Kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol Azizie  Azmi dan Mohamad Hanaffi Razak telah dinobatkan sebagai juara program  realiti Raja Lawak Astro musim ke enam dalam pertandingan akhir pada  malam Jumaat.
Program yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sivik, Majlis  Bandaraya Petaling Jaya itu menyaksikan peserta yang berasal dari  Kluang, Johor ini berjaya meraih undian peminat sebanyak 38 peratus.
Manakala kumpulan trio adik-beradik iaitu Zero yang dianggotai oleh  Sharif Kadil Doli Sharif, Mohammad Syaiful Doli Sharif dan Sharif Kunal  Doli Sharif menerima undian sebanyak 34.19 peratus sekadar berpuas hati  di tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik kumpulan Cuit dengan  undian 16.35 peratus.
Manakala kumpulan 2yol berada di tempat ke empat dengan peratusan iaitu 10.74 peratus.
Dengan kemenangan tersebut, kumpulan Shiro berjaya membawa pulang  hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, barangan elektrik serta  trofi sumbangan Astro.
Sementara kumpulan Zero, Cuit dan 2yol tidak pulang dengan tangan  kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000,  RM30,000 dan RM10,000, barangan elektrik serta trofi.
Pada pertandingan itu, para peserta diberikan dua tugasan iaitu bebas dan komedi muzikal.
Raja Lawak ke enam dihoskan oleh Johan dan Zizan atau Jozan.
Sementara itu, kumpulan Shiro ketika ditemui melahirkan rasa terkejut  dengan kemenangan mereka dan menganggap semua peserta pada malam itu  hebat-hebat belaka.
"Kami masih tergaman sehingga tidak tahu apa ingin diucapkan namun  kemenangan ini adalah bukti kesungguhan dan pengorbanan kami selama  empat tahun mencuba nasib dalam Raja Lawak akhirnya membuahkan hasil,"  ujar Shahrol mewakili Shiro.
Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu David  Teo, Sathiya dan Sheila Rusly sementara keputusan penuh pula ditentukan  oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas  (SMS).
Dalam perkembangan lain, Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani  berkata, pihaknya gembira apabila program itu terus mendapat sambutan  memberangsangkan daripada peminat dan pelanggan Astro apabila ratingnya  meningkat setiap minggu.
Nizam berkaya, musim kali ini telah menunjukkan peningkatan mendadak  walaupun Raja Lawak telah dipindahkan ke Astro Warna berbanding sebelum  ini di Astro Prima.
"Sejak Raja Lawak musim ke enam dipindahkan ke Astro Warna, langganan  pakej mustika telah meningkat selain berlaku pengurangan pemilik Astro  membatalkan langganan pakej itu," ujarnya.
Tambahnya, Program ini akan diteruskan untuk musim berikutnya pada  tahun hadapan dalam mencari bakat-bakat baru yang terpendam dalam bidang  komedi.
Tahniah kepada Kumpulan Shiro...kepada peserta yang sila cuba lagi di tahun hadapan..Ada gaya beb!!! he.he.he
Sumber : mStar Online
PEMIKIR KAMPONG
 
 
tahniah shiro! ;D
ReplyDeleteIena dah follow...tq
ReplyDelete