Tuesday 15 May 2012

EXCLUSIVE: Guan Eng Dah Ketar Lutut


Isu Tunku Aziz keluar daripada Parti DAP menjadikan DAP jadi tak tentu arah.  Untuk mendapatkan sokongan Melayu bagi menghadapi Pilihanraya yang mendatang, Tunku Aziz amat-amatlah diperlukan.  Isu Melayu keluar parti DAP ini adalah isu penting bagi DAP.  Sokongan pengundi Melayu cukup penting bagi mereka. Walaupun, Guan Eng cuba menafikan.   Justeru itu, Guan Eng sanggup untuk memujuk dan membuat pertemuan dengan Tunku Aziz supaya menarik balik keputusan tersebut.

PK yakin, sekiranya Tunku Aziz ingin menjaga kepentingan Melayu, keputusan Tunku Aziz tidak akan berubah.  Harapan main wayang tidak akan berlaku.  Tunku Aziz akan dijadikan kuda tunggangan DAP semata-mata demi mengejar matlamat untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

SHAH ALAM - DAP tidak mahu Naib Pengerusinya, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim keluar parti walaupun berbeza pendapat secara terbuka dengan pemimpin-pemimpin kanannya.
Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, beliau akan cuba mengadakan pertemuan dengan Tunku Abdul Aziz bagi membincangkan perkara tersebut dan meminta agar mengubah keputusannya.
Tunku Abdul Aziz mengumumkan pendiriannya malam tadi.
"Walaupun beliau telah berbeza pendapat secara terbuka, kami tidak ingin beliau meninggalkan parti dan sebaliknya ingin beliau terus menjadi Naib Pengerusi DAP.
"Saya harap kita boleh menyelesaikan apa-apa perbezaan pendapat secara dalaman dan dengan semangat kesetiakawanan.
"Saya akan menghubungi beliau untuk berjumpa dan berbincang dengannya atas harapan beliau akan bertukar fikiran dan tidak keluar dari parti," kata Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.


Sinar Harian

1 comment:

  1. boleh percaya ke dgn cina chauvinis tu. org melayu akan bersatu pada suatu hari nanti tapi masa itu tak tahulah apa akan terjadi pada Melayu. kita mungkin tidak seselesa sekarang. tunggulah!!!

    ReplyDelete