Ogy Batal Saman: Johan (Raja Lawak) Enggan Beri Komen  
Pelawak dan penyampai radio Era FM, Johan (Raja  Lawak) enggan mengulas mengenai keputusan pelakon, Fauziah Ahmad Daud  atau Ogy yang membatalkan hasrat untuk menyamannya.
Johan berkata, hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan akhbar  dan tidak berhasrat untuk bercerita panjang mengenai kes tersebut.
"No comment," ujarnya kepada mStar Online.
Johan ditemui selepas pertandingan akhir program Raja Lawak musim ke  enam yang diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya di  sini, pada Jumaat.
Ogy sebelum ini berhasrat menyaman Johan kerana telah  mempersendakannya sewaktu digandingkan sebagai pengacara dalam Festival  Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) lalu.
Dalam pada itu, ditanya adakah Ogy sendiri telah menyampaikan berita  itu kepadanya Johan sekali lagi menegaskan dia hanya mengetahui melalui  akhbar.
"Setiap pagi memang saya membaca semua akhbar bagi mendapatkan  maklumat untuk program yang dikendalikan di Era dan mengetahui daripada  situ," ujarnya.
Sementara itu, Johan tetap dengan jawapan 'enggan mengulas' apabila  ditanya adakah dia ada berhubung dengan pelakon itu untuk berbincang  mengenai  perkembangan berkenaan.
Ala! Sudah-sudahlah la tu Kak Ogy.  Mungkin Johan tak berniat nak mempersendakan.  Berbincang dengan berhemah.  Tak rugi apa-apa pun..sama-sama cari makan...kan..kan..hehehehee.. 
Sumber : mStar Online
PEMIKIR KAMPONG
 
 
emm, mungkin Johan tak berniat untuk mempersenda..
ReplyDeleteMungkin gak.cpt terasa diorg ni..hehehe
ReplyDelete