Tuesday, 15 May 2012

HOT 18SX : Nora Danish tutup mulut!

Kecoh seketika dunia hiburan tanah air apabila aktres kecil molek, Nora Danish, sanggup beraksi ghairah untuk majalah Glam edisi Mei/Jun 2012.


Penampilan heroin drama Tentang Dhiya ini dikatakan terlalu berani sehingga mengejutkan peminatnya. Malah, gara-gara gambar seksinya itu, bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram ini dikritik teruk.

Namun sehingga kini Nora belum tampil memberikan penjelasan, sementelah lagi dia berada di Tanah Suci sepanjang isu ini hebat diperkatakan. Bagaimanapun, selepas pulang ke tanah air, Sabtu lalu, Nora masih juga belum bersedia.
Ketika dihubungi Zass, pembantu peribadinya, Elly memaklumkan Nora tidak boleh memberikan sebarang jawapan berhubung isu ini.

“Nora baru sahaja menandatangani perjanjian sebagai artis MIG (Metrowealth Production). Apa sahaja isu yang timbul akan dijawab oleh pihak syarikat dan buat masa sekarang dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan,” jelas Elly. Bagaimanapun, pihak pengurusan MIG gagal dihubungi

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment