhan tubuhnya sebaik berjaya membuka dengan menendang pintu yang berkunci dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 1, Jalan Apas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa berusia 20-an mengerang kesakitan dan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tawau, di sini, akibat 80 peratus tubuhnya terbakar.

Menurut saksi, Mohd Zarif Sofian, 22, ketika kejadian, dia sibuk mengira baki simpanan minyak dalam tangki berhampiran tandas terbabit.

“Ketika menjalankan tugas, saya melihat kepulan asap keluar dari celah pintu dan tingkap tandas.

“Saya memaklumkan kepada pekerja lain supaya menghubungi bomba kerana bimbang ada kebakaran selain cuba membuka pintu tandas, tetapi mendapati ia berkunci dari dalam,” katanya ketika ditemui. 

Harian Metro

No comments:

Post a Comment