PETALING JAYA: Hampir 300 peminat drama Vanila Coklat berkumpul di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini untuk menyaksikan episod terakhir siri itu pada malam Selasa.
Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu  Bakar berkata, tayangan episod akhir bersama peminat itu dibuat kerana  sambutan dan sokongan peminat sekaligus mencatatkan jumlah kadar  penonton yang tinggi.
"Pihak TV3 ingin menghargai peminat dalam satu tayangan istimewa  drama bersiri itu bersama-sama para pelakonnya," ujarnya kepada mStar Online.
Semua barisan pelakon Vanila Coklat iaitu Izara Aishah, Aiman  Hakim Ridza, Iqram Dinzly, Bella Daly, Liza Abdullah, Zuhairi Ibrahim,  Arash Mohd, Emma Akma dan Fazlina Ahmad Daud turut bersama-sama peminat  di sana sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong drama  berkenaan.
Pada majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan pembuka tirai oleh Aepul daripada kumpulan Drama.
Dalam pada itu, rata-rata peminat yang ditemui menyatakan rasa seronok dan gembira dapat bertemu dengan artis pujaan mereka.
Malah, selepas habis tayangan episod akhir drama itu, peminat  menyerbu semua pelakon terlibat untuk merakamkan gambar bersama mereka.
Sementara itu, Aiman ketika ditemui selepas tayangan itu berkata, dia  tidak menyangka sambutan peminat terhadap drama tersebut begitu luar  biasa dan bersyukur kerana Vanila Coklat diterima ramai.
Manakala Izara pula memberitahu, sokongan peminat terhadap drama  lakonannya itu telah membangkitkan lagi semangatnya sebagai pelakon  untuk terus memberikan terbaik buat peminatnya.
"Walaupun saya datang agak lewat sedikit saya langsung tidak  menyangka sokongan dan sambutan peminat begitu luar biasa," ujarnya.
Drama Vanila Coklat adalah terbitan Asia Media Content dibawah  arahan Emi Suffian Sabhe yang mengisahkan tentang Zara dan Amir yang  sering bertengkar tetapi ingin dijodohkan oleh ibu bapa mereka.
Drama terbaru iaitu 3 Janji akan menggantikan drama Vanila Coklat dalam slot Lestary itu bermula 20 Mac, setiap Selasa pukul 9 malam.
Maka dah tamat le cerita Vanila Coklat ni.  Ramai peminat setia ni!!! Lepas ni Drama 3 Janji.  Macam mane le plak ek..Mesti meletup gak ni.. Agak-agak ada tak sambung Vanila Coklat?.  Mana le tau dapat coklat plak.keh.keh.keh..
Sumber : mStar Online 
PEMIKIR KAMPONG
 
 
teringin nak jmp hero n heroin cite vanila n coklat..
ReplyDelete