Wednesday 16 May 2012

PENANG BIKE WEEK: Jom Redah dan Pacak!


PENANG BIKE WEEK CHARITY RIDE dan KARNIVAL SUKAN BERMOTOR pada 22 - 23 Jun 2012 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.  Himpunan Sukan Bermotor Terbesar di Pulau Pinang.  Jom Redah dan Pacak.  Penganjuran secara KONVOI serta pelbagai kegiatan dan program dianjurkan bersama oleh Mega Fortune Bikers Club, Pulau Pinang serta Agensi-Agensi Kerajaan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, PDRM dan Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Ratusan peminat Motorsikal Berkuasa Tinggi dari seluruh Malaysia, Thailand dan Singapura aka turut sama menyertai acara tahunan ini.  Dijangka 1000 buah Motorsikal Berkuasa Tinggi akan berkumpul dan dan menghangatkan program tersebut.  Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program tersebut, antaranya pameran permotoran, stage show, convoy ride, booth sales, kerja amal dan berbagai-bagai lagi.

Jom kita sertai dan memeriahkan PENANG BIKE WEEK CHARITY RIDE dan KARNIVAL SUKAN BERMOTOR.   Keterangan lanjut boleh hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang di talian 04-6554444.  Jangan ketinggalan..

 "MALAYSIA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA"




No comments:

Post a Comment