Thursday, 10 May 2012

HOT: Saifuddin Kantoi Lagi!



SHAH ALAM - Tuduhan dibuat pembangkang terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, tidak menjadi kudis kepada Umno.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia hanya fitnah pembangkang untuk kepentingan politik.
“Mereka (Aziz dan Wan Ahmad) tidak bersalah. Pembangkang sudah tidak ada modal dan hanya mencari publisiti. Mereka sudah memberi kenyataan dan individu sebenar telah tampil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan identiti sebenar pemilik nama Wan Ahmad Wan Omar yang didakwa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai ahli Umno selepas Saifuddin memberikan ‘bukti’ keahlian dua pegawai tertinggi SPR itu.
“Mereka sudah tidak ada isu. Lebih baik mereka menumpukan kepada masalah mereka sedia ada,” katanya.
Ditanya mengenai prosedur ahli Umno yang mahu keluar parti, Tengku Adnan menjelaskan, setiap ahli hanya perlu menulis surat rasmi kepada parti itu jika sudah tidak berminat menjadi ahli.
“Jika ada ahli yang mahu keluar parti, mereka boleh menulis surat rasmi sahaja. Jika 20 tahun dahulu, keahlian akan terhenti serta-merta sekiranya ahli yang tidak melunaskan bayaran tahunan, tetapi sekarang tidak lagi.
Dengan sekali sahaja bayaran yuran, mereka akan menjadi ahli seumur hidup. Kerana itu, mereka perlu tampil dengan surat rasmi.
“Sehingga kini, kurang 100 surat yang kami terima daripada ahli berbanding jumlah terkini keahlian Umno yang sudah mencecah 3.5 juta,” katanya.
Sinar Harian

1 comment:

  1. gan follow back, q yang k 77
    http://technobasespace.blogspot.com

    ReplyDelete